MANA CERITA TERBARU ANAK MOMMY?

Huuuu. Sebenarnya banyak cerita tertangguh mengenai mereka berdua ni. Tapi tulah.. kesibukan Mommy mengatasi segalanya. Nak pulak baru-baru ni, isu storage blog ini pulak. Dah satu hal dok mendelete file-file lama. Storage hampir penuh.

Paling banyak dalam files ialah GAMBAR! Huwaaaa. Tak kan nak upgrade storage lagi. Korang ingat modal kecik ke? Tetiba..

Ok.. Perkembangan baru mereka, Hannah masih lagi berada di tahun 2. Baru-baru ini ada exam Ujian 1. Dia dapat 4A 1C. C tu tau tak subjek apa? BM!! Huuu.. Kebanyakannya kes cuai. Dia tahu jawapan, tapi tu lah.. Kecuaian tu memang akan berlaku bila tak fokus.

Inilah kelemahan Hannah. Cepat sangat terganggu. Hilang fokus. Rasanya nak kena kerap calit FOCUS BLEND dari Young Living Essential Oils tu..

Tapi nak marah sangat pun tak boleh. Masa dia hadap Ujian 1 tu, Mommy kat India. Huhu. Jadinya, Mommy faham dengan kesibukan Daddy nak urus dua anak, dengan nak suruh Hannah fokus lagi, dengan nak layan Ariq lagi. Selalunya masa exam, setiap sorang anak akan dikawal selia oleh ibu bapa. Huuu. Baru boleh fokus. Hukhuk..


Perkembangan Ariq pula, masih tercari-cari PDK yang kosong. Dah daftar untuk tahun 1 juga.. Harap-harap, dapatlah sekolah tu. Sekarang ni, bosan je duduk rumah. Aduh.. Pening kepala Mommy.

Yang paling terharu, setiap kali ambil kakak dari sekolah, dia punya excited tu, siap tolong buka pintu, peluk kakak. Alahai. Bosan takde kawan agaknya.

Mommy pun dah lama sangat nak balik kampung. Tapi sekarang ni, kereta pula asik semput-semput. Aduhai. Tekanan jiwa betul..

Nak elak tekanan mudah je.. Jom mandi kolam! Meh la rumah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge