Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Jeju Set

PRINCE TOP.. PUNCA TERJEBAK DENGAN CUCKOO

Alhamdulillah.. Sejak 23 Julai lepas, Mommy dah bergelar Ejen Cuckoo. Baru sangat je nih.. Puncanya, Mommy terpandang satu Water Purifier warna ROSE GOLD!! Haaaaaaaaaaa.. Apakah laaa!!

Lawa ya ampun!!

PRINCE TOP.. PUNCA TERJEBAK DENGAN CUCKOO - EJEN PENAPIS AIR CUCKOO (1)

Mommy terpandang Prince Top ini pun kat IG jiran Mommy, si Elle (yang sekarang jadi Natural Manager Cuckoo Mommy lah..)

Terus Mommy tanya berapa harga penapis air Pink tu! Aishhh tema sangat nih! Serius talk.. Rumah korang yang cantik, kitchen cabinet awesome, Mommy sarankan ambil Prince Top, latest Water Purifier Cuckoo tau..

Terkejut sekejap bila dapat tahu harganya RM160 sebulan. Selama 3 tahun. Tapi, bila dah kaji semula tentang kelebihan Prince Top ini, patutlah harganya sebegitu.

Kenapa?

Pertama, tankless. Then, Auto Sterilize jadi takde istilah AIR LUPUT!! Sesuai untuk seisi rumah (5 orang serentak takde hal). Tak perlu tunggu refill bagai. Ada 3 suhu juga (Sejuk, Panas & Room). Rupa pun menawan! Ishhh. Kalau Mommy tak terikat dengan apa-apa, memang Mommy ambil yang ni dulu.

Tak makan ruang tau! Slim fit gitu. Cun weh!!

PRINCE TOP.. PUNCA TERJEBAK DENGAN CUCKOO - EJEN PENAPIS AIR CUCKOO (8)

Cantik giler kot!!

Katakan kepadaku.. Kenapa Mommy tak JATUH CINTA PANDANG PERTAMA??

Jodoh belum tiba lagi nih. Sabar Shehan.. Sabar!! Tunggu buat Kitchen Cabinet tema pink, then grab Prince Top. Hahahaha..

5 UNIT DALAM MASA SEMINGGU

Sembang punya sembang pasal Prince Top nih, NM Elle ajak Mommy buat bisnes ni. Ye lah.. ZERO MODAL, COPYWRITING DIBERI SETIAP HARI, tinggal diri sendiri je nak usaha. Tak nak cuba juga ke?

Bila dengar tak perlu modal, Mommy terus ONZZZ!! Serius Mommy semangat lain macam malam tu.. Dan malam tu juga Mommy terus daftarkan diri sebagai Natural Executive (Ejen lah..) untuk mulakan bisnes ini.

Step memang banyak, tapi kalau dah tekad, step2 semua tu memang kacang jer. Studi cepat-cepat sambil hadam jenis-jenis produk. Mommy SPEND TIME untuk fokus apa yang NM Elle sampaikan. Walaupun kadang ada yang mengelirukan, penerangan Elle buat Mommy cepat tangkap.

PRINCE TOP.. PUNCA TERJEBAK DENGAN CUCKOO - EJEN PENAPIS AIR CUCKOO (4)

Semua produk Cuckoo

Mommy terus buka akaun Instagram @ybshehan.cuckoo dan Fanpage di Facebook dengan nama yang sama > @ybshehan.cuckoo malam daftar tu juga. Pantas kan? Nak bisnes, kena FOKUS!! Spend time untuk benda nih. Lupakan sekejap kerja lain. Haaa. Itu Mommy lah.. Walaupun hari2 Mommy rasanya sangat banyak kerja kena buat. Multitask kot!!

Rupanya, ada dah pelanggan yang dah usha pasal Cuckoo, tapi tak jumpa ejen yang mereka boleh tanya. Dan bila Mommy khabarkan yang Mommy adalah Ejen Cuckoo Berdaftar sekarang, terus PM masuk!

Jom baca blog salah seorang pelanggan Mommy nih

BACA : Akhirnya dapat juga hadiahkan Cuckoo!

Bangga beb! Terus MK3 ni attack Mommy tau.. Nak beli Cuckoo untuk parent dia. Hadiahkan untuk PARENT weh!! Idea yang sangat-sangat bijak! Bayangkan eh.. pahala bagi parent happy. Seperti air yang mengalir pahalanya tu. Ibarat je tau. Tapi, Mommy yakin, pahala tu memang besar!! Tahniah kak.. Yang bestnya, bulan ni dia beli lagi untuk diri sendiri. Ohsem kan?? Tq again kak..

Tu baru pelanggan pertama. Dan paling best, 2 sahabat Mommy dari #hdaecrew, grab COMBO terus! Maksudnya, dorang order Water Purifier & Air Purifier dengan harga terendah masa tu! Terus rezeki Mommy dapat 4 unit serentak.. Mereka pun untung, siap dapat HADIAH PERCUMA AIR-Q, Penapis Udara dalam kereta beb!! Tq Huda & Pijah..

PRINCE TOP.. PUNCA TERJEBAK DENGAN CUCKOO - EJEN PENAPIS AIR CUCKOO (11)

Percuma Air Q, car purifier untuk COMBO WP + AP (sehingga Oktober 2018 sahaja)

Total.. 5 unit. Auto layak dapat BONUS! Nak nangis rasa!! Ada juga duit bekalan untuk Mommy travel tanpa susahkan Daddy. Heeeee..

CABARAN PERTAMA SEBAGAI EJEN PENAPIS AIR CUCKOO

PRINCE TOP.. PUNCA TERJEBAK DENGAN CUCKOO - EJEN PENAPIS AIR CUCKOO (14)

Bukti dah sold out pada 1 September baru ni..

Masa tu, hot sangat 2 produk utama iaitu KING TOP (RM56.60) & IRIS (RM70.75) sebab ini adalah harga paling rendah yang ditawarkan. Memang pasti berebut lah jawabnya. Rupanya, masa tu, Mommy dapat tahu yang 2 item ni memang wajib rebut malam 1 Ogos nanti. Dan bakal berakhir 1 September.. Fuh.. Mommy dah la baru seminggu kot join, boleh ke nih?

Berpandukan tunjuk ajar #EMTeam dan PDF yang diberikan, Mommy dah get ready tengah malam 31 Julai tu. Yang pasti, Mommy kena pastikan 5 unit untuk customer Mommy dalam genggaman. Jangan tidur pun tak mengapa masa tu. Hiii. Dan akhirnya, jam 12.05 pagi tu, ya.. Mommy berjaya closed 5 unit tersebut! Ada yang masih alami kesukaran untuk daftar. Mungkin line pun tak berapa ok barangkali. Ini semua rezeki!!

TEMPOH RENTAL TAK TERLALU LAMA.. OK APA?

Dan selepas 1 September, harga serendah RM56.60 untuk tempoh 7 tahun dah tiada. Sekarang, minimum ialah 5 TAHUN! Eh.. ok apa.. Cepat sikit habis!! Kan?

3 top Water Purifier yang sentiasa jadi rebutan ialah King Top, Iris & Fusion ini..

PRINCE TOP.. PUNCA TERJEBAK DENGAN CUCKOO - EJEN PENAPIS AIR CUCKOO (11)

Jangan risau pasal servis dah. 5 tahun tu, memang FREE!! Datang pula tukar filter 4 bulan sekali. Tukar filter tauuuu!! Bukan sekadar servis semata!! Mana nak cari?? Haaaa.. Gitu!

TESTIMONI CUSTOMER TENTANG PENAPIS AIR CUCKOO DAN PENAPIS UDARA CUCKOO

Seronok bila dapat membantu. Ini adalah testimoni daripada customer Mommy sendiri. Happy weh! Serius!!

PRINCE TOP.. PUNCA TERJEBAK DENGAN CUCKOO - EJEN PENAPIS AIR CUCKOO (15)

Happy sampai rasa nak mengalir air mata. Ok #dramasangat. Tapi betulla korang. Maunya tak hepi.. Bila customer bagi feedback positif. Syukur.

Nah 1 lagi testimoni wajib baca untuk produk Fusion Top dan kenapa beliau pilih Fusion Top. FT ni pun hot sangat sebab walaupun ia tak la semoden digital, tapi dia punya kelebihan memang buat ramai tergoda nak beli!

BACA : Penapis Air Cuckoo jadi pilihan kami

TOP PERFORMANCE RANKING AUGUST 2018

PRINCE TOP.. PUNCA TERJEBAK DENGAN CUCKOO - EJEN PENAPIS AIR CUCKOO (9)

Syukur alhamdulillah.. Walaupun baru sebulan join Cuckoo, Mommy dah termasuk dalam Top Performance Ranking for August 2018 dalam #EMTeam. Terima kasih atas tunjuk ajar semua ya.. Mommy Blogger dah turn to Mommy Cuckoo juga. Ok tak? Haha

Bukan mudah tau nak yakinkan pelanggan. Tapi, dengan usaha kita, semua tu tak mustahil.

KUNCINYA : KONSISTEN

Setiap hari, update socmed dan whatsapp status. Mommy elakkan kebanjiran iklan di personal FB Mommy, sebab Mommy kan blogger. Banyak lagi benda Mommy nak kena share. Boleh gitu? Sebab tu lah Mommy create IG & FB khas untuk Cuckoo. Cuma.. cuma.. sehari sekali tu memang ada la kat FB personal Mommy. Sebagai tanda yang Mommy komited dalam bisnes Mommy. Well, setiap orang caranya berbeza kan? Mungkin cara Mommy belum mantap lagi, tapi Mommy akan sentiasa perbaiki diri. Inshaa Allah..

SEMPAT RECRUIT 3 NATURAL EXECUTIVE

Dan dalam tempoh bulan Ogos baru ni, Mommy dah recruit 3 orang NE baru dan melatih mereka untuk sama-sama berjaya. Jom la kita kuatkan semangat masing-masing ye. Nama pun bisness. Memang mencabar tapi tak mustahil, kan?

Good Luck my new NE #CuckooTeamYB iaitu Yanie Yusuf, Cikza & Pijah.. Masing-masing dah dapat customer pun bulan 9 nih. Ohsem la korang!!

TAWARAN PENAPIS AIR CUCKOO & PENAPIS UDARA TERKINI

Flyers terbaru, memaparkan semua jenis produk Cuckoo yang boleh dibeli secara TUNAI (OUTRIGHT), KAD KREDIT & DIRECT DEBIT ATAU DEBIT CARD. Semuanya cashless tau. Kami tak pegang duit anda. Gituhhh..

PRINCE TOP.. PUNCA TERJEBAK DENGAN CUCKOO - EJEN PENAPIS AIR CUCKOO (16)

Serendah RM75.47

PRINCE TOP.. PUNCA TERJEBAK DENGAN CUCKOO - EJEN PENAPIS AIR CUCKOO (16)

Icon tu cantik tau!! All white! Berkenan juga la Mommy pun..

PRINCE TOP.. PUNCA TERJEBAK DENGAN CUCKOO - EJEN PENAPIS AIR CUCKOO (16)

Lawa kan? Takde Kitchen Cabinet pun tiada masalah..

CARA ORDER PRODUK CUCKOO

Urusan pembelian pun mudah sangat. Mommy tak perlukan segala slip gaji semua tu tau. Yuran pendaftaran pun takde. Free semua tu..

PRINCE TOP.. PUNCA TERJEBAK DENGAN CUCKOO - EJEN PENAPIS AIR CUCKOO (16)

Mudah kan?

PRINCE TOP.. PUNCA TERJEBAK DENGAN CUCKOO - EJEN PENAPIS AIR CUCKOO (5)

Ada apa-apa lagi tak korang nak tahu? Jangan buang masa la.. PM Mommy lekaih.. Nah klik link ni.. >> SAYA BERMINAT NAK TAHU TENTANG CUCKOO

Last but not least, trust me. I can do my job. Ewah.. Jom pasang satu kat rumah sendiri, rumah parent dan di mana-mana jua. Mommy sedia berkhidmat untuk seluruh Malaysia.

“Ingat YB, Ingat Cuckoo!!”

Tags: , , , , , , , ,

5 thoughts on “PRINCE TOP.. PUNCA TERJEBAK DENGAN CUCKOO”

  1. Hahaha attack – correct word. Bertubi tubi soalan kan hahahahha

    1. YB Shehan says:

      hahaha.. best! hrp ada lagi yang dtg tanya..

  2. ummi nani says:

    Tahniah.. doa-doa murah rezeki lagii

  3. Nadia Johari says:

    cantik giler tu..aduh..teringin juga guna penapis air ni..tapi takpa sabar dulu..hee

  4. tahniah Shehan..moga tersenarai lagi sebagai top performance

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!