Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

KOLEKSI RESIPI PELBAGAI PES HOMEMADE UNTUK BULAN PUASA

KOLEKSI RESIPI PELBAGAI PES HOMEMADE | Esok puasa! Yeay! Esok puasa! Nak masak apa tu? Mommy yakin.. Ramai dah mula cari Resipi Mudah Berbuka Puasa la, Resipi Sahur la.. Macam-macam lagi. Tapi Mommy nak kongsi Resipi Pelbagai Pes Homemade untuk masakan. Kredit buat Puan Sapina Shahabudin‎ / Naza Lezah Naza untuk resipi mudah ini. Terima kasih sangat-sangat memudahkan hidup ibu-ibu yang nak memasak ni.. Kalau tak reti masak, belajar la kan?

Apa kepentingan Pes ya?

Pes ni macam perencah segera laaa.. Macam tu bahasa mudah faham.. Sesuai untuk ibu yang sibuk dan nak cepat. Juga sesuai untuk yang malas (seperti Mommy). Hahaha.. Pes untuk masakan ni, kita buat banyak kemudian dah tak perlu nak sediakan cili bagai dah contohnya setiap kali nak memasak.

KOLEKSI RESIPI PELBAGAI PES HOMEMADE UNTUK BULAN PUASA

  • Pes Sambal Tumis
    1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.
    2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
    3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.
  • Pes Ikan Bakar
    1. Blend cabai kering, bawang besar, bwg merah dan bawang putih, serai yg dihiris nipis2, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
    2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.
    3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
    4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
  • Pes Nasi Goreng Ikan Bilis
    1. Blend ikan bilis yg dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
    2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
    3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.
    4. Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur2an dsbnya
  • Pes Gulai Ikan
    1. Tumis bawang merah dan bwg putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
    2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bwg merah, bwg putih dan sedikit cili kering.
    3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
    4. Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya
  • Kuah Black Pepper
    1. Rebus bwg besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
    2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
    3. Masukkan kentang dan bwg yg. diblendar
    4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap
    5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam
    6. Sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah
    7. Masak hingga pekat dan naik bau.
    8. Boleh dimakan bersama fries, ayam grg dll
  • Pes Asam Pedas Tumis
    1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.
    2. Tumis dlm minyak panas.
    3. Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
    4. Masukkan garam/perisa.
    5. Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.

Selamat mencuba

Tags: , , , , , ,

1 thought on “KOLEKSI RESIPI PELBAGAI PES HOMEMADE UNTUK BULAN PUASA”

  1. menarik nih…memudahkan kerja suri rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!