TERCAPAI CITA-CITA NAK KE LEGOLAND! | FAMILY DAY KBBA9 2018

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur. Projek Kembara KBBA9 2018 bersambung lagi untuk tahun ini. Dan kali ini, Family Day KBBA9 pula. Yang paling menarik, KBBA9 dan keluarga masing-masing dapat ke LEGOLAND MALAYSIA!!!

Yeayyyyyyy!!

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018

Anak-anak lah yang paling teruja. Ye la.. selama ini mereka hanya asyik tengok iklan dan LEGO mainan Mommy je. Hahaha. Ye, Mommy kan collector. Cuma tak berapa tegar dah sekarang sejak berpindah rumah. Tiada tempat menarik untuk letak segala collection tersebut. Hmmm.. Bila nak deco rumah niiiiiiiiiiiiii?? Eh melalut!

PERJALANAN SELEPAS SUBUH

Katanya, selepas Subuh harus bertolak. Ya benar dong. Emangnya Zuhur pun dikira selepas subuh. Haha. Kami bertolak jam 7 pagi, 7 April 2018.. Singgah sarapan di Bangi, rupanya ini masa yang paling lama kami ambil. Waduhhh. Tak sedar masa berjalan. Namun, jam 8 pagi sudah berada di atas jalan raya. Dan tiba di Legoland jam 11 pagi. Ngam-ngam ho! Tapi, 11 pagi di Hotel Legoland! Laaaaa. Nak buat apa kat sini?

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018

Rupanya ada 1 lagi bangunan. Tempat parking pun agak jauh dari main entrance Legoland! Menapak pun dah 10 minit, ditemani anak-anak girang ni. Akhirnya, jam 1120 baru bertemu geng KBBA9. Kisahkan tiket dan voucher makanan pula! Bila ditanya mengenai group photo..

“oh.. baru je snap, masa Shehan kat parking tadi” Huwaaaaaaaaaaaa..

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (000)

TARIKAN TERBARU DI LEGOLAND

Family Day KBBA9 kali ini berkonsepkan Free & Easy. Lepas masuk je ke dalam Legoland, kami bebas untuk explore apa yang menarik dalam Legoland ini.

Mommy difahamkan ada 2 tarikan terbaru di Legoland iaitu LEGO® NINJAGO The Ride & World’s First LEGO® VR Coaster!

LEGO® NINJAGO The Ride

Khas buat peminat siri animasi Ninjago the Ride semestinya! Korang layan tak?

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018

Apa yang menarik?

Kita akan dibawa mengembara dalam satu perjalanan 4 Dimensi (4D), pakai spek 4D lagi uols.

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (3)

  • BOLEH KELUARKAN FIREBALLS, LIGHTNING, SHOCKWAVES & AIS HANYA DARI TANGAN! Hahaha. Tembak macam real dengan hanya gerakan tangan diperlukan, sambil berpusing-pusing di ride tersebut. Tujuannya untuk selamatkan dunia NINJAGO!
ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (3)
tengok tu, Hannah duduk ngan auntie Saidila, terus behave. Takde dah nak buat perangai ke apa..
  • MARKAH! Selepas keluar, akan ada paparan markah kita.. Malangnya ada isu kamera terbalik di ride yang Mommy naik tu. Jadi, gambar Mommy, Daddy & Ariq tiada, result sahaja yang ada.
ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (3)
result tinggi tu mestilah Daddy.. Mommy hang sibuk amek gambar hahaha
  • Hannah pula naik bersama auntie saidila , dan paling best, dia yang berjaya rangkul markah paling banyak. Boleh gang sangat dengan Daddy bab main game ini.
ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (3)
tengok markah Hannah tu. Hebat tul..

Game ni sebenarnya tak puas main sekali. Rasa nak ulang-ulang masuk. Lagipun dalam Ninjago itu sendiri, ada banyak lagi yang korang boleh explore.

World’s First LEGO® VR Coaster

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (7)

Apa yang menarik?

Ok.. Korang dah biasa naik roller coaster kan? Haaa. Kelainan Lego VR Coaster ini adalah, pengunjung akan menaiki The Great Lego Race ini sambil memakai Samsung Gear VR, dan enjoy ‘dunia’ perlumbaan LEGO!

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (00)
credit pic : mamakembartiga.com

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (7)

  • THRILL – Wajib dicuba. Mungkin bagi sesetengah orang akan mudah pening dalam suasana VR tu. Tetapi, tidak kurang juga buat mereka yang sukakan cabaran. Berulang-ulang kali nak naik!
  • HUJAN – Sekiranya hujan, kita masih boleh naik VR Coaster ini, cuma tidak boleh memakai VR. Jadi, susun atur masa betul-betul ye?
  • KELEBIHAN NAIK VR – Kalau pejam mata sebab takut pun, orang tak nampak. Kahkah.. Ok gurau.. Kelebihan mestilah seronok giler!

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (00)

Ariq tak dapat join sebab dia masih rendah dari saiz 110cm. Jadi, terpaksa lah dia menunggu di bawah bersama Mommy. Mommy pula, kalau sebut roller coaster ni, seram sejuk terus. Giveup je lah. Hahaha..

anak yang kesedihan tak boleh join kakak & daddy

Actually 2 permainan ni kami cuba last-last sebelum balik. Bayangkan, satu taman tema nak explore, memang tak puas rasanya. Itu baru Theme Park tau..

Kalau korang beli tiket COMBO, iaitu sekali dengan Water Park, Mommy nasihatkan kena habiskan masa selama 2 hari di sini. Pasti anak-anak suka, walaupun menangis lenguh kaki. Hahaha..

APA LAGI YANG MENARIK DALAM LEGOLAND?

LEGO® CITY

Antara tarikan utama dalam Lego City adalah Driving School, Junior Driving School, Boating School, LEGO City Airport, LEGOLAND Express dan The Shipyard. Jom tengok apa lagi yang Mommy satu family cuba..

NISSAN Driving School

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (7)

Khas untuk kanak-kanak sahaja. Tempat pertama yang kami tuju selepas masuk adalah untuk dapatkan Lesen Memandu buat Hannah.

Mula-mula perlu beratur, kemudian ambil gambar untuk dapatkan lesen memandu (selepas selesai semuanya di kaunter luar) dan paling best, naik kereta LEGO!! Rasa nak join beratur juga!!

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (65)

Sebelah Driving School nih, ada Junior Driving School untuk anak-anak yang lebih kecil tetapi ingin memandu kereta LEGO versi lebih kecil.

Kelakar tengok aksi anak pertama kali kena belajar tekan minyak, tekan brek, pusing-pusing sekitar track. Di sini, mereka berpeluang untuk belajar mengenai keselamatan jalan raya dan yang paling best, andainya korang ada ANNUAL PASS, anak-anak korang berpeluang berlatih memandu bila-bila masa sahaja di sini.

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (63)

LEGOLAND Express

Ariq Emir paling tak sabar nak naik LEGOLAND Express ini lah. Asyik ‘train, train, train’.

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (000)

Dapat  naik jer, terus muka puas hati. Terus behave sepanjang hari. Nampak tak? Kenapa kita tidak boleh kecewakan permintaan budak ini. Hahaha..

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (63)

Kami semua pun seronok dapat pusing-pusing sekitar Legoland menaiki Legoland Express ini.

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (000)

MINILAND : Asia in LEGO® Bricks

Kemudian kami ke Miniland, di mana bangunan mercu tanda dibina menggunakan Lego Bricks. Sebagai peminat Lego Bricks, dah tentu kawasan ini memang buat Mommy senyum sepanjang jalan. Hahaha. Hebat betul weh. Satu Asia di dalam satu kawasan. Fuh! Mommy main sekotak Lego Bricks pun, menahan sabar gila-gila. Apakah laaaaaaaaaaa begini? Kagum! Hebat Legoland!!

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (000)

Ye. Memang besar betul. Tak dapat nak explore semua pun. Sebab luas dan cuaca pun panas. Yang datang ke sini, jangan lupa pakai topi dan sunscreen tau!

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (000)

Tetiba pelik, sekarang jam berapa? Kenapa dah azan? Rupanya ini dari Masjid Brunei. Ye.. Ada sound effect sekali tau.. Ye korang.. Dibina dari Lego Bricks!

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (000)
Angkor Wat pun ada.. Siap ada Lego Bricks People yang menari-nari depan tu
ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (000)
Tahniah Daddy & Ariq, dah sampai pun Taj Mahal. Hehe

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (000)

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (000)

KLCC pun ada tau!

LEGO® KINGDOMS

Antara tarikan utama dalam Lego Kingdoms adalah The Dragon, The Dragon’s Apprentice, The Forestman’s Hideout, Merlin’s Challenge, Royal Joust dan Castle Stage.

Di sini, Mommy cuma berani naik The Dragon’s Apprentice. Sejenis Roller Coaster juga. Kiranya untuk uji kita la, ready atau tidak untuk cuba yang lebih besar iaitu The Dragon! Pertama kali buat Ariq & Hannah.

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (000)

Hannah takut-takut juga. Ariq? Takde nak takut langsung. Mommy pulak yang seram masa Dragon ni buat corner baring. Rasa macam nak jatuh. Dah la Ariq tu kecik. Hahaha. Apa pun, enjoy sangat. Walaupun dah 10 hari dah berlalu, sampai hari ni Ariq masih minta pergi ke Legoland. Haishhhhh.. Mommy pun nak sayang!

OBSERVATION TOWER

Di sini, Mommy berpeluang dapat lihat keseluruhan Legoland dari ketinggian 41m. Macam ala-ala Menara Taming Sari di Melaka, Mommy tak lepaskan peluang untuk bawa anak-anak naik Observation Tower ini. Pesan kat anak-anak untuk duduk je tau. Jangan bangun!

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (000)

LEGO® STUDIOS

Selepas turun dari Observation Tower, Mommy masuk pula ke Lego Studios untuk tonton 4D movie adventure. Ariq dan Hannah teruja sungguh. Pakai spek 4D tu, kemudian masing-masing teraba-raba tangan ke depan cuba menyentuh. Kelakar! Yang paling rare, tetiba korang rasa angin yang kuat, air dan salji berguguran. Hahaha.. Basah la sikit..

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (000)
Walaupun menguap sebab penat, tapi layannnn..

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018

Sebenarnya ada banyakkkkk lagi tempat yang Mommy explore dan kongsi dalam Instagram Mommy (@myapilot) atau tengok je dekat #ybtravelogue. Dah panjang sangat rasanya entri ni kalau nak ditambah lagi. Sebab pendek kata, memang berbaloi sangat-sangat datang ke Legoland.

HARGA TIKET LEGOLAND UNTUK MYKAD

Normal price untuk 1 day tiket Combo (Theme Park & Water Park), tiket Theme Park & tiket Water Park:

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (A)

BERITA BAIK!! ANNUAL PASS LEGOLAND®

Paling menarik, berita baik buat korang semua.. LEGOLAND® menawarkan peluang untuk menjadi pemegang ANNUAL PASS mereka dengan harga yang PALING GEMPAK!

Tiket ANNUAL PASS dijual dengan harga 1- Day Ticket iaitu RM199* sahaja! Sekarang juga korang wajib beli, especially orang sekitar Johor. Mommy sendiri pun rasa macam nakkkkk je. Sebab sehari memang tak puas!! Nak pergi berulang-ulang kali.

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018
Berbaloi sangat tau! Harga macam tu memang AJAIB kot! Kalau nak tambah lagi benefits, korang boleh upgrade ke PREMIUM PASS HOLDER dengan hanya menambah RM125 sahaja. Untung sangat!

Nak lagi?

Ok.. ini part paling best. Kalau korang bertuah, Nissan Almera ini akan jadi milik korang. Haaaaaa.. Apa lagi? Yang belum beli, yang nak renew atau Upgrade kepada Annual Pass, cepat-cepat grab peluang ini!

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018

Once korang masuk dan explore Legoland, korang akan faham kenapa harga yang korang laburkan itu berbaloi! Serius!

Tempah ANNUAL PASS LEGOLAND sekarang! Korang boleh masuk Legoland, selama 365 hari secara percuma lepas tu! Wuhuuuuu.

TIPS DAN CHECKLIST UNTUK DATANG KE LEGOLAND®

Persediaan rapi untuk anak-anak terutamanya dari segi :

  • Pakaian yang nipis, serap peluh dan selesa
  • Topi untuk halang heat strok
  • Kasut yang selesa seperti sport shoes
  • Sunglasses wajib kalau tak tahan silau panas
  • Air boleh dibeli di dalam Legoland, memandangkan semua makanan atau minuman luar tidak dibenarkan masuk. RM3 untuk mineral
  • Gunakan sunscreen dengan kerap (mengikut SPF)
  • Bawa stroller
  • Towel kecil untuk lap
  • Pastikan anak kekenyangan sebelum bermain untuk elak cranky
  • Pastikan tahap kesihatan anak adalah di tahap baik
  • Jangan lupa segala gadget yang ada untuk ambil gambar dan video
  • Jangan lupa grab ANNUAL PASS dengan harga promosi!
  • Harga makanan boleh tahan mahal juga la untuk insan marhaen seperti Mommy ni. Kena sedia around RM20+ hingga RM30+ untuk 1 set hidangan. Tapi rasanya normal kalau pergi mana-mana themepark.
  • Bab Parking, boleh parking Zone 1 atau Zone 2 di kawasan padang yang luas bertentang Legoland. Cuma RM10 seharian.

Haaa. Apa lagi eh? Mommy cuma ralat 1 je hari tu. Anak-anak lenguh kaki, agaknya sandal mereka kurang selesa. Masa main tu, masing-masing memang tak ingat dunia. Bila dah balik tu, mula lah.. Jadi, beringat ye? Enjoy!

Apapun, Mommy nak express feeling betapa HAPPYnya Mommy bila #anaksyurga Mommy, Ariq Emir dah boleh join aktiviti Family Day dengan KBBA9. Syukur tak terhingga. Dah boleh control diri dia, dengar cakap dan tak buat perangai, langsung!

Tahniah juga kakak, sebab jaga adik betul-betul walau kadang2 kakak lebih manja dari adik. Mommy kena hadap tu..

ANNUAL PASS LEGOLAND FAMILY DAY KBBA9 2018 (198)

Layari laman web www.legoland.com.my atau facebook & instagram Legoland Malaysia untuk info selanjutnya.

27 thoughts on “TERCAPAI CITA-CITA NAK KE LEGOLAND! | FAMILY DAY KBBA9 2018”

  1. Hensem laaaa Ariq. Train train train… Dah dapat naik behave eh. . Good boy!
    Tak sempat bual ngan Hannah…
    Serius best giler Legoland. Jom menabung pi sesama lagi

  2. Tak sempat jumpa shehan hari tu.. Nampak dari jauh jer. Sian dia terlewat sikit tak dpt join group photo. Semoga ada rezeki lagi KBBA9 dtg sini lagi. Seyes tak puas.
    Eh, nape parking rate she dpt murah ni..huda bayar RM10..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge