PERLUKAN WIFI DI LUAR NEGARA? (SEWA POCKET WIFI KE INDIA)

PERLUKAN WIFI DI LUAR NEGARA (SEWA POCKET WIFI KE INDIA) RESIZE (7)

Sewa Pocket Wifi | Setiap kali travel ke luar negara, Pocket Wifi adalah perkara penting dan termasuk dalam checklist travel Mommy. Dan terbaru, ketika Mommy nak travel ke India. Risau juga kalau tiada internet. Almaklumlah, pergi ke sana untuk bekerja. Jadi, media sosial sangatlah penting untuk seorang blogger seperti Mommy.

TRAVEL TO INDIA

Mommy pilih Samurai Wifi dari VisonData untuk perjalanan Mommy ke India kali ini. Harga yang tertera di laman web adalah RM35 sehari. Demi tanggungjawab Mommy untuk ‘bekerja’ di sana, semestinya Mommy perlukan Pocket Wifi ini.

PERLUKAN WIFI DI LUAR NEGARA (SEWA POCKET WIFI KE INDIA) (2)

Kalau bosan dalam bas, bukan kah best dapat layan internet anytime? Haaa. Sebab tu lah korang pun kena pastikan yang korang bawa Pocket Wifi ke mana-mana jua korang pergi. Tak kan nak harap public Wifi jer?

PERLUKAN WIFI DI LUAR NEGARA (SEWA POCKET WIFI KE INDIA) RESIZE (6)
Rahsia Mommy sentiasa boleh akses di India

KELEBIHAN PAKAI POCKET WIFI

Ada beberapa kelebihan jika korang sewa Pocket Wifi ketika travel, antaranya adalah:

  • Lebih mudah dibawa ke mana-mana dengan saiznya yang comel
  • Dapat mengelakkan kita dari menggunakan International Roaming yang ternyata lebih mahal
  • Mudah digunakan
  • Tak perlu harapkan Free Wifi kerana kita perlu kejar masa. Ada banyak lagi tempat untuk diteroka. Takkan nak stay di satu tempat sahaja semata-mata ada public wifi tu?
  • Boleh berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan ketika travel bila-bila masa sahaja
  • Mudah ditempah, terutamanya melalui ONLINE
  • Lebih murah berbanding kos simkad untuk sesetengah negara
  • Quota untuk ke India yang disediakan Visondata adalah 350MB, ikut negara yang kita pergi lah. Ada yang UNLIMITED DATA.. Lebih 100 negara dicover tau..
PERLUKAN WIFI DI LUAR NEGARA (SEWA POCKET WIFI KE INDIA) (23)
cara kira kos sewa pocket wifi

Kelebihan menggunakan Samurai Pocket Wifi di India

Selain kelebihan di atas, dengan QUOTA 350MB sehari, ini antara apa yang Mommy dapat ketika di India :

  • Kelajuan download 150/50 /Mbps (3G)
  • Internet/Email
  • Wi-Fi and Hot Spot
  • Google Map
  • Surf Web (WhatsApp / LINE / Kakao, Facebook, Twitter etc.)
  • VOIP Call(Skype / LINE / Viber/Tango/Talk etc.)
  • Ketahanan Bateri – 5-6 jam
  • Battery Stand-by – 300 jam
  • Sesuai untuk semua jenis smartphone
  • Quota cuma 350mb. Sebenarnya cukup jer. Sebab di Kashmir, wifi kurang kuat. Jadi Mommy gunakan wifi dari tempat penginapan Mommy. (Guys, Kashmir tempat cantik gila ok! Lupakan socmed sekejap! Trust me!)

PERLUKAN WIFI DI LUAR NEGARA (SEWA POCKET WIFI KE INDIA) RESIZE (2)

CARA GUNA SAMURAI WIFI

Mudah sahaja tau..

  1. ON pocket wifi
  2. Masukkan PASSWORD (password di belakang pocket wifi) di smartphone korang
  3. Boleh kongsi sehingga 5 devices – Laptop, I Pad, I Touch, smartphone secara serentak. Mungkin a bit slow kalau semua sekali korang guna.

NAK SEWA POCKET WIFI MACAM MOMMY?

Cara tempah sangat mudah. Macam Mommy, lebih suka tempah samurai wifi secara online di laman web Visondata, isi ORDER FORM kemudian tunggu EMAIL pengesahan! Tiada sebarang kos tersembunyi.

PERLUKAN WIFI DI LUAR NEGARA (SEWA POCKET WIFI KE INDIA) (21)
Semudah itu! Korang juga boleh tempah melalui facebook mereka atau hubungi 03-6211 0325.

Pembayaran boleh dibuat di outlet mereka – KLIA outlet, Suria KLCC outlet, The Gardens Mall, Solaris Mont Kiara Office melalui kad kredit atau kurier (RM10 caj tambahan).

PERLUKAN WIFI DI LUAR NEGARA (SEWA POCKET WIFI KE INDIA) RESIZE (5)
Mommy collect di Level 2, KLIA (Maxis counter)

Selain Pakej Wifi, korang boleh juga tempah Powerbank dan Magicsay translator (untuk mudahkan komunikasi kita dengan penduduk tempatan). Untuk yang selalu clumsy, Mommy nasihatkan korang ambil Insurance serendah RM12 sehari. Wujud tau orang macam ni. Hahaha.. Jangan cakap Mommy tak pesan!

PERLUKAN WIFI DI LUAR NEGARA (SEWA POCKET WIFI KE INDIA) RESIZE (4)

APA YANG KORANG DAPAT LEPAS SEWA?

Korang akan dapat BEG COMEL ini, Pocket WiFi dengan SIM Card di dalamnya, AC adapter dan USB Cable.

PERLUKAN WIFI DI LUAR NEGARA (SEWA POCKET WIFI KE INDIA) RESIZE (1)

Mommy ada ambil powerbank sekali dalam pakej Mommy! Mudah! GUNAKANLAH SEPUAS-PUASNYA! Haha.

PERLUKAN WIFI DI LUAR NEGARA (SEWA POCKET WIFI KE INDIA) RESIZE (3)
Wajiblah surf dulu sebelum tidur – New Delhi, India

TRAVEL? SEWA POCKET WIFI SEKARANG!

SEBELUM TRAVEL >> JOM SEWA SAMURAI POCKET WIFI dahulu yer?? Selamat melancong..

Untuk maklumat lanjut, follow jer facebook , instagram & twitter dan laman web Visondata sekarang.

11 Comments

  1. Bestnya.. Dengan adanya kemudahan Samurai Wifi ni akan memudahkan urusan keluarga negara… Terutamanya nak pergi ke kawasan-kawasan pedalaman…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge