DAPATKAN JR PASS DI MATTA FAIR 2018 | TRAVEL KE JEPUN

DAPATKAN JR PASS DI MATTA FAIR 2018 TRAVEL KE JEPUN (1)

Persiapan untuk melancong ke Jepun, dah dibuat dari awal lagi. Almaklumlah, kos bukan sedikit. Jadi kena beli sikit-sikit dari awal tahun. Checklist pula lebih kurang sama seperti ketika travel ke New Zealand.

Antara perkara penting selain pakaian, alatan peribadi, gadget seperti pocket wifi, ada satu lagi perkara penting untuk kita ada ketika travel ke Jepun. Apa yang Mommy maksudkan adalah JR Pass.

APA ITU JR PASS?

  • JR Pass atau nama penuhnya Japan Rail Pass adalah pass keretapi yang paling menyeluruh dan berfaedah untuk pelancong yang ingin melancong di Jepun. Ianya khas untuk pelancong sahaja dan tidak dijual kepada rakyat Jepun.
  • Dengan memiliki JR Pass ini, kita boleh gunakan kesemua pengangkutan milik syarikat JR, seperti keretapi, bullet train (pengecualian untuk Bullet Train Nozomi dan Mizuho), bas dan feri (hanya di beberapa tempat sahaja).
  • JR Pass ini tidak boleh digunakan untuk menaiki keretapi bukan milik syarikat JR seperti syarikat Tobu, Odakyu, Tokyu, Keisei, Seibu, Keikyu dan Keio.
  • JR Pass adalah sangat sesuai bagi pelancong yang akan menjelajah seluruh Jepun dengan jarak yang jauh menaiki keretapi.

JR EAST PASS

Actually, JR PASS ni ada macam-macam jenis tau. 2 kawasan yang dicover oleh JR East Pass iaitu :

Loading...
  • Tohoku Area
  • Nagano, Niigata Area

It allows unlimited rides on all JR East train lines in the JR EAST PASS designated area.

Wah.. terujanya!!

DAPATKAN JR PASS DI MATTA FAIR 2018 TRAVEL KE JEPUN (11)

MACAM MANA NAK BELI JR EAST PASS?

Ada 3 cara untuk dapatkan JR EAST PASS ini seperti tertera. Namun, Mommy sarankan ada cara lebih bijak untuk korang dapatkan JR PASS ini..

DAPATKAN JR PASS DI MATTA FAIR 2018 TRAVEL KE JEPUN (3)

BELI JR PASS DI MATTA FAIR 2018

Adalah sangat disarankan jika korang buat pembelian JR PASS ini sebelum pergi ke Jepun. Jadi, untuk korang yang nak ke Jepun tak lama lagi tu, pastikan korang jangan lepaskan peluang untuk beli JR PASS di booth KOPETRO, PEARL HOLIDAY dan MAYFLOWER ketika MATTA FAIR 2018 tak lama lagi.

Haaa. Sila Matta Fair akan berlangsung hujung minggu ni tau.. iaitu dari 7 hingga 9 September di PWTC (Hall 1).

DAPATKAN JR PASS DI MATTA FAIR 2018 TRAVEL KE JEPUN (1)

Siap ada hadiah misteri tu!! Tak sabar nak pergi sabtu nih..

Penerangan lanjut tentang JR PASS dan harganya boleh didapati di booth itu . Atau korang juga boleh hubungi J-HORIZONS di talian 03-21610922 untuk sebarang pembelian juga.

Loading...

Author: YB Shehan

11 thoughts on “DAPATKAN JR PASS DI MATTA FAIR 2018 | TRAVEL KE JEPUN

  1. waah!! senangla kalau boleh beli PASS Jepun ni kat Matta Fair. tak yah susah2 nanti bila dah sampai sana. tq he sebab share. mana tahu ada rezeki saya tahun ni dapat ke Jepun.hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge