SELEPAS KEMBOJA, ACHEH & PERTH.. KINI KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR! (EPISODE 4)

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (250)

DAY 3 : TRIP KASHMIR (09032018) | Sebenarnya, ini bukan kali pertama misi ‘Melancong Sambil Beramal’ oleh team Kembara Qaseh ZY Phyto. Tapi, kali ini sebenarnya dah masuk negara ke 4. Itu belum lagi misi kembara dalam negara sendiri. Uniknya, bila Kembara di luar negara, ia agak berlainan perasaan dan mencatat pelbagai pengalaman sepanjang kembara. Contohnya kali ini, Kembara Qaseh ZY Phyto ke Kashmir.

Boleh baca pengalaman Mommy di India dari Episod 1 – 3 :

Ada yang komen, tak sabarnya nak membaca. Mommy pun tak sabar nak habiskan cerita. Sungguh, dugaan blog mungkin tak nampak di mata kasar, sekarang ini pun Mommy tengah berkira-kira untuk upgrade storage. MAHAL SANGAT! T_T..

Dari semasa ke semasa, Mommy terpaksa bekerja keras kurangkan storage. Kalau tidak, sekeping gambar pun tak dapat nak upload. Hmm..

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR

DARI NEW DELHI, KE KASHMIR PULA! | Selepas 2 hari di New Delhi, kami akan mulakan perjalanan ke Kashmir pula pada hari ke 3 (09032018). Untuk ke Srinagar (Kashmir), kami menaiki domestic flight. Tak terlalu lama perjalanannya, cuma agak unik pengalaman Mommy ke sana pada hari tersebut.

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (145)
Tempat menanti untuk naik flight domestic

FROM DELHI TO JAMMU, THEN SRINAGAR

Mommy dapat tiket ‘transit’ di Jammu semasa dalam perjalanan. Haa. Mengikut pengalaman Mommy masa trip ke NZ dulu, Mommy perlu turun ke airport dulu, check imigresen segala, dan naik semula ke flight yang sama. Tetapi tidak di sini. Stay je dalam flight, nanti staff naik & cop.

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (145)

Mommy menggelabah la juga sebab no seat berubah, walau flight yang sama. Ermmm.. Yang peliknya, team lain ok jer, Mommy sorang je yang dapat seat berubah. Hahaha.. Walaupun menggelabah, tapi itulah pengalaman buat Mommy masa tu.

Jadi, bila dah sampai di Jammu, Mommy pun terpaksa lah bangun dan tukar seat di belakang. Benda kelakar pula jadi. Tangan tengah full dengan segala gadjet stuff.. Tetiba powerbank jatuh dan terkena kepala seorang penumpang lain yang sebaris dengan Mommy. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Mommy say sorry non stop kat dia, siap ter’pegang’ kepala dia. Haha. Gelabah beruk beb! Powerbank kot. Nasib baik kecik jer..

Mommy tak sanggup duduk tepi beliau sebab nervous. Hahaha. Jadi, Mommy terpaksa ke seat tepi tingkap, yang sebenarnya tempat orang lain. Bila orang yang sepatutnya duduk itu datang, Mommy minta izin untuk duduk tepi sekali. Mujurlah ‘laku’ permintaan Mommy. Cuma, a bit tak selesa sebab ada bau hancing. Stress! But anyway, itu pun ‘pengalaman’. Hahahaha..

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (178)
Ada satu part tu, flight gegar macam nak jatuh je. Siap ada yang terjerit kecil. Nauzubillah. Panjang lagi umur Mommy.

Boarding time jam 10 pagi waktu tempatan, dan kami tiba sekitar jam 1130 pagi. Dan tour guide kami sepanjang di Kashmir adalah Mr. Adil yang muda dan kacak ini. Barulah semangat sikit kan? Haha..

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (219)

KASHMIR, SEJUKNYA!

Sejuk! Itulah ayat pertama bila sampai ke Srinagar, Kashmir. JAUH BEZA DENGAN NEW DELHI YANG PANAS! Mommy dah gigil-gigil dah. Mujurlah dah ready jaket tebal before. Kalau tak, seksa juga lah. Itulah, jenis tak tahan sejuk, tapi tak pernah SERIK untuk datang ke tempat sejuk! Seronok sangat-sangat!

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (229)
Sempat berhenti di tepi jalan. Buah-buahan di sini SEGAR & MURAH! WAJIB BELI!
KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (57)
1kg anggur seedless cuma 100rs.. Duit kita RM5++ jer.. Manis giler!

Nah tengok kemeriahan di sini.. Bab makan di Kashmir, jangan risau ye. Tak susah sebab kebanyakannya Muslim di sini.

A post shared by YB Shehan (@myapilot) on

Sepanjang perjalanan dari airport ke Shangloo Houseboat, iaitu tempat penginapan kami nanti, lebih kurang 7 masjid yang kami jumpa. Dekat-dekat pula tu.

Fakta : Kami dimaklumkan, keseluruhan tentera di India lebih kurang 1.5 juta, dan separuh daripada 1.5 juta tersebut diletakkan dalam Kashmir. No wonder kita jumpa tentera di mana-mana sepanjang jalan di sini.

Akhirnya, selepas sejam, kami tiba ke gate untuk naik Shikara (small wooden boat) untuk ke houseboat kami. Tasik yang besar dan dalam ini diberi nama Dal Lake.

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (248)
Cantik kan????
KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (259)
Selesa pula tu. Tengok la Mommy. Siap lunjur kaki. Maharani on boat gaissss.. Teman Mommy hari tu adalah Kak Mala & Kak Aiza
KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (369)
yang senyum manis tu, Kak Ita, owner Mahsuri Travel KL. Sebelahnya madam, depan mereka pula Uncle Lan & Auntie Sham

CARI REZEKI HALAL, NAK ATAU TIDAK, JANGAN BERHENTI CUBA!

Itulah prinsip peniaga di sini. Tahu kenapa? Sepanjang kita naik Shikara ini, akan tiba beberapa peniaga dalam boat lain, menghampiri kita. Kita halau camne sekalipun, dia takkan berhenti mencuba. Haha. Last-last, mesti ada yang terbeli juga.

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (373)

Mujurlah duit poket pun tak seberapa, so nafsu tiada untuk shopping. Hahah..

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (384)
Never giveup.. Tapi seller ni memang seller paling berjaya sepanjang trip ini. Sampai ke houseboat dia datang. Hee..

Sepanjang berada dalam boat, memang damai sangat-sangat. Shikara dikayuh secara manual tau. Tiada langsung boat yang ada enjin di sini. Demi menjaga Dal Lake yang dicintai. Sepanjang perjalanan pula, pemandangan memang superb sangat-sangat. Pengalaman indah buat Mommy. Tak sangka, Mommy dah sampai Kashmir. Alhamdulillah..

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (272)

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (281)
Cantik kan?
KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (281)
Dah sampai

LUNCH DI HOUSEBOAT DAN TERUS PUSING-PUSING KASHMIR

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (357)
eh. Madam mana Madam? Ooo. Tq madam tlg snap. Heeee

Dah sampai pun tempat penginapan kami. Satu houseboat ni ada lebih kurang 5 bilik. Jadi, kami perlukan 2 houseboat untuk tempatkan semua team Kembara Qaseh ZY Phyto. Kelengkapan lengkap, cuma electricity di sini kejap ada, kejap takde. Itu normal.

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (357)
Lawa gila kot!
KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (357)
pandangan dari dalam
KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (357)
Katil lengkap dengan heater kat tilam. Sedap tdo!
KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (357)
Toilet pun cantik

Memang terbaiklah pilihan Mahsuri Travel Kuala Lumpur. No wonder ia sentiasa menjadi agensi pelancongan pilihan utama Kembara Qaseh ZY Phyto.

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (357)
Yeay! Lunch time..

Lunch kami disediakan oleh pekerja di sini. Akan ada 1 orang ‘khadam’ yang akan jaga kita sepanjang berada di rumah ini.

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (348)
Sedap! Gegilerrrrrrrr punya sedap makanan di Kashmir gaisssss..
KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (330)
Sempat lah posing dulu sebelum keluar jalan-jalan
KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (367)
Ketika di Srinagar, our Travel Guide di Delhi pun ada sekali..
KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (367)
Kenderaan Rasmi untuk jalan-jalan sepanjang di Kashmir

JOM PUSING-PUSING SEKITAR SRINAGAR

Lunch dah selesai, jadi tibalah masa untuk berjalan-jalan sekitar Srinagar. Apa yang ada ya?

Nishat Garden

Kalau datang musim Bunga, sini memang heaven lah. Cantik. Sayangnya ketika kami datang, bunga belum muncul. Sobs..

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (101)
Nishat Bagh is a terraced Mughal garden built on the eastern side of the Dal Lake, close to Srinagar in the state of Jammu and Kashmir, India. It is the second largest Mughal garden in the Kashmir Valley – Wikipedia
KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (423)
Baru nak tumbuh..
KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (423)
Dapat tengok Tulip mekar pun jadilah. Selalunya jumpa kuncup

Nishat Shopping Complex

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (423)

Tak la besar sangat tempatnya.. Jangan expect shopping complex sini macam IOI Mall pula.. Takde bangunan tinggi di sini.

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (415)
Boleh lepak minum Masala Tea di sini

Beli shawl, kain pasang dan carpet?

Kalau dah majoriti team trip ini adalah wanita, tempat shopping adalah wajib. Jadi jom singgah kat kedai ni. Macam-macam ada. Memang seronok tengok akak-akak team Mommy ni shopping sakan. Bukan senang nak jumpa tau. Original Kashmir.

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (423)

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (428)
Beli jangan tak beli ye kak..
KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (428)
Serius Mommy seronok tengok Madam borong shawl2 ni.. Sambil doa, Mommy nak capai tahap ni juga suatu hari nanti..

Madam Ameelia Akma, wanita yang sangat gah dalam bidang perniagaan khususnya pengilangan produk kecantikan dan kesihatan iaitu di ZY Phyto.  Sepanjang trip #kembaraqasehzyphyto, Mommy melihat setiap gerak gerinya. Mudah mesra, tak sombong, dan sangat merendah diri. Jujurnya, kalau Mommy tak tahu siapa dirinya yang sebenar, Mommy sendiri tak sangka dia lah tulang belakang disebalik kejayaan banyak produk yang terkenal dan menjadi fenomena di Malaysia ini..

Dari sudut hati, Mommy juga ingin juga berjaya sepertinya. Perjalanan Mommy mungkin masih jauh. Tapi Mommy yakin, Mommy dah jumpa the ‘right person’ yang boleh dijadikan inspirasi untuk berjaya. Fuh.. Tetiba emosi pula ye. Bangga kot!

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (452)

Sempat borong lagi ni..

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (452)
Beli beli.. jangan tak beli..

Kejar Sunset

Selesai shopping, dah hampir petang, kami menuju ke penginapan untuk kejar sunset. Bukan senang nak dapat moment sunset, sambil merancang untuk bangun awal mengejar sunrise pula esok pagi.

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (520)

Jom kejar.. Dan dapatkan segera ‘sunset’ paling perfect!

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (520)

Bila matahari dah terbenam, cuaca berubah warna.. Sangat cantik!

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (520)

Ingat Travel, Ingat Cosmoderm – tagline Mommy

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (520)
Korang boleh beli dengan saidila.com
KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (622)
Jom balik, dinner!
KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (629)
Lapar.. Lapar..

Esok, nak ke tempat yang bersalji.. Wuhuuuu.. Tak sabar!

KISAH WANITA KASHMIR & WAKAF TELEKUNG

Kami sampaikan niat untuk misi Kembara kami kepada En Adil. Katanya, wanita di Kashmir memang tak dapat solat di masjid. Tiada tempat pun untuk jemaah wanita dalam masjid. Tempat mereka, hanya di rumah. Jadi, adakah misi kami tidak tercapai? Apa yang patut kami buat? Tunggu next entri ya..

.

.

.

Footnote : Tajaan Kembara : Kerjasama Mommy’s Diary of Life (#ybtravelogue #kembarakbba9 #kbba9) bersama ZY Phyto Holdings Sdn Bhd & Yayasan Qaseh ZY Phyto dengan kerjasama Mahsuri Travel Kuala Lumpur

9 Comments

  1. wow..menarik sungguh.

    saya pun suka tempat yang sejuk..

    sebab di Malaysia panas dan mencari tempat yang sejuk adalah satu pengalaman yang menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge