HARI KEDUA DI DELHI : LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3)

DAY 2 : TRIP INDIA | Hari kedua di Delhi, kalau pagi-pagi lagi kami dah ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.. Kemudian kami pusing-pusing sekitar kawasan terkenal di India iaitu Indian Gate serta kawasan bangunan kerajaan. Haaa..

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (01)

Macam kat Putrajaya pula rasa masa tu. Cuma kami tak dapat hentikan bas sebab tiada kawasan untuk berhenti sekitar situ. Mommy rasa, orang yang datang situ kebanyakannya jalan kaki atau menaiki Tuk-Tuk comel tu..

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (7)

Sekitar kawasan yang kami lalui tu, memang ramai sangat orang masa tu tengah melepak. Tengok jam, oh 1 petang. Lunch time! Tapi mereka lepak kat taman! Siap baring. Hahaha..

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (11)

Paling kelakar, bila di sana, orang India sendiri gelarkan mereka tu Babu(s). Haha. Pandai-pandai la korang cari maksud ye. Bukan Mommy yang cakap tau..

Selesai urusan, kami pulang ke hotel semula untuk makan tengah hari dan tukar pakaian.

TIPS TRAVEL : HANDBAG ATAU BACKPACK?

Seksa jiwa dan raga betul. Kejap terlupa letak poket depan, kejap visa kat sini, kejap passport kat sana. Aduhai. Clumsy betul Mommy ni tau. Jadi lepas ni mungkin Mommy nak letak dalam 1 beg zip kecil. Semua benda penting tu dalam 1 beg zip tu je. Macam pencil case la kaedahnya. Inilah problem kalau tak suka handbag. Prefer backpack. Dah segalanya campak kat poket-poket. Hahaha..

DESTINASI PERTAMA : MASJID JAMA, MASJID TERTUA DI DELHI

Destinasi kami hari ini ialah pusing-pusing sekitar Delhi. Dan pertama sekali, kami dibawa ke Masjid Jama yang terletak di Delhi. Selain Taj Mahal & Red Fort di Agra, pencinta seni bina tidak harus ketinggalan untuk datang ke Masjid Jama.

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (60)

Info :

  • Masjid Jama adalah yang tertua dan terbesar di India dan satu daripada monumen era Mughal era serta dibina semasa zaman pemerintahan Shah Jahan pada 1656.
  • Nama sebenarnya, Masjid-i-Jahan-Numa terletak di tengah Delhi Lama bersetentang Kubu Merah. Pada zaman Shah Jahan, ia digelar Masjid Tengah Delhi Lama tapi kini lebih dikenali Masjid Jama dalam kalangan penduduk setempat.
  • Nama Jama diambil sempena perkataan ‘Jummah,’ merujuk aktiviti solat di situ. Setiap Jumaat penuh sesak dengan jemaah. Pada hari raya, beribu-ribu umat Islam membanjirinya untuk menunaikan solat Aidilfitri.
  • Dibina dari tahun 1644 hingga 1656, Masjid Jama dikatakan antara terbesar dan tersohor di India. Bahagian berbumbung terletak di tepi manakala di tengahnya terbuka dengan dataran solat 37.904 meter persegi (408 kaki persegi), boleh menampung sehingga 25,000 jemaah.
  • Bangunan masjid tertutup terletak di sebelah kanan gerbang pintu masuk. Menampilkan tarikan menerusi dua menara utama di kiri dan kanan berketinggian 40 meter daripada batu pasir merah asli dan marmar putih, juga terdapat kubah, tiga pintu masuk dan menara lain.
  • Di dalam menara mengandungi 130 anak tangga. Hanya satu menara di selatan dibuka kepada awam dengan bayaran. Di puncaknya menawarkan panorama bandar Delhi menghala Rumah Parlimen.
HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (43)
Pandangan dari salah satu pintu masuk Masjid Jama
HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (77)
Pemandangan normal

Dan masih berpaksikan tujuan utama Kembara Qaseh ZY Phyto iaitu Beramal Sambil Melancong, kami meneruskan hajat untuk menyampaikan Telekung Aishah untuk diwakafkan di masjid-masjid utama di India.

Dan di sini, kita tidak boleh sewenang-wenangnya masuk dan letak telekung untuk diwakafkan seperti di Malaysia atau negara-negara yang kurang ketat pengawalannya. Bagi mereka, apa benda yang ditinggalkan oleh seseorang tanpa pengetahuan, boleh mengundang bahaya.

Jadi, ketika kami di dalam masjid tersebut, kami meminta izin untuk jumpa Imam atau sesiapa sahaja yang berkenaan, untuk menyampaikan ‘niat’ kami ni. Alhamdulillah, kami dibawa masuk ke pejabat Imam dan terus menyerahkan beberapa telekung untuk diwakafkan.

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (55)

PERKARA PENTING UNTUK KORANG TAHU SEBELUM MASUK KE MASJID JAMA INI

Ok. Nak masuk dalam ni, tak boleh bawa masuk kamera kecuali korang bayar. Harga untuk bawa masuk kamera korang adalah sebanyak 300 rupees. Duit kita around RM18 lebih kurang. Mommy simpan je la dalam beg. Hayati puas-puas dengan mata. Kerana mata adalah sebaik-baik kamera yang Allah cipta.

Dan bila korang masuk, pasti ada yang akan tawarkan ‘bantuan’ tak kisah untuk buat apa-apa, asalkan mereka boleh mencari rezeki selagi mampu.

Bahagian dalamnya kosong dan luas. Sebab ianya dikhaskan untuk penduduk Islam datang untuk solat Jumaat di sini.

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (55)
Ok.. macam ni lebih kurang. Credit : Jama Masjid Photograph – Inside Jama Masjid In The Huge Courtyard by Ashish Agarwal

Untuk bahagian solat yang lebih ‘cantik’ sikit, adalah rupa sebegini.

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (55)
Credit : www.travelblog.org

Korang dah boleh bayang kan? Ok macam ni lah rupanya. Mommy pun terpaksa ambil dari Internet jer. Huhu. Sebab sekejap sangat nak singgah pun. Selesai urusan, kami terus ke destinasi yang lain pula.

7 AGAMA UTAMA DI INDIA

Oh ya.. sepanjang perjalanan ke Masjid Jama ini, kami melalui jalan yang sangat sibuk dan padat dengan peniaga di kiri kanan jalan. Dan ketika ini, pemandu pelancong kami masih dengan ‘tanggungjawab’nya untuk ceritakan segala perihal India. Masa ni Mommy baru dapat tahu yang di India ada 7 agama utama :

  • Hindu – 78%
  • Islam – 14%
  • Christian – 2.3%
  • Sikh – 1.7%
  • Buddha – 0.7%
  • Jain – 0.4% (Mostly Merchant & Traders yang kaya-kaya)
HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (002)
Kedai milik penganut agama Jain (Jainism)

Korang nak tahu satu fakta lagi? Kriket pun dianggap sebagai salah satu ‘agama’ bagi India juga tau. Mana-mana tempat lapang, pasti ada yang sedang bermain kriket. Itu adalah ‘agama’ mereka yang tak boleh ditinggalkan. Gittewwww..

DESTINASI KEDUA : 3 JAM PERJALANAN KE KINGDOM OF DREAMS

Kalau datang ke India, korang mesti teruja macam Mommy juga in term of dengar dorang bercakap. Wuuuu. Macam dalam filem Hindustan I tell u.. Serius. Sedap weh dengar. Hahaha. Bila dengar pertama kali kat Airport, Mommy boleh sengih sampai telinga. Rasa macam dalam movie pulak. Hahaha.. Kat Malaysia pun ada. Memang ada, jarang dengar live kot!! Ini memang real.

Dan hari ini (08032018), kami dijadualkan ke satu tempat menarik di mana ada pementasan muzikal yang confirm korang dengar cakap macam filem Bollywood, depan mata!!!

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (87)
Hon adalah perkara biasa memandangkan mereka memang tiada rules. Huuu

Hampir 3 jam perjalanan dari Delhi, atas faktor kesesakan jalan raya juga, akhirnya kami tiba di sana. Dan nama tempat tersebut adalah Kingdom of Dreams!!!

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) 1 (8)

Di bahagian dalam memang superb hiasannya. Walaupun Mommy agak kabur pada mulanya, apa tujuan utama untuk masuk ke sini, akhirnya dapat jawapan juga bila dapat masuk ke teater muzikal di dalamnya.

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (113)

Kalau korang nak tahu, ‘awan biru’ atas tu adalah canvas sepenuhnya. Memang tertutup tempat ni. Mati-mati Mommy ingat awan. Tapi, dah malam, awan apa nya??

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (125)

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) 1 (35)
Makanan tradisional di sana. Sedap ok!

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (105)

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) 1 (5)

ZANGOORA – KINGDOM OF DREAMS

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) 1 (5)

Harga tiket masuk ke Zangoora adalah RM130+ (lebih kurang) untuk seorang dewasa. Kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk kerana kurang sesuai dari segi muzik yang kuat.

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) 1 (15)

Di dalam inilah, kita akan ‘dihidangkan’ persembahan teater muzikal yang sangat INDAH, PENUH PENGHAYATAN, KESAN MUZIK YANG BEST GILER, BACKGROUND EFFECT YANG MANTAP ala-ala Istana Budaya, but trust me, sangat best di sini.

Masa ni memang rasa macam tengok Filem Bollywood di mana artis berada betul-betul di depan mata! Masa layan tu, Mommy siap ‘tolong translate’ cerita tu kat Madam Amelia. Haha. Layan je la eh, madam? #kakilayanhindustan.

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (3)
Dah habis dah. Untuk video, korang kena tengok kat #ybtravelogue di Instagram Mommy
HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (5)
Bulan 10 kot kalau tak salah. Shah Rukh Khan berlakon kot!! Ish Ish..

KOMEN MOMMY

Apa pun journey hari ni walaupun penat sebab jauh, tapi Mommy tersangat puas hati dan bersyukur. Terima kasih madam & rakan-rakan Kembara Qaseh ZY Phyto untuk trip hebat ini.

HARI KEDUA DI DELHI LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3) (148)
Dan esok, hari ketiga di India, kami akan bertolak ke Kashmir!! Tak sabarnya!!! Jangan lupa baca Episode 4 nanti ye?

Footnote : Tajaan Kembara : Kerjasama Mommy’s Diary of Life (#ybtravelogue #kembarakbba9 #kbba9) bersama ZY Phyto Holdings Sdn Bhd & Yayasan Qaseh ZY Phyto dengan kerjasama Mahsuri Travel Kuala Lumpur

10 thoughts on “HARI KEDUA DI DELHI : LAWAT MASJID JAMA & KINGDOM OF DREAMS (EPISODE 3)”

  1. seronoknya lahh.Happy dapat baca pengalaman mommy ni.Macam betul ada kat sana lah..

  2. Oh nak masuk dalam masjid Jama kena byr RM18 utk bawa masuk kamera ye…serius tgk gambar sekeping dalam Masjid Jama tu pun dah tau mmg indah…aduyaiii ni nak google nak tgk gambar dalam masjid tu lagi she…x puas ni hehe

  3. Fuhhh lama betul tunggu episode 3.. Episode 4 harap keluar esok lusa.. =p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge