Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

KASHMIR TRIP : TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO KE GULMARG.. ADA YANG MUNTAH KETIKA TURUN? (EPISODE 5)

DAY 4 : TRIP KASHMIR (10032018) | Dah masuk hari ke 4 di India, dan hari ke 2 di Kashmir. Kembara Qaseh ZY Phyto akan ke satu tempat yang cantik hari ini iaitu, Gulmarg!

Waktu pagi, kita hayati keindahan tasik Dal ini dulu. Sarapan pula, memang ada kari dhal. Sedap giler gaisss. Kalah la Malaysia punya. Pekat, lengkap sungguh bahannya. Makan pula dengan capati dan puri. Sedap.

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (57)

3 biji haaa Mommy makan puri tu. Sedapppppppp

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (66)

Dan kalau nak cuba pakaian tradisi di sini, korang tak perlu pergi jauh. Keluar je dari houseboat masing-masing, ada je peniaga yang dah get ready nak suruh kita cuba pakaian di situ dan dia akan ambil gambar.

Haa. Kalau cuci, dia caj sekeping 200rs. Tapi dia bagi diskaun kat Mommy malam tu sebab ambil 2 keping. Dia suruh bayar 300rs. Harga kita RM17+. Tak tahu lah murah ke mahal. Haha..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (A)

Leh jadi warga Kashmir tak?

Pastu kau pinjam pula bot orang ini untuk bergambar. Cun pula hasil cucian. Heeee

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (56)

GULMARG, INDAH!

Selesai sarapan, kami bertolak ke Gulmarg. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jauh juga la dari penginapan kami di Dal Lake tu..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO KE GULMARG (548)

Tapi, sepanjang jalan, enjoy je lihat pemandangan. Tak rasa nak tidur pun.

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO KE GULMARG (118)

Lawa gambar Madam ni kan? Testing manual (camera baru sangat beli masa ni)

Cuma, pemandangan kat sini, korang takkan nampak warna hijau. Bukan kat NZ ye. Heee.. Lagipun sekarang bukan musim panas..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO KE GULMARG (18)

Antara pemandangan yang korang akan nampak

Jauh betul rasanya. Kejap sejuk, kejap panas. Kalau panas, buka tingkap van. Hehe..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO KE GULMARG (86)

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO KE GULMARG (39)

Fakta : Gulmarg adalah stesen bukit, destinasi sukan ski yang popular di daerah Baramula dalam Jammu dan Kashmir.

Kedudukannya di Banjaran Pir Panjal di Barat Himalaya, pada altitude 2,650 meter, 56 km dari Srinagar.

Tanah Gulmarg diliputi kesan glasier di permukaan kawasan yang terbentuk daripada pelbagai jenis batuan.

Suasana ketika perjalanan ke Gulmarg amat menarik dengan iringan tasik kecil, berlatarkan hutan pain dan fir, sekaligus mewujudkan panorama taman alam semula jadi.

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO KE GULMARG (115)

Sebelum kami sampai, kami singgah sebentar di tempat menyewa kasut boot. Lain-lain kelengkapan tak perlu sebab kami cuma perlukan kasut sahaja. Nak cun sikit, boleh suruh mereka lipat boot tu. Kalau tak, nampak macam pakai boot Pua Chu Kang je. Heeee..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO KE GULMARG (118)

Lawa kan tempat singgah ambil boot nih?

Actually dalam perjalanan naik ke atas ni, jalannya agak berpusing-pusing macam naik Cameron Highland pula. Mujurlah Mommy bawa Peppermint Young Living Essential Oil bersama. Kurang sikit pening tu..

Alhamdulillah. Dah sampai pun.

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (140)

Di sini kita boleh ke restroom dan ada tempat makan juga tau..

Masa ni rasa sejuk, tapi tak la sampai tahap menggigil. Mommy rasa, sejuk salji tak sesejuk sejuk angin yang disertakan hujan / ribut salji. Itu perit. Huuu..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (153)

breathtaking view..

Jom kita mulakan perjalanan untuk ke kereta kabel. Tapi, kalau nak ke sana, boleh jalan kaki atau menaiki sledge ini.

HUMAN SLEDGE! TAK NAK PUN OK! TAPI..

Untuk pertama kali datang, tak salah nak naik pun. Pengalaman kot!! Semua ini ada dalam pakej yang Mommy bayar hari tu (sledge + sewa boot + gondola = rs1800 lebih kurang). Kalau korang dapat lagi murah, ok la tu.. Then, korang kena sediakan juga duit kecil untuk tips, andai korang ditarik oleh ‘human’ ini. Hehe..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO KE GULMARG (195)

Ye. Mommy pun ingat dah masuk sekali dalam pakej sledge tu ha. But, niat sedekah je la kalau rasa hati kurang ikhlas nak bagi mulanya. Mommy yang masih terkejut dengan budaya tips ni, memang tak habis-habis lagi terkejut. Maafkan ‘kejakunan’ Mommy yang terlalu takut bab ‘kena tipu’.

Lama betul nak hilang terkejut tu  tau. Hahahaha.. Sampai sekarang pun masih terkejut lagi. Tapi, Mommy anggap, ini memang budaya mereka. Cara mereka cari rezeki dengan cara begitu. Huu. Cuma, bab ‘scam’ tu memang wujud lah..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO KE GULMARG (195)

Comel je Madam & Kak Mala

Mommy ingatkan nak tergolek dog dah masa ditarik. Tapi tak pun. Syok wooo! Siap suruh laju-laju lagi. Haha. Tapi tak boleh laju sangat. Sebab ramai kan?

Oh ya.. Kalau ada yang tawarkan diri untuk pegang belakang korang, korang rasa macam tak perlu tu, just say NO jer. Takde masalah. Kalau yang memerlukan, rasa nak terlentang ke, better biarkan je dorang tolong pegang/tolak dari belakang. Lepas tu, jangan la buat-buat lupa hulur tips ye? Hehe..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (271)

Risau juga takut jatuh.. Heee..

NAIK GONDOLA KE FASA 1

Rupanya, human sledge tu cuma separuh jalan. Selebihnya, kita perlu berjalan sendiri untuk ke tempat menaiki kereta kabel / gondola. Jauh juga la nak berjalan pun.

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (303)

Madam dan Kak Ita

Berhenti dulu sini untuk ambil gambar. Haaa.. Kat dalam ini lah kita akan naik Gondola.

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (320)

Cantik kannnnnnnnnnn?

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (325)

Rugi tak letak muka kat blog sendiri.. Heeee

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (352)

Beratur dulu. Sejuk gediii masa nih..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (352)

Mommy naik Gondola bersama kak Aiza & kak Mala.. Comel betul kak Mala dengan topinya tu..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (352)

Jauh juga perjalanan

Kami hanya naik sampai ke Fasa 1, sebab mengikut tour leader, Fasa 2 ditutup sementara atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (352)

SILENT MOMENT

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (379)

Terpaku Mommy sebentar. Sambil mengucapkan rasa syukur atas rezeki Mommy. Dapat jejakkan kaki ke India, dan kini di Kashmir. Allahu. Rezeki blogging. Rezeki bersama Kelab Blogger Ben Ashaari.. Semua itu memang rezeki. Syukur. Dah tak tahu macam mana lagi nak ucapkan terima kasih buat mereka ini. T_T

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO KE GULMARG (11)

Team Kembara Qaseh ZY Phyto bergambar kenangan bersama. Comel je Mommy kan? Tiberrrrrrr..

PENGALAMAN YANG TAK BOLEH DILUPAKAN

Memandangkan Mommy paling muda di situ, dan Mommy dah pernah hiking (sepatutnya kena kerap lagi untuk dapat stamina), Mommy join Madam Ameelia & Kak Ita untuk daki ke Fasa 1 tempat orang bermain ski. Perkara pertama terjadi kepada Mommy adalah, terpijak dalam lubang salji. Haha. Terduduk sekejap.

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (394)

Licin weh. So hati-hati..

Kedua, walaupun salji tu nampak landai, pernafasan Mommy kurang stabil masa itu. Memang tercungap-cungap dan semakin berat untuk melangkah kerana perbezaan tekanan udara. Makin lama, makin rasa udara semakin nipis..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (407)

Ditambah pula beg berat ketika itu. Oh no. Rasa macam tercekik. Mommy hiking pun tak sepenat ini. Tak tahu lah kenapa! Menekan sampai ke tekak. Betul-betul semput Mommy rasa.

Rupanya memang macam tu pengalaman orang yang datang ke sini sebelum ini pun.. Berdasarkan apa yang Mommy pernah baca sebelum ini dek tekanan udara..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO KE GULMARG (14)

Oksigen! Oksigen!

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (424)

Bila dah sampai tu, apa lagi. Wahhh. Cantiknya!!! Atas ni pun penuh restoran..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (425)

Kami melepak sebentar sambil layan menu istimewa ini.. Plain Maggi & Onion Pakoda..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (424)

Plain Maggi tu macam Maggi kita juga. Ditambah telur dan rasanya ada tambahan rempah kot. Pertama kali cuba, rasa pelik sikit. Tapi layan je la.. Satu lagi menu tu, Onion Pakoda tu macam Onion Ring juga la rasa dia.. Ini pun dah bagi Mommy kenyang melampau dah. Dasar tank perut kecik. Hahaha..

Minum pula.. Semestinya Masala Tea di mana-mana.. Mommy pun dah terpengaruh dengan Madam..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (424)

Mommy bersama orang hebat-hebat ni gaisss. Tapi sangat merendah diri.. Sambil borak, sambil korek rahsia kejayaan mereka..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (500)

#KembaraQasehZYPhyto dah tiba di Kashmir

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (476)

Sebelum turun, main salji dulu puas-puas..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (527)

Acah model ke apa?

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (527)

Sorilah spam pic sendiri. Sebab tempat ni memang cantik.. Simpan untuk kenangan..

MUNTAH?

Kenyang makan megi spesel kat atas tadi tu pun belum hilang, ada lagi lunch di bawah ni.. Memang beruntung sangat lah datang bersama Kembara Qaseh ZY Phyto dengan kerjasama Mahsuri Travel Kuala Lumpur ini. Tempat selesa, makan minum tak payah fikir. Heee.. Syiok!

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (566)

with my lovely team..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (527)

Capati..

Mommy dah mula rasa tak sedap badan masa turun dari cable car lagi. Jadi, memandangkan ketika turun tu, jalannya berpusing-pusing, Mommy terus ke belakang van untuk rehat sekejap. Tapi tak tahan juga. Last-last.. uwekkkk uweekkk. Hahahahha.. Terus hilang segala mual!

Sempat la rehat sebentar ketika team berhenti di kedai pakaian untuk borong lagi.. Heeee.. Paling best masa tengah rehat ni, Auntie Sham datang urut kepala. Fuhhhh.. Syok giler! Terus rasa sakit pening dan tegang leher semuanya hilang. Tq Auntie!

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (527)

Kat kedai ini lah akhirnya Mommy berjaya juga carikann baju untuk Hannah & Ariq. Susah betul nak cari baju budak-budak yang mata Mommy ni nak berkenan tau.. Comel juga la bila pakai..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (0)

#hdae

Untuk lelaki, memang minta maaf la. Takde pilihan pun. Huu. So Mommy gantikan dengan ‘rempah ratus terkenal di Kashmir’ untuk Daddy. Berguna tau sebab Daddy suka masak. Hahaha..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (0)

Kedai rempah ratus

KELUAR KE TOWN

Dah lewat petang, tapi misi mencari jubah untuk suami belum kesampaian. Mommy terus join Madam & Kak Ita untuk ke town, ditemani oleh Adil, tour guide kami..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (592)

Jubah yang dijual kebanyakannya agak tebal sebab ia memang sesuai untuk penduduk di sini. Tapi kalau nak beli juga untuk kenangan, amatlah dipersilakan. Boleh jer kalau nak pakai kat tempat yang sejuk, cam dalam aircond ke kan..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (592)

Material memang superb. Original Kashmir..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (596)

Haa pilih pilih.. tukang jual jadi model..

Sempat pusing-pusing kedai sekitar..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (612)

BBQ DALAM SHIKARA

Selesai membeli, kami terus pulang.. Ada stori ketika dalam perjalanan pulang ke houseboat waktu tengah malam.. Korang pun tahu kan, setiap perjalanan ke houseboat, pasti akan ada peniaga yang datang menghampiri boat kita.

Dan ketika itu, datang si penjual BBQ. Boleh tahan sedap BBQ yang dimasak atas shikara ni. Rare woo.. But anyway, TQ madam belanja makan BBQ..

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (612)

Harga pun boleh tahan yer.. Tapi sedapppppppppppp giler!!

Secara tiba-tiba, boat macam slow down je.. Kami pun pelik juga. Dah kenapa mamat ni tak kayuh-kayuh balik?

“hey you.. why you still here?”
“actually.. i can’t see our way, because of the smoke” jawab dia selamba.

Berdekah masa tu. Serius. Tak sangka betul asap tu punca dia tak gerak-gerak. Cerita balik memang macam tak kelakar pun, tapi Mommy kena juga tulis ni sebab Mommy boleh berdekah-dekah lagi sekali bila baca. Haha. Memories!

“PENIAGA BERJAYA”.. DARI SHIKARA KE HOUSEBOAT

Korang ingat tak episod ‘peniaga berjaya’ yang Mommy cerita dalam Episode 4? Haaa.. Inilah dia.. Boleh dikatakan semua ahli kembara tempah baju dengan peniaga ni. Sebab? Servis mereka sangat hebat! Beli pagi ini, malam ini siap. Mereka datang ni pun sebab dah siapkan tempahan pagi tadi.. Dan sebarang alteration, akan dibuat malam ini juga. Manalah kita ni tak tergoda..

Mommy? Tak beli pun. Sebab dah beli sari di Delhi.. Plus, Mommy memang tak reti pun nak shopping kain baju ni.. Serius!

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (616)

Mostly peniaga kat shikara (boat) di Dal Lake ni, orang kaya dan bijak pandai tau. Mereka adalah bos kepada diri sendiri.. Cuma, mereka memang tak nak tinggalkan bumi Kashmir dan setia di sini. Walau banyak peluang terbuka buat mereka di luar sana.

KASHMIR TRIP - TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO TRIP KE GULMARG (638)

Queen tengah posing tengah malam ni, nak ke mana?

Tapi seriuslah.. Bila tengok balik baju yang macam Madam pakai ni.. Terus terfikir. Kenapa Mommy tak beli juga? Walaupun agak ‘mahal’ untuk Mommy, bukan senang nak cari pakaian macam ni. Original from Kashmir pula tu. Nyesal? Sikitlah.. Hukhuk..

Ok lah. Esok ada aktiviti menarik. Kejar MATAHARI TERBIT! Fuhhhhh.. Plus, misi Yayasan Qaseh ZY Phyto bakal terlaksana. Nantikan episode seterusnya selepas entri ke 5 ini..

.

.

Footnote : Tajaan Kembara : Kerjasama Mommy’s Diary of Life (#ybtravelogue #kembarakbba9 #kbba9) bersama ZY Phyto Holdings Sdn Bhd & Yayasan Qaseh ZY Phyto dengan kerjasama Mahsuri Travel Kuala Lumpur

Tags: , , , , , , , , ,

12 thoughts on “KASHMIR TRIP : TEAM KEMBARAQASEHZYPHYTO KE GULMARG.. ADA YANG MUNTAH KETIKA TURUN? (EPISODE 5)”

  1. ai says:

    I is jealous..

    1. YB Shehan says:

      hahaha doa laaaa mana tau ada rejeki

  2. Huda says:

    Best yer.pengalaman unik dan menarik. Teringin nak pergi kashmir

    1. YB Shehan says:

      mmg best dan cantik

  3. Haida says:

    Cantik pula haihhh.. teringin nak pegi sana

    1. YB Shehan says:

      mmg cantik. tggu next entry

  4. Eyqa Hasnan says:

    AkakkkkK! Bestnya dapat pergi sana. Baju yang madam pakai pun cantik warna putih tu.

  5. mas saari says:

    Best betul baca, banyak she dapat pengalaman pahit manis kat sana.

  6. mas saari says:

    Best betul baca.

  7. Bestnya baca..tringin nak pi gak. Baju yang madam pakai tu lawaaaa

  8. Bestnya baca, tringin nak pi gak. Baju yang madam pakai tu lawaaaa

  9. mieza s says:

    part main salji tu. bila la dapat rasa
    mieza s recently posted…MeskiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!