Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Jeju Set

RAYA SAKAN ZY PHYTO | TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK

RAYA SAKAN ZY PHYTO | Tarikh 30 Jun 2018 merupakan tarikh sejarah buat ZY Phyto Holdings dalam upacara perasmian ZY Herbal Science Sdn Bhd dan dalam masa yang sama, sejarah buat KBBA9 juga dalam menerima tajaan T-Shirt KBBA9xZYPhyto.

Semua upacara tersebut diadakan ketika sambutan Raya Sakan ZY Phyto tahun ini..

Mommy & KBBA9 tidak terkecuali untuk hadir ke majlis ini.. bersama 5 blogger lain iaitu Ben Ashaari, Ummi Nani, Nani Zati, Mas Saari & Bella Idura.

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (11)

RAYA SAKAN ZY PHYTO

Majlis Raya Sakan ZY Phyto ini bermula dari jam 12 tengah hari lagi. Majlis ini diadakan di perkarangan tapak ZY Herbal Science Sdn Bhd, Puncak Alam.

Mommy sampai pun sekitar jam 1230 tengah hari macam tu. Jauh! Dengan bertemankan 2 orang anakanda ni, Mommy harap sangat masing-masing bagi kerjasama.

Dan bila kami dah sampai, Ariq Emir ajak pi dobi. Dah kenapa??? Demi nak elak dia buat perangai, Mommy ikutkan saja. Sebab ada dobi kawasan sekitar tu. Motif? Nak tengok mesin tu berpusing laaa. Hahaha.. Anak spesel Mommy dah ada hobi baru.

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (30)

Hikmah anak ajak pegi dobi, dapat view cantik ni

Untuk mengelakkan sebarang kejadian tak diingini, Mommy haruslah ‘isi perut’ anak-anak Mommy ni dulu. Inilah antara hidangan yang disediakan hari tu..

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (16)

Ada nasi briyani..

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (16)

Ada soto..

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (16)

Ini tumpuan Mommy & Ariq..

Kuih raya, lemang, bubur, nasi impit dan kuah kacang pun ada. Antara rajin nak makan atau tidak je. Mommy makan koewteow pun dah kenyang sangat. Penat drive dan letih layan anak nak makan juga kot. Hahah. Hilang terus selera dan lapar..

MAJLIS PELANCARAN ZY HERBAL SCIENCE SDN BHD

Di hari yang berbahagia ini, pihak ZY Phyto Holdings (#kingofOEM) turut melancarkan upacara perasmian ZY Herbal Science Sdn Bhd yang lebih dikenali sebagai Saudagar Herba, salah sebuah anak syarikat ZY Phyto Holdings Sdn Bhd.

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (32)

Haaa.. bagi yang belum tahu mengenai Saudagar Herba ini, meh Mommy buat sedikit pengenalan.

ZY Herbal Science Sdn Bhd adalah :

  • syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan sebagai pembekal bahan mentah kepada peneraju industri produk kecantikan dan kosmetik.
  • ditubuhkan pada tahun 2016.
  • salah sebuah syarikat perdagangan di Malaysia.
  • membekalkan bahan mentah termasuklah ekstrak herba, serbuk dan cecair yang mendapat permintaan tinggi di pasaran khususnya di dalam sektor pembuatan produk kecantikan dan kosmetik.
  • tidak hanya memilih mana-mana herba tanpa mengetahui manfaatnya.
  • kualiti setiap bahan akan dipastikan memenuhi dan mencapai piawaian kebangsaan bagi produk makanan dan kesihatan.

Herba kami terbukti secara saintifik oleh penyelidikan dan memberi manfaat kepada pengguna. Kini, keperluan untuk produk halal semakin meningkat dan telah mendapat perhatian utama di kalangan masyarakat dunia. Justeru itu, kami melengkapkan produk kami dengan sijil halal dari JAKIM. – ZY Herbal Science Sdn Bhd

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (6)

Majlis dirasmikan dengan memotong pulut kuning oleh Tuan Zaidi Yusoff (Group CEO), Madam Ameelia (Group Executive Director) dan Encik Muhamad Khairi bin Zakaria (Managing Director ZY Herbal Science Sdn Bhd).

Di sini juga mereka sediakan PAKEJ CHOMEY, untuk usahawan yang mempunyai modal serendah 3K tetapi menginginkan produk jenama sendiri. Boleh juga baca entri CARA NAK BUAT PRODUK JENAMA SENDIRI di sini.

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (5)

Contoh produk yang boleh menjadi produk jenama anda..

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (19)

Kalau nak buat produk yang sedia ada seperti pakej Chomey, boleh jumpa jelitawan ini

Tahniah atas pelancaran ini ya dan semoga maju jaya diucapkan..

Bagi yang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai saudagar herba, boleh layari facebook dan laman web mereka di bawah :

TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK

Majlis seterusnya adalah berkaitan dengan Kelab Blogger Ben Ashaari dimana kami telah menerima tajaan TShirt Kembara KBBA9xZYPhyto, dan diserahkan oleh Encik Mahadzir Abdullah, Managing Director ZY Printpack Sdn Bhd kepada founder KBBA9 iaitu Ben Ashaari.

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (33)

Kredit gambar Ben Ashaari

Kami pun join sekaki la kan ambil gambar kenangan..

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (20)

#kbba9

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (26)

Madam Ameelia with Blogger sado

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (29)

Mommy & Madam Ameelia

PENGHARGAAN KHAS BUAT BLOGGER #KBBA9

Tak dijangka. Tetiba MC mengumumkan ada cenderahati khas buat kami blogger KBBA9 yang datang. Terima kasih diucapkan kepada ZY Phyto.

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (4)

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (4)

Masing-masing control sebelum lepas tu gelak sakan..

TSHIRT KEMBARA KBBA9 YANG SELESA

Semua benda ada di ZY Phyto ini. Nak buat produk sendiri, nak buat label, nak print packaging, nak belajar bab marketing, semua di bawah satu bumbung. Yang penting, usahawan terus berurusan secara direct dengan kilang. Dah tak perlu orang tengah dah..

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (23)

Tshirt Kembara KBBA9 ini ditaja oleh ZY Printpack Sdn Bhd, printing hub milik ZY Phyto Holdings Sdn Bhd. Bagus kan? Tak perlu cari tempat lain dah.. Bukan tshirt je tau dorang boleh buat.. Packaging product pun mereka boleh hasilkan..

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (31)

Haaa. Onz tak onz???

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (18)

KBBA9xZYPHYTO

RAYA SAKAN ZY PHYTO - TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK (25)

Boleh bergaya next trip

Untuk sebarang info, korang boleh layari juga lama web www.zyphyto.com dan facebook mereka iaitu facebook.com/zyphytogroup.

Tags: , , , , , , ,

11 thoughts on “RAYA SAKAN ZY PHYTO | TERIMA TSHIRT KBBA9xZYPHYTO DARIPADA ZY PRINTPACK”

  1. Mariana says:

    Cantik la tshirt kbba9. Xsabar pulak nak melaram hehe. Rugi pulak haritu xjoin open house zy phyto

  2. Dura Norell says:

    Tak sabarnya nak pakai tshirt merah ni

  3. mas saari says:

    Memang cun tshirt tu, terima kasih ZY Phyto.

  4. Rasa macam langkah kanan ja hari tu, tak sangka dapat gift jugak

  5. Ema Johari says:

    Wah, Kaler merah menyala.. I like it.. memang gah syarikat zyphyto ni

  6. Huda says:

    Best yer korang yang join event ni. Meriah majlis, siap ada gift untuk blogger. Cantik betul baju baru tu. Excited nak pakai pergi trip

  7. tertarik ngan tshirt merah tu…

  8. JULIA JOHARI says:

    Meriah sambutan siap dpt cenderahati utk blogger. Terbaik!

  9. Nadia Johari says:

    meriah rumah terbuka dia..hehee..terima kasih zyphyto taja baju..baju cantik..tak sabar nak dapat

  10. ai says:

    T-shirt pun boleh order dari Zy Phyto ke?

    1. YB Shehan says:

      boleh.. kita boleh order..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!