CARA SIMPAN TUDUNG BAWAL

CARA SIMPAN TUDUNG BAWAL (5)

Memandangkan Mommy ada lagi sejam untuk ambil Daddy di airport, Mommy nak kongsi satu perkara atau topik yang sangat sesuai untuk pencinta tudung bawal. Shawl pun boleh lah.. Sebab sama jer..

Sebelum tu meh Mommy bagitau sikit. Rumah Mommy nih, betul-betul kosong dari segala jenis wardrobe. Yang ada pun, almari anak. Itu pun simpan baju sekolah dan baju raya dorang.

Baju kami? Ada tersangkut kat penyidai terbuka je kat bilik ketiga kami..

Tak tahu lah bila nak ada wardrobe tu. Paling penting adalah kitchen cabinet dulu.. Doakan Mommy murah rezeki yer? Mana lah tahu tetiba ada hamba Allah nak sponsor gedebuk satu KC kan? Amin..

CARA SIMPAN TUDUNG BAWAL

Mommy lately kumpul banyak bawal. Dulu memang suka beli Aidijuma. Sehinggalah baru-baru ini, teringin pula Kekaboo. Banyak pula tu sekali beli. Hukhuk..

Belum lagi sampai Bawal Cotton Siput. Haaaa pernah dengar? Tunggu Mommy pakai ye. Harap-harap, materialnya cantik lah..

Ok memandangkan takde wardrobe untuk simpan tudung bawal Mommy ni, Mommy carilah idea. Kebanyakannya jual yang jenis bulat-bulat yang macam kat Ikea tu. Mommy pernah beli dah. Tapi pernah tertarik benang tudung. Menyesal.

Guna hanger pun sama. Kadang-kadang, tak perasan ada lebihan kasar plastik hanger tu. Dahhh tersangkut benang lagi sekali..

Memandangkan tengah kebosanan di rumah, Mommy pun browse la  Shopee. Terjumpa rak kasut ni. Eh.. good idea lah.. Boleh guna rak ni sebagai rak sangkut tudung-tudung Mommy ni.

Kenapa selama ni tak terfikir. Hehe..

Tadaaa.. Ini gambar kat Shopee.

CARA SIMPAN TUDUNG BAWAL (1)

Dan petang tadi, Mommy dah dapat rak ini.. Jeng-jeng.. Siap up kat FB, tanya kawan-kawan, agak-agak apa yang Mommy nak buat dengan bendalah ni?

Jawapan cliche semestinyalah rak kasut kan?

Tadaaaaaaaaaaaaaaa..

Setel sangkut semua tudung ni, Mommy tunjuklah hasil akhir Mommy. Heeee..

CARA SIMPAN TUDUNG BAWAL (2)

Haaaa amacam? Cun? Bijak kan Mommy?

Bijak mengGoogle! Hahahahah..

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge