TERJEBAK DENGAN DRAMA KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU

Kisahnya Mommy ter’layan’ video di Instagram Nana (Siti Nordiana). Eh macam best je lagu ‘Sebenarnya’ ni. Dan yang paling best adalah lagu tersebut adalah ciptaan Faizal Tahir. Fuhhh. Gempak nih. Rupanya lagu Sebenarnya itu adalah OST Drama Pengantin Musim Salju, gandingan Alif Satar dan Siti Nordiana. Dah.. tak pasal-pasal terlayan drama Klik! Pengantin Musim Salju ni..

SINOPSIS KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU

sinopsis drama pengantin musim salju 1

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Komen Mommy : Pelakon dalam Pengantin Musim Salju adalah lebih kurang sama dengan pelakon yang ada dalam drama ‘Dia Semanis Honey’ (DSH). Kelakar bila Irham dalam cerita ini ‘hidup balik’ sedangkan dalam DSH, dia dah meninggal sebab kemalangan. Mak kedua-kedua pelakon pun adalah orang yang sama. Hehe.. Oh.. btw Mommy baru je mulakan marathon drama DSH ini, memandangkan drama Pengantin Musim Salju baru sahaja sampai Episod 4 ketika Mommy tulis nih. Tak sabarnya nak tunggu!

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Komen Mommy : Paling teruja nak layan drama ini sebab mereka buat penggambaran di Sapporo, Jepun. OMG! Tempat yang Mommy sangat-sangat-sangat nak pergi. Walaupun Mommy tahu, di sana salji sangat tebal. Masih belum puas main salji!

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?

WATAK PELAKON DRAMA KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU

Drama adaptasi novel ‘Klik! Pengantin Musim Salju’ karya Suri Ryana, bersiri 20 episod ini diarahkan oleh sutradara Hadith Omar. Disiarkan bermula 14 Mei, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan Astro Ramadan HD (122). Pelakonnya pula adalah

  • Alif Satar sebagai Adam Putra
  • Siti Nordiana sebagai Kasih Lateefa
  • Adam Lee sebagai Hud Mikael
  • Atikah Suhaime sebagai Karlisha Zandra
  • Norlia Ghani sebagai Tengku Maryam
  • Nina Juren sebagai Tengku Alawiyah
  • Aleza Shadan sebagai Aisyah
  • Lan Solo sebagai Irham
  • Cik Manggis sebagai Nana
  • Dafi sebagai Sam
  • Ardell Aryana sebagai Layla
  • Jasmine Ashraff sebagai Aryana Putri (Kakak Adam)

Fuh.. Tak mampu nak layan di Astro, sebab dah lama kasi potong itu line. Since dah ada unlimited internet, apa lagiiiiiiiiiiiiiii?

sinopsis drama pengantin musim salju 2
Alif Satar memang charming. Sebab tu bila layan drama ni, kita sengih-sengih sekali. Hahahah

VIDEO KLIP LAGU SEBENARNYA – OST KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU

One thought on “TERJEBAK DENGAN DRAMA KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge