Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

17 MENU BUKA PUASA DAN SAHUR PILIHAN MOMMY

MENU BUKA PUASA DAN SAHUR PILIHAN MOMMY | Seperti biasalah, bila tiba bulan puasa, kita dah mula cari menu buka puasa dan sahur untuk dimasak. Mommy sendiri pun tak ketinggalan untuk gali-gali resipi mudah ini. Tak suka yang perlu banyak langkah sebab Mommy bukanlah seorang yang suka lepak dapur lama-lama. Haha.. Btw, Mommy prefer makan nasi waktu berbuka dan sahur. Jadi tak hairanlah pilihan Mommy kebanyakannya lauk-pauk. Heee..

Jom Mommy kongsi Menu Buka Puasa dan Sahur pilihan Mommy..

MENU BUKA PUASA DAN SAHUR PILIHAN MOMMY

1. KOEWTEOW SEMPOI MOMMY!

MENU BUKA PUASA DAN SAHUR PILIHAN MOMMY

Eh ingat Mommy tak terer masak ke? Nak tau sedap ke tak, cuba lah. Hahahaha..

2. MEE HAILAM SIMPLE MOMMY!

MENU BUKA PUASA DAN SAHUR PILIHAN MOMMY (4)

Ok meh nak kongsi resipi Mee Hailam Simple, Sedap, Kompem Jadi ni..

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang merah (atau 1 biji bawang besar, yang besar gemuk weh)
    3 biji bawang putih (sedap ni kalau add)
    1 sudu cili kering (diblend)
    2 sudu besar sos tomato
    1 sudu besar sos tiram (agak-agak)
    Kicap manis (agak-agak)
    Ayam & Udang Fishball (kalau nak)
    Sayur : Baby Corn, Sawi, Carrot, Bunga Kobis
    3 sudu besar tepung jagung (dibancuh bersama air lebih kurang 1/4 gelas)
    2 paket mee

Cara penyediaan:

  • Blend bawang-bawang bersama sesudu cili yang dah diblend. Tumis sampai naik minyak (around 7-8 minit)
    Then letak sos tomato, sos cili then sos tiram & kicap
    Kacau-kacau dan letak isi ayam & udang
    Bila ayam & udang tu masak, boleh letak air (agak-agak nak makan)
    Letak sayur-sayuran & fishball (Sawi last sekali)
    Letak tepung jagung (yang siap dibancuh) dan agak-agak je nak pekat macam mana.
    Mee celur air panas 5 minit & toskan.
    Boleh makan

Lihat cara Mommy masak Mee Hailam Simple ini.

3. KUEYTEOW KUNGFU

Bahan-bahan:

  • Bahan A:
    500 gm kuey teow | 5 biji telur [ dipukul] | sedikit tepung jagung | minyak utk goreng kuey teow
  • Bahan B:
    100 gm udang basah [buangkan kulit]
    150 gm ayam [dihiris]
    1 biji panjang fish cake [potong nipis]
    3 ulas bawang putih [dicincang]
    100 gm brokoli [dipotong]
    100 gm bunga kobis [dipotong]
    100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
    5 tangkai baby corn
    3 sudu besar minyak utk menumis
    2 s/b tepung jagung ]
    1 cawan air ] bancuhkan
    1 cawan air rebusan ayam- saya guna 1 kiub ayam dan bancuh bersama 1 cwn air
    2 s/b sos tiram
    1 s/b lada sulah
    garam dan sedikit gula

Cara penyediaan:

  • Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
    ** Pukul telur dan gaul bersama kuey teow dan taburkan sedikit tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng kuey teow sehingga agak garing, terbalikkan dan angkat…ketepikan.
    Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
    Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
    Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
    Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
    Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

4. CHICKENBALL CHEESE

Bahan-bahan:

  • Ayam kisar
    Lobak merah
    Daun bawang (kalau ada, hiris halus)
    Sebiji bawang merah (tumbuk)
    Seulas bawang putih (Tumbuk)
    Garam secukup rasa
    Sesudu serbuk Paprika
    sedikit lada sulah
    Mozzarella cheese (potong dadu)
    Serbuk Roti

Cara penyediaan:

  • 1) Campur bersama ayam,Bawang² yg dtumbuk, lobak merah, daun bawang, lada sulah, serbuk paprika, garam. Gaul sebati.
    2) Bulatkan adunan (saiz terpulang kepada citarasa)
    3) Setelah itu, tekan bagi leper aduanan yang dibulatkan dan letakkan cheese.
    4) Oleskan bebola ke dalam serbuk roti.
    5) Siap dan boleh digoreng

5. BUBUR LAMBUK NOXXA

Bahan-bahan:

  • 3 pot beras (cuci bersih)
    10 pot air
    1 sup bunjut
    2 biji bawang besar (racik halus)
    5 ulas bawang putih (racik halus)
    1 inci halia (racik halus)
    4 batang serai (diketuk)
    400g daging cincang
    1 kotak santan 200ml
    3 biji kentang (dipotong dadu)
    1 batang carrot (dipotong dadu)
    2 kiub pati ikan bilis / pati ayam
    Lada hitam biji (ikut kepedasan)
    Lada sulah (secukup rasa)
    Garam halus (secukup rasa)

Bahan hiasan:

  • Bawang goreng
    2 tangkai daun sup (racik halus)

Cara penyediaan:

  • 1) Tekan mode “stir fry”
    2) Masukkan minyak masak
    3) Tumis bahan racik + serai + daging kisar + kiub pati ikan bilis / ayam
    4) Bila dah mesra masukkan kentang + carrot. Gaul sebati hingga bahan agak layu
    5) Masukkan beras yang telah dicuci bersih + air
    6) Masukkan biji lada hitam
    7) Tekan mode “HP” selama 25 minit
    8) Tekan ON
    9) Bila dah bunyi “bip”,keluarkan wap
    10) Buka penutup pressure cooker Noxxa dan masukkan santan kotak
    11) Tambahkan air jika diperlukan
    12) Masukkan garam halus + lada sulah mengikut citarasa dan gaul mesra
    Sedia dihidang bersama bawang goreng + daun sup

6. SAMBAL CILI IKAN BILIS PETAI

Bahan-bahan:

  • – ikan bilis 300g
    – petai 2 papan
    – bawang besar sebiji (dihiris)
    – bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
    – cili merah sebiji (ditumbuk)
    – cili padi 20 biji (ditumbuk)
    – garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  • 1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
    2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
    3. Masukkan garam, gaul sebati.
    4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!

7. SOTONG SAMBAL TUMIS HALIA

Bahan-bahan:

  • – sotong (direbus)
    – cili kering (direndam dan dimesin)
    – bawang merah, bawang putih dan halia (dimesin)
    – sedikit air asam jawa
    – garam dan sedikit gula

Cara penyediaan:

  • 1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimesin tadi sehingga wangi.
    2. Masukkan cili dan tumiskan sehingga agak garing. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
    3. Biarkan seketika dan masukkan sotong. Kacau sehingga sebati dan biarkan untuk beberapa minit lagi.

8. AYAM PAPRIK

Bahan-bahan:

  • – 4 ketul ayam – dihiris kecil
    – 2 ulas bawang putih – dicincang halus
    – 1 biji bawang besar – dibelah dua dan dihiris bulat kasar
    – 1 biji cili merah – dihiris serong
    – 11 biji cili api – dipecah-pecahkan
    – 2 helai daun limau purut – disiat-siat
    – bunga kobis – dihiris kecil
    – 2 biji putik jagung – dihiris serong
    – 1/2 biji karot – dihiris serong
    – 2 biji kacang panjang – dipotong 1 inci
    – 2 sudu makan cili kering kisar
    – 2 sudu makan cili sos
    – 2 sudu makan tomato sos
    -1 sudu makan sos tiram
    – garam
    – 1 cawan air

Cara penyediaan:

  • 1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
    2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
    3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
    4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
    5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
    6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
    7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
    8.Tutup api dan hidangkan.

9. SAMBAL TUMIS DAGING

Bahan-bahan:

  • – daging
    – bawang putih, bawang kecil dan bawang besar (dihiris)
    – cili kering (direndam dan dimesin)
    – air asam jawa
    – sedikit gula dan garam

Cara penyediaan:

  • 1. Tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar hingga wangi.
    2. Masukkan cili mesin dan kacau biar sebati.
    3. Masukkan gula, kacau.
    4. Masukkan daging dan air asam jawa. Kacau dan biarkan hingga agak garing.
    5. Masukkan garam dan kacau. Dengan api yang kecil biarkan hingga sambal garing dan terbit minyak.

10. AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahan:

  • – 500 gram ayam, potong kecil
    – 4 ulas bawang putih, hiris nipis
    – 2 cm halia, dihiris halus memanjang
    – 1 sudu besar kicap cair
    – 1 sudu besar sos tiram
    – 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
    – 1 biji cili merah, hiris nipis
    – 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
    – 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
    – minyak masak, untuk goreng ayam
    – sedikit lada sulah atau lada hitam
    – sedikit garam dan kunyit
    – garam dan gula, secukup rasa

Cara penyediaan:

  • 1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
    2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
    3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
    4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
    5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
    6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

11. AYAM GORENG MADU

*Tips: kalau nak gantikan madu dengan gula pun boleh, sekiranya tak ada stok madu kat rumah.

Bahan-bahan:

  • – ayam 8 ketul (direbus)
    – bawang merah 5 biji (dikisar)
    – bawang putih 6 ulas (dikisar)
    – halia 1 inch (dikisar)
    – kicap cair 1 sudu besar
    – kicap pekat 1 sudu besar
    – sos tiram 1 sudu besar
    – madu 1 sudu besar
    – minyak untuk menggoreng.

Cara penyediaan:

  • 1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
    2. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu, bersama ayam,
    3. Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam.
    4. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam
    sudah separuh masak.
    5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

12. UDANG KICAP PEDAS

Bahan-bahan:

  • – 400 gram udang
    – 1 biji (kisar) bawang besar
    – 2 biji (kisar) bawang putih
    – 1/2 inci (kisar) halia
    – 3 sudu (saya dah blend siap2) cili kering
    – 1 biji cili merah
    – 4 sudu kicap pekat
    – 2 sudu sos tiram
    – 1 sudu gula
    – secukup rasa (jika perlu) garam
    – 1/4 cawan air

Cara penyediaan:

  • 1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis – bawang besar, bawang putih dan halia.
    2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis hingga naik minyak.
    3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
    4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.
    5. Siap untuk dihidang.

13. TELUR MATA GORENG BAWANG DAN CILI

Tips: Nak dapat telur mata yang gebu macam kat kedai tu, minyak kena banyak. Masa goreng telur, biarkan kuning telur sedikit cair.

Bahan-bahan:

  • – telur 3 biji
    – bawang besar sebiji (dihiris)
    – cili padi 8 biji (belah 2)
    – kicap secukupnya
    – garam secukupnya
    – minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

  • 1. Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan.
    2. Tumis bawang besar dan cili padi sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati.
    3. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit kicap. Siap!

14. DAGING MASAK BLACK PEPPER

*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak dimasak terlalu lama di atas api yang besar.

Bahan-bahan:

  • – 500g daging (bahagian batang pinang)
    – 4 ulas bawang putih
    – 2 sudu besar sos tiram
    – kicap manis
    – 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
    – 2 tangkai cili merah (potong kasar)
    – bawang besar holland
    – 2 sudu kecil tepung jagung

Cara penyediaan:

  • 1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
    2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
    3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging.
    4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
    5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

15. UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN

Bahan-bahan:

  • – 500 gm udang
    – 1/2 sudu kecil garam
    – 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
    – minyak
    – 3-5 sudu besar butter
    – 6 ulas bawang putih – dicincang
    – 15 biji cili padi – dihiris serong
    – 4 tangkai daun kari
    – 2 biji telur masin – direbus & hancur
    – 2 sudu kecil gula
    – 10 sudu besar susu cair/susu segar
    – 1 sudu kecil tepung jagung

Cara penyediaan:

  • 1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
    2. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
    3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
    4. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
    5. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

16. SUP TELUR

Bahan-bahan:

  • – 4 biji telur
    – 2 biji kentang (potong kecil)
    – 1 batang carrot (potong kecil)
    – 1 pokok sawi minyak ata kailan (potong pendek)
    – air secukupnya
    – minyak
    – garam

Bahan tumis (tumbuk kasar):

  • – 3 ulas bawang merah
    – 1 ulas bawang putih
    – 1 s/k lada hitam

Cara penyediaan:

  • 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
    2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut.
    3. Masukkan telur masa air menggelegak.
    4. Bila dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
    5. Hidangkan.

17. SAMBAL TEMPE IKAN BILIS

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
    1 pek tempe – hiris nipis dan goreng garing
    3 sudu besar cili kisar
    5 ulas bawang merah – tumbuk
    Gula
    Garam
    Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

  • Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan pula bawang merah yang ditumbuk kasar. Setelah wangi dan garing, masukkan gula. Gaul rata dan masukkan sedikit garam. Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan tutup api supaya tempe dan ikan bilis kekal rangup.

Amacam. Banyak dah kot? Antara rajin dengan tidak je. Selamat berbuka puasa dan bersahur.

Tags: , , , , , , ,

4 thoughts on “17 MENU BUKA PUASA DAN SAHUR PILIHAN MOMMY”

  1. mariana says:

    Yaaulloh…kenapa semuanya sedap-sedap ni. Baiklah nanti nak masak 1 menu berbuka 🙂

  2. Banyak tu… tq kerana berkongsi shehan..

  3. Boleh lah guna resepi she nnt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!