APA MASALAH UPIN-IPIN? KENAPA ANAK AUTISM TAK SUKA? INI MISTERI!

APA MASALAH UPIN-IPIN KENAPA ANAK AUTISM TAK SUKA INI MISTERI! 1 (6)

Mommy hadap perkara ini dah lama sebenarnya. Ingatkan, perkara ini biasa.. Tapi pelik pula bila Mommy cuba post soalan Mommy di group Autisme Malaysia, jawapan semua ibu bapa hampir sama!!

Sampai ada yang jawab, anak saya tutup plug!!

Fuh..

TAKUT ATAU TAK SUKA?

Ini adalah soalan dari Mommy dan jawapan sangat mengejutkan! Kami berkongsi rasa yang sama!

APA MASALAH UPIN-IPIN? KENAPA ANAK AUTISM TAK SUKA? INI MISTERI!

Siap menangis! Macam kena cubit tau!! Takut sungguh bila tengok muka tu..

APA MASALAH UPIN-IPIN? KENAPA ANAK AUTISM TAK SUKA? INI MISTERI!

Korang tengok apa ayat Ariq? HIDEOUS!!

APA MASALAH UPIN-IPIN? KENAPA ANAK AUTISM TAK SUKA? INI MISTERI!

Punca episod tu sebab mercun? Oh yes.. Ariq memang sangat-sangat takut mercun!

APA MASALAH UPIN-IPIN KENAPA ANAK AUTISM TAK SUKA INI MISTERI! 1 (4)

Sampai tutup plug! Tapi, Ariq belum pandai bab tu. Dia tahu Mommy cukup pantang buat benda yang boleh datangkan bahaya. Especially plug! Jadi, nak tak nak, dia nangis2 hulur remote je lah..

APA MASALAH UPIN-IPIN KENAPA ANAK AUTISM TAK SUKA INI MISTERI! 1 (5)

KETAKUTAN KANAK-KANAK BUKAN SESUATU PERKARA YANG LAWAK

Maaf, bukan nak burukkan Upin Ipin. Cuma tertanya-tanya. Kenapa? Wajahnya? Karakter mereka? Lakonan mereka yang garang dan asyik marah-marah?

Anak Mommy yang sulung, normal kid, minat Upin Ipin. Maka, bergaduhlah mereka setiap kali rancangan tu bermula. Maka, yang peningnya siapa? Semestinya lah Mommy?

Ketakutan anak-anak harus diingat, ia bukan lah lawak atau biasa-biasa. Jika mereka takut, mereka betul-betul takut dan bukan main-main.

Dan sejak anak pertama Mommy, Mommy tak pernah ajar bab hantu, momok, atau seangkatannya. Tak pernah. Dan Mommy akan automatik marah andai ada terdengar ada orang sebut atau usik dengan nama-nama tu..

Sebab tu mereka tak pernah hirau kalau ada dalam gelap sekalipun.

Tapi bila perkara macam ini terjadi, SETIAP KALI UPIN IPIN disiarkan, Mommy dah pelik. Takkan nak pasang ayat al-baqarah setiap kali kakak si adik ni nonton kot? Only that, baru adik dapat join?

Aduh pening!

Footnote : Ariq Emir was diagnosed with ASD (Boleh baca di sini > Ariq Emir ada mild autism)

5 Comments

  1. waaahh! amazing. ni baru saya tahu rupanya ada anak-anak yang takut/tak suka tengok upin-ipin. ingatkan semua kids jatuh cinta ngan upin ipin. btw, thanks YB coz sudi share cerita ni

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge