Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

YEAH.. TAHUN DEPAN PAKAI KASUT HITAM DI SEKOLAH!

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan.

“Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih. Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi,” katanya dalam sesi Bicara Minda Sihar Harian hari ini.

KASUT HITAM DI SEKOLAH TAHUN DEPAN – 2019!

Wah.. Good News! Bukan apa.. dah lama sebenarnya Mommy stress pasal kasut putih yang bertukar jadi warna belacan walaupun hanya baru hari pertama sekolah! Tensen woo! Dah la Mommy menitikberatkan bab kebersihan dan kecantikan ni.

Tapi kalau dah selalu sangat tak jaga ni, Mommy ambil pendekatan untuk TAK NAMPAK APA-APA! Penat lah..

Cumanya, bila pakai kasut putih ni, Mommy pastikan stokin ditukar setiap hari, kasut pula ditukar 2 hari sekali.. Itu je lah. Dan belajar redha serta telan air liur lepas tengok Hannah pulang dari sekolah.

Macam mana Mommy tak hangin bila hari pertama dah macam ni?

KASUT HITAM DI SEKOLAH

SELESAI BAB KASUT, KINI BAB BEG SEKOLAH PULA

Selain itu Dr Maszlee berkata, kementeriannya komited untuk mengurangkan beban pelajar yang dilihat menggalaskan beg sekolah yang berat.

Perihal beg sekolah ni, ini antara perkara yang Mommy tak berkenan sejak tahun 1. Zaman Mommy sekolah dulu, buku teks semuanya ditinggalkan kat sekolah. Dan tiada masalah apa-apa pun sebab masing-masing letak bawah meja masing-masing.

Cuma, memandangkan budak-budak zaman sekarang ni terlebih advance, atau kadang-kadang tak fokus untuk jaga barang masing-masing, cara meninggalkan buku di bawah meja mungkin mengundang masalah.

Satu je tips yang paling berkesan iaitu setiap kelas perlu ada loker buku masing-masing. Dan guru akan memantau setiap pelajar untuk ambil dan simpan semula buku teks setiap kali bermula sesuatu subjek. Susah ke? Mungkin isu peruntukan la kot! Kos untuk loker.

Beg sekolah jenis roda itself pun dah berat. Kenapa pilih beg roda kan? Sebab tak sanggup tengok anak-anak galas beg & buku teks yang banyak untuk ke kelas dalam keadaan terbongkok-bongkok. Taknak mereka bongkok badan sebelum waktunya. Postur badan beb. Itu penting.

Cadangan mengurangkan matapelajaran juga mungkin menarik bagi Mommy. Tapi, bila dilihat, semua subjek pun memang penting dan perlu untuk dipelajari. Hmm.. Belajar tapi tak perlu exam untuk sesetengah subjek ok tak? Takpelah.. Mommy bukan Menteri Pelajaran pun. Biar mereka je la tolong fikirkan eh? Heeee..

Berbalik kepada isu kasut hitam tadi, ada cadangan kasut yang bagaimana sesuai untuk anak? Mommy prefer bukan jenis kain. Sebab senang jaga dan basuh last minute pun ok. Ngeeeeeeee..

Tags: , ,

8 thoughts on “YEAH.. TAHUN DEPAN PAKAI KASUT HITAM DI SEKOLAH!”

  1. nurul aqidah says:

    kesian kilang kapur kasut xleh jual dh pasni..mmg stress kasut hari pertma dah hitam. bagus jugak tu kena sediakan loker mcm sekolah2 barat tu

    1. YB Shehan says:

      dorang dah kaya dah. hehehhe.. tuka la buat cecair hitam plak

  2. Dorsett Pink says:

    best kan buat peraturan pakai kasut hitam. Saya dulu2 masa zaman sekolah dulu pun stress dgn kasut putih ni sebab cepat giler kotor pastu nak membasuh penaaat nya lah. Hehe

  3. Syaza says:

    Hahaha beli kasut hitam getah style gak kan. btw, pengawas dah tak rare la lepas ni, semua standardize kasut itam hihi

  4. Yesss tahun depan leh basuh kasut d mesin basuh ja hahhaha

  5. sueizza says:

    ai is dulu sekolah rendah je kasut putih,sekolah menengah jadi pengawas dah kasut hitam hehehe…senang la skit kasut hitamkan

  6. tiap2 kali weekend dah tak perlu dahlah spend masa untuk basuh kasut.macam kita2 dulu

  7. ayu says:

    tutup la kedai kapur kasut ni nantihihi..senang mak-mak juga ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!