Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

7 DESTINASI WAJIB PERGI DI BUSAN, KOREA

Mommy cuma pernah ke Seoul. Belum sampai Busan dan Jeju lagi. Tapi, perancangan untuk ke Jeju Island tu ada. Harap impian tu jadi kenyataan satu hari nanti.

Tapi, kalau Mommy ke Jeju, mungkin Mommy nak pergi bersama keluarga pula. Especially encik Daddy yang teringin sangat nak main salji tu. Heee. Cian dia. Travel negara panas je ye? Heee..

Tapi dah tak risau kalau nak ke Korea sekarang. Tambah-tambah kalau plan nak travel ke Korea tanpa agen, korang jangan risau lah.. Mommy akan story lebih nanti.

Oh ya.. Korang pernah tengok tak filem Train to Busan. Haaa. Glemer kan filem tu? Dalam masa yang sama, Mommy pun teringin juga nak ke situ walaupun ada Zombie. Haha. Gurau.

Ok.. Jom Mommy kongsi..

APA ADA DI BUSAN, KOREA SELATAN?

Busan, Korea Selatan. Merupakan bandar ke dua terbesar selepas Seoul. Walaupun Busan tidak se-popular Seoul, namun tidak kurang menariknya destinasi pelancongan yang ada di bandar ini.

7 DESTINASI WAJIB PERGI DI BUSAN, KOREA SELATAN

Penerbangan Air Asia menawarkan penerbangan secara terus dari LCCT ke bandar Busan.

7 DESTINASI WAJIB PERGI DI BUSAN, KOREA SELATAN

Jika korang ingin mencuba untuk bercuti ke Busan, berikut merupakan antara 7 destinasi yang mesti pergi ketika berada di Busan.

1. Haeundae Beach

naracards - 7 DESTINASI WAJIB PERGI DI BUSAN, KOREA SELATAN - 19. haeundae beach

Subway Line No 2, hentian ‘Haeundae’ station, keluar di exit 5 atau 3
Sumber: Naracards Busan Set

Pantai paling popular di Korea terutamanya pada musim panas. Puluhan ribu manusia akan berjemur dan bersantai di sepanjang pantai ini menikmati pemandangan dan suhu pada musim panas.

Terdapat juga Busan Aquarium iaitu akuarium besar yang mempameran beribu spesis kehidupan laut (Ala-ala Aquaria di KLCC)

2. Gwanganli Beach

naracards - 7 DESTINASI WAJIB PERGI DI BUSAN, KOREA SELATAN - 22. gwanganli beach

Subway Line No 2, hentian ‘Gwangan’ station, keluar di exit 5 atau 3
Sumber: Naracards Busan Set

Sama seperti Haeundae Beach, Gwanganli beach menawarkan bonus iaitu pemandangan jambatan dua tingkat Gwanganli Bridge. Dicadangkan untuk ke pantai ini pada waktu malam untuk pemandangan yang lebih cantik.

3. Yongdusan Park (Busan Tower)

naracards - 7 DESTINASI WAJIB PERGI DI BUSAN, KOREA SELATAN - 11. Yongdusan Park busan tower

Subway Line No 1, hentian ‘Nampo’ station, keluar di exit 7
Sumber: Naracards Busan Set

Busan tower merupakan menara setinggi 120 meter untuk melihat pemandangan sekitar bandar Busan. Terletak di atas bukit dan kawasan yang strategik, korang dapat menyaksikan pemandangan cantik dan menarik dari atas menara ini.

Di kawasan sekitar terdapat taman rekreasi Yongdusan Park dan deretan kedai membeli belah Gwangbok Fashion Street.

4. Jagalchi Fish Market

naracards - 7 DESTINASI WAJIB PERGI DI BUSAN, KOREA SELATAN - 14. jagalchi fishery market

Subway Line No 1, hentian ‘Jagalchi’ station, keluar di exit 10
Sumber: Naracards Busan Set

Terletak hanya bersebelahan dengan Yongdusan Park. Jika teringin untuk mencuba Ketam Snowcrab atau King Crab yang bersaiz besar yang tak pernah dilihat di Malaysia, korang perlu ke sini.

Di sini merupakan pasar makanan laut yang terbesar yang mana korang boleh menikmati pelbagai masakan laut di Korea.

5. Gamcheon Cultural Village

naracards - 7 DESTINASI WAJIB PERGI DI BUSAN, KOREA SELATAN - 16. gamcheon cultural village

Subway Line No 1, hentian ‘Toseong’ station, keluar di exit 8
Sumber: Naracards Busan Set

Perjalanan ke sini agak sukar namun memberi kepuasan luar biasa.

Gamcheon cultural village ni sebahagiannya merupakan penempatan orang dan sebahagiannya cuma banguna kosong yang dihiasi seni lukis. Destinasi sesuai untuk penggemar fotografi.

6. Oryukdo Skywalk

naracards - 7 DESTINASI WAJIB PERGI DI BUSAN, KOREA SELATAN - 23. oryukdo skywalk

Subway Line No 2, hentian ‘Kyungsung Univ Pukyong Univ’ station, keluar di exit 2
Sumber: Naracards Busan Set

Ingin cabar keberanian diri, korang boleh ke Oryukda Skywalk. Selain pemandangan cantik yang ada di sini, korang berpeluang jalan di atas jambatan kaca setinggi 100 meter dari atas laut.

Pemandangan laut dan keindahana semulajadi cantik boleh dilihat di sekitar Oryukdo ini. Terdapat Kafe untuk korang hirup kopi panas sambil menikmati pemandangan cantik di sini.

7. Lotte Premium Outlet East Busan

naracards - 7 DESTINASI WAJIB PERGI DI BUSAN, KOREA SELATAN - 29. lotte premium outlet dong busan

Train Donghae, hentian ‘OSIRIA’ station, keluar di exit 1
Sumber: Naracards Busan Set

Ingin membeli-belah barangan berjenama? Korang boleh pergi ke Lotte Premium Outlet East Busan. Walaupun namanya Premium, tidak semua barangnya mahal.

Jika ada promosi khas, korang berpeluang jumpa banyak pakaian dan barangan berjenama yang murah seperti Adidas, Nike, Guess, dan macam-macam lagi. Bangunan ini baru sahaja siap dibina dan berdekatan dengan Yonggungsa temple.

ADA LAGI TEMPAT MENARIK DI BUSAN

Di bandar Busan ada banyak destinasi menarik yang boleh korang lawati selain 7 destinasi yang disenaraikan diatas ini. Antaranya seperti Yonggungsa, Beomosa, Citizen Park, Dadaepo, Taejongdae, Dongbaek island dan banyak lagi.

Bagi yang pertama kali ingin bercuti ke Busan secara sendiri, korang boleh menggunakan panduan Naracards Busan Travel Info Cards.

Naracards Busan merupakan koleksi 30 keping kad destinasi menarik yang ada di sekitar bandar Busan Korea.

naracards - 7 DESTINASI WAJIB PERGI DI BUSAN, KOREA SELATAN - busan02

Apa yang menarik dengan kad ini korang boleh travel secara bebas. Sama ada korang ingin memandu kereta sewa, menaiki teksi atau menggunakan subway di Busan.

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Naracards, layari Set Naracards Busan.

Tags: , , , , , , ,

5 thoughts on “7 DESTINASI WAJIB PERGI DI BUSAN, KOREA”

  1. farhanajafri says:

    cantiknya gamcheon cultural village tu. Kan best kalau ada dekat malaysia jugak 😀

    1. YB Shehan says:

      kan.. tu yg teringin nak g jgk ni

  2. Azni says:

    One day akan ku racun abam p korea

  3. Teringin nak ke Korea

  4. Nadia Johari says:

    baca ni dah best..teringin nak pergi..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!