MEMBELI SAMBIL BERAMAL BERSAMA COSMODERM | #KONGSICOSMODERM

#KongsiCosmoderm – Membeli Sambil Beramal Bersama Cosmoderm | Pejam celik, pejam celik, dah hampir seminggu kita berpuasa. Perasan ke tidak? Cepat kan masa berlalu? Sempena dengan bulan Ramadhan, kita sangat digalakkan untuk beramal dan bersedekah. Masa inilah kita perlu #tamakpahala kan? Maksudnya bersungguh-sungguh membuat kebaikan selagi mampu. Dan cara paling mudah adalah dengan amalan bersedekah demi saham akhirat kita.

#KONGSICOSMODERM

TERBARU! Vanity Cosmeceutical Sdn. Bhd. telah melancarkan satu kempen yang dikenali sebagai #KongsiCosmoderm. Melalui kempen ini, setiap RM1.00 dari setiap unit produk yang dibeli melalui laman web www.cosmoderm.com.my akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih.

Kempen ini bermula dari 17 Mei sehingga 14 Jun, iaitu bersamaan hari terakhir bulan Ramadan.

Apa hikmahnya membeli sambil beramal ini? #KongsiCosmoderm ini diharapkan dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk menderma ketika membeli barangan keperluan peribadi serta keluarga. Dengan ini semua pelanggan Cosmoderm boleh sekaligus berniat untuk menderma ketika membeli di laman web.

“Melalui konsep membeli sambil menderma, pembelian mereka pastinya dapat memanfaatkan keluarga serta menjadi satu pelaburan untuk akhirat.” – Puan Mawarni, Ketua Pegawai Eksekutif Vanity Cosmeceutical Sdn. Bhd.

MEMBELI SAMBIL BERAMAL BERSAMA COSMODERM 2

PENDAPAT MOMMY

Pendekatan membeli sambil beramal ini sememangnya satu usaha yang murni di mana pembeli dan Cosmoderm sama-sama berkongsi buat amal untuk saham akhirat masing-masing. Secara tak langsung, Cosmoderm sebenarnya telah sediakan satu platform untuk pembeli beramal. Tindakan yang bijak, apabila di samping mempromosikan produk kegunaan diri sendiri dan keluarga, ia juga menjadi medium dakwah secara tidak langsung. Lagipun tak rugi kalau beli produk Cosmoderm, kerana ia sememangnya berkesan. Tahniah Cosmoderm!

Jangan lupa ikuti perkembangan dan butiran kempen ini dari semasa ke semasa melalui laman sosial Facebook Cosmoderm dengan kata kunci #kongsiCosmoderm.

Menariknya Cosmoderm juga menawarkan diskaun istimewa sehingga hampir 30% untuk barangan yang terpilih. Secara tidak langsung, pelanggan Cosmoderm dapat membuat penjimatan lebih untuk persediaan Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Nantikan tawaran di bawah ini yang bermula 25 Mei sehingga 8 Jun 2018.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Cosmoderm www.cosmoderm.com.my atau Facebook Cosmoderm

14 thoughts on “MEMBELI SAMBIL BERAMAL BERSAMA COSMODERM | #KONGSICOSMODERM”

  1. Bagus kempen macam ni, menderma dan beramal tanpa kita sedar kiranya sebab kita beli barang.. Dapat barang dan sebahagian duit tu dapat kat orang yang memerlukan.. Dua-dua pihak dapat manfaat.

  2. bagus sangat inisiatif cosmoderm ni. Jom shopping sambil sedekah di bulan Ramadan

  3. Sambil membeli secara tak langsung dapat memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Memang patut disokong kempen-kempen sebegini

  4. alhamdulillah,secara tak lgsung pembeli pon dapat pahala dengan mudahnya.Besar ganjaran bagi mereka yg menganjurkan peluang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge