Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

EXPERIENCE GOOD FOOD AT WHIP AND WHISK CAFE, ALAM DAMAI

WHIP AND WHISK CAFE | Hujung minggu kalau belum rancang apa-apa aktiviti, Mommy nak ajak korang datang cuba makan di Whip and Whisk Cafe ini. Layan video ini terlebih dahulu..

WHIP AND WHISK CAFE

Haaa.. menarik tak? Ok first impression Mommy terhadap Whip & Whisk Cafe bila Mommy dah sampai, ia antara cafe yang kemas dan cantik dipandang dari luar. Ada kerusi dan meja tinggi buat pelanggan yang datang untuk lepak di luar kedai.

EXPERIENCE GOOD FOOD AT WHIP AND WHISK CAFE, ALAM DAMAI (8)

Sesuai juga lah untuk mereka yang merokok. Tidak lah mengganggu pelanggan lain kan?

Di bahagian dalam pula, memang tenang je rasa.. Meja panjang ni, boleh la lepak satu keluarga kan? Kerusi bayi pun ada disediakan..

EXPERIENCE GOOD FOOD AT WHIP AND WHISK CAFE, ALAM DAMAI (14)

HIDANGAN YANG KAMI RASA

Antara hidangan yang kami rasa pada tengah hari tersebut adalah Parmesan Chicken Cheese yang portionnya agak besar. Untuk 5 orang kami, berbaloi juga la dapat merasa sorang sedikit. Dengan jumbo sosej, ketulan ayam goreng, kepingan kentang wedges, salad dan bun. Yang pasti, semuanya fresh dan homemade.

EXPERIENCE GOOD FOOD AT WHIP AND WHISK CAFE, ALAM DAMAI (6)

Banyak kan? Haaa.

EXPERIENCE GOOD FOOD AT WHIP AND WHISK CAFE, ALAM DAMAI (15)
Tapi kalau datang beramai-ramai tu, jangan lah order itu semata-mata. Tak kenyang nanti.

Hidangan seterusnya adalah Salted Egg Pasta with Crispy Calamari. Pasta yang sangat creamy dan sotong yang agak besar dihidangkan. Sepinggan ni memang sekelip mata rasanya jika Mommy makan.

EXPERIENCE GOOD FOOD AT WHIP AND WHISK CAFE, ALAM DAMAI (6)

Minuman yang dihidangkan buat kami berlima pada hari tersebut adalah Oreo Cookies Slurpee. Sedap.. Dihiasi pula dengan cookies yang rangup di bahagian tepi gelas. Bagi peminat aiskrim, memang patut cuba minuman istimewa ini.

EXPERIENCE GOOD FOOD AT WHIP AND WHISK CAFE, ALAM DAMAI (6)

Menu-menu lain yang turut disediakan antaranya adalah kek, roti, nasi lemak pun ada tau..

EXPERIENCE GOOD FOOD AT WHIP AND WHISK CAFE, ALAM DAMAI (14)

Sempat juga merasa Cheese Tart. Sedap!

EXPERIENCE GOOD FOOD AT WHIP AND WHISK CAFE, ALAM DAMAI (16)

Mereka juga turut menyediakan perkhidmatan Katering dan Mommy sendiri berkesempatan ke Sireh Pinang, sebuah dewan yang terletak di Level 9 Cheras Sentral.

EXPERIENCE GOOD FOOD AT WHIP AND WHISK CAFE, ALAM DAMAI (17)

Cantik dan luas juga Banquet Hall Sireh Pinang ini. Terbuka untuk tempahan pelbagai majlis. Ya, korang boleh hubungi owner, orang yang sama dengan pemilik Whip and Whisk Cafe.

EXPERIENCE GOOD FOOD AT WHIP AND WHISK CAFE, ALAM DAMAI (16)

PENDAPAT MOMMY

Restoran 100% milik Muslim Bumiputera ini layak mendapat pujian daripada Mommy. Makanan yang disediakan memang sedap terutamanya yang based keju. Mommy bukan peminat keju tapi bila makan, memang tak jemu. Sedap.

Mommy tak sempat nak rasa apa-apa kek di situ tapi semua kek yang disediakan dibuat setiap hari atau based on order, disimpan tidak pernah lebih seminggu untuk memastikan kesegaran.

Mommy ada beli beberapa jenis roti di situ, memang sedap. Even dimakan sehari selepas Mommy beli pun, masih lembut tau..

Di luar kedai ada port untuk bergambar juga. Nak bunga tak?

EXPERIENCE GOOD FOOD AT WHIP AND WHISK CAFE, ALAM DAMAI (8)

Bila nak lepak lagi gais???

EXPERIENCE GOOD FOOD AT WHIP AND WHISK CAFE, ALAM DAMAI (14)

LOKASI WHIP AND WHISK

Lokasi Whip and Whisk Cafe ini terletak di Alam Damai, dan parking di sini memang mudah dan percuma. Haaa.. Bonus tu..

Untuk yang teringin datang mencuba, boleh datang ke Whip and Whisk Cafe yang beralamat di 52-G, Jalan Damai Raya 2, 56000 Alam Damai , Kuala Lumpur setiap hari, kecuali Isnin.

Just waze Whip and Whisk Alam Damai. Pasti sampai!

Jangan lupa ikuti Instagram @whipandwhiskkl dan Facebook Whip and Whisk Bake Shop & Cafe ye..

Tags: , , ,

10 thoughts on “EXPERIENCE GOOD FOOD AT WHIP AND WHISK CAFE, ALAM DAMAI”

  1. Nina Mirza says:

    Salted eggs crispy calamari memang sedap! Tak cukup weyyyy sepinggan tuh.. HAhaha
    Next time kena order sorang sepinggan tau. Kita tak mo share share.. Hehee

  2. sedap sedap nampak makanan yang she tunjuk tu. Sebut pasal keju tu terliur pulak. Fiza peminat keju!
    Thanks for sharing she, nanti boleh plan ke sana jugak ni.

  3. Jom bila nak lepak situ?

  4. Menarik salted egg calamari tu..

  5. Haida says:

    Bestnya menu dkt sini. Nampak sedap sangat.

  6. Azni says:

    Nnt boleh terjah jugak ni

  7. Cik Yaya says:

    Terliuq tgok mknan

  8. ai says:

    Cafe ni sesuai sangat untuk instagrammer.

  9. mas saari says:

    Cantik cafe dia.

  10. Nadia Johari says:

    salted egg tu rasa masin tak..huhu..nampak menarik..boleh try sebb lain dari yang lain kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!