Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

DAPATKAN JR PASS DI MATTA FAIR 2018 | TRAVEL KE JEPUN

Persiapan untuk melancong ke Jepun, dah dibuat dari awal lagi. Almaklumlah, kos bukan sedikit. Jadi kena beli sikit-sikit dari awal tahun. Checklist pula lebih kurang sama seperti ketika travel ke New Zealand.

Antara perkara penting selain pakaian, alatan peribadi, gadget seperti pocket wifi, ada satu lagi perkara penting untuk kita ada ketika travel ke Jepun. Apa yang Mommy maksudkan adalah JR Pass.

APA ITU JR PASS?

  • JR Pass atau nama penuhnya Japan Rail Pass adalah pass keretapi yang paling menyeluruh dan berfaedah untuk pelancong yang ingin melancong di Jepun. Ianya khas untuk pelancong sahaja dan tidak dijual kepada rakyat Jepun.
  • Dengan memiliki JR Pass ini, kita boleh gunakan kesemua pengangkutan milik syarikat JR, seperti keretapi, bullet train (pengecualian untuk Bullet Train Nozomi dan Mizuho), bas dan feri (hanya di beberapa tempat sahaja).
  • JR Pass ini tidak boleh digunakan untuk menaiki keretapi bukan milik syarikat JR seperti syarikat Tobu, Odakyu, Tokyu, Keisei, Seibu, Keikyu dan Keio.
  • JR Pass adalah sangat sesuai bagi pelancong yang akan menjelajah seluruh Jepun dengan jarak yang jauh menaiki keretapi.

JR EAST PASS

Actually, JR PASS ni ada macam-macam jenis tau. 2 kawasan yang dicover oleh JR East Pass iaitu :

  • Tohoku Area
  • Nagano, Niigata Area

It allows unlimited rides on all JR East train lines in the JR EAST PASS designated area.

Wah.. terujanya!!

DAPATKAN JR PASS DI MATTA FAIR 2018 TRAVEL KE JEPUN (11)

MACAM MANA NAK BELI JR EAST PASS?

Ada 3 cara untuk dapatkan JR EAST PASS ini seperti tertera. Namun, Mommy sarankan ada cara lebih bijak untuk korang dapatkan JR PASS ini..

DAPATKAN JR PASS DI MATTA FAIR 2018 TRAVEL KE JEPUN (3)

BELI JR PASS DI MATTA FAIR 2018

Adalah sangat disarankan jika korang buat pembelian JR PASS ini sebelum pergi ke Jepun. Jadi, untuk korang yang nak ke Jepun tak lama lagi tu, pastikan korang jangan lepaskan peluang untuk beli JR PASS di booth KOPETRO, PEARL HOLIDAY dan MAYFLOWER ketika MATTA FAIR 2018 tak lama lagi.

Haaa. Sila Matta Fair akan berlangsung hujung minggu ni tau.. iaitu dari 7 hingga 9 September di PWTC (Hall 1).

DAPATKAN JR PASS DI MATTA FAIR 2018 TRAVEL KE JEPUN (1)

Siap ada hadiah misteri tu!! Tak sabar nak pergi sabtu nih..

Penerangan lanjut tentang JR PASS dan harganya boleh didapati di booth itu . Atau korang juga boleh hubungi J-HORIZONS di talian 03-21610922 untuk sebarang pembelian juga.

Tags: , , , , , , , , ,

11 thoughts on “DAPATKAN JR PASS DI MATTA FAIR 2018 | TRAVEL KE JEPUN”

  1. Athirah says:

    Thanksssss…. sgt berguna sbb tgh buat itinerary jepun ni… kalau beli jr pass boleh cover byk tmpt skali.. still tgh draft..

    1. YB Shehan says:

      ya. sebaiknya ke booth dorang utk dapat info lebih jelas..

  2. Dorsett Pink says:

    waah!! senangla kalau boleh beli PASS Jepun ni kat Matta Fair. tak yah susah2 nanti bila dah sampai sana. tq he sebab share. mana tahu ada rezeki saya tahun ni dapat ke Jepun.hihi

    1. YB Shehan says:

      btul. beli sini siap2. lengkapkan checklist sepenuhnya

  3. Nadia Johari says:

    bila ntah dpat ke jepun..huhu..bgus ade jr pass ni..

  4. mas saari says:

    Wahhh bagus ni, memudahkan perjalanan kita bila travel kat sana.

  5. Thanks untuk perkongsian ni she. Fiza baru tahu apa itu JR. Mana tahu ada rezeki boleh ke sana nanti kan

  6. Sueizza says:

    Ingatkan pass tuk masuk jepun heeeeheee ye la jepun jalan2 ngan ketapi lg mudah kan…

  7. budak sepet says:

    boleh masuk dalam list ni.. thanks . mana taw ada trip g jepun pula lepas ni

  8. azni says:

    JR pass nih mmg untung byk… we all pulun abisan untuk 7 hari aritu … insyallah nak repeat lagi

  9. ai says:

    Nak ikut g Jepun…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!