Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Jeju Set

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

DAY 2 : TRIP INDIA (08032018) | KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI dalam KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (EPISODE 2) – Hari Ke 2, 08032018 – Masih di New Delhi. Belum ke Kashmir tau! Hari ni, adalah hari yang agak penting.

Team Kembara Qaseh ZY Phyto ke New Delhi masing-masing sungguh ayu dan kacak menggayakan baju kurung dan baju melayu. Ambil kesempatan untuk bergambar sebanyak mungkin kerana pemandangan di hotel yang kami inap pun, teramatlah cantik!

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

Bunga semakin memekar. Tanda musim bunga sudah tiba.. Suhu di sini, tak terasa sejuk pun. Sebab tu rileks jer berbaju kurung ni. Suhu 35 tetapi tak la sepanas Malaysia..

BACA : Tiba di New Delhi (Episode 1)

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

Tumpang ambil kenangan sekali..

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

Amboi kemain posing Kak Mala kita yang comel ni..

Kalau dah nama datang dalam berkumpulan, memang wajiblah berposing sekali kan? Eh.. Mana Mommy? Hahaha..

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

Haaa.. Segak tak?

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI

Selesai bersarapan di The Royal Plaza, iaitu hotel yang kami inap, team Kembara Qaseh ZY Phyto akan meneruskan perjalanan ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi pagi ini (08032017). Dan agen tourist guide yang akan bersama kami sepanjang trip Delhi & Kashmir ini adalah Mrs Ponnam.

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

They are indeed pernah bertemu before. Macam siri Jejak Kasih kan? Hehe. Apa pun, i love this picture..

Kedatangan team Kembara Qaseh ZY Phyto ke New Delhi dalam misi melancong sambil beramal ini dimulakan dengan kunjungan kami ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, bertemu TYT Datuk Hidayat Abdul Hamid.

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

Sambil berkenalan dan bertukar-tukar buah fikiran, kami juga berpeluang memahami keadaan India, dari segi ekonomi dan budaya masyarakat di sana. Walau cuma setengah jam, masa dimanfaat dengan begitu baik sekali.

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

Madam Ameelia menyerahkan buku Odyssey – Dari Lembah ke Puncak sebagai tanda kenangan daripada ZY Phyto

BERAMAH MESRA DENGAN PERWAKILAN

Kunjungan kami diteruskan dengan majlis ramah mesra bersama PERWAKILAN di sana. Kami disambut mesra oleh pengerusi PERWAKILAN New Delhi, Datin Rosie Hidayat dan 17 orang ahli PERWAKILAN (Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri). Suasana sangat meriah dan paling menarik, tarikh hari ini pula adalah Hari Wanita Antarabangsa.. A Date to Remember gituu..

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

Datin Rosie amat bangga dan terharu dengan kehadiran kami kerana biasanya mereka hanya dikunjungi dalam urusan rasmi sahaja. Bagi mereka, Kembara Qaseh ZY Phyto sungguh unik kerana membawa kelainan dari segi menyelitkan amal ketika melancong.

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

Menurut Datin Rosie, PERWAKILAN yang terdiri daripada isteri-isteri pegawai dan kakitangan serta pegawai wanita Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar negara agak aktif di sini dan mereka pernah mengambil bahagian dalam Malaysia Carnival yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi, Sambutan Hari Raya, Hari Kemerdekaan, Lawatan VIP dan aktiviti luar seperti Asean Ladies Circle (ALC).

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

Pengasas Yayasan Qaseh ZY Phyto, Madam Sharifah Ameelia Akma memberi ucapan balas dan menerangkan serba sedikit latar belakang ZY Phyto.

GEMAR MEMASAK

Bagi mengisi masa lapang, PERWAKILAN juga turut mengadakan kelas memasak, tadarus dan lain-lain. Aktiviti sebegini sedikit sebanyak mengeratkan lagi hubungan mereka di sini memandangkan masing-masing berjauhan dari kampung halaman.

Kami berpeluang merasa makanan yang dimasak oleh mereka. Fuh.. Terangkat habis!

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

2 kali Mommy tambah bihun sup ni. Sedap sangat. Teringat-ingat sampai sekarang. Walau dah sebulan balik dari sana.

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

Majlis diakhiri dengan pertukaran cenderamata dan telekung wakaf serta diserikan dengan persembahan karaoke.

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

Madam Ameelia menyampaikan Telekung Wakaf Siti Aishah kepada Datin Rosie

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

AMBOI.. BORONG SARI SAKAN NAMPAK??

Selain aktiviti-aktiviti yang Mommy ceritakan tadi, PERWAKILAN turut berniaga sari tau. Haaaa.. Ada macam-macam jenis sari yang dijual dan semestinya harga mereka adalah lebih murah dari di luar sana.

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

Memikirkan Mommy pastinya akan jadi malas bila window shopping, lebih baik Mommy grab sahaja di sini. Memang sakanlah memborong ha..

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

Cantik-cantik tau. Kalau Mommy bawa beg yang kosong, rasanya semua sari di situ Mommy borong. Boleh berniaga kat KL pula.

Harga di sini memang murah sangat lah dibandingkan di KL. Dah nama pun India kan? Hehe..

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

Meriah sangat. Tak terasa kekok walaupun ini adalah kali pertama kami bertemu.Terima kasih atas layanan yang diberi.

MASUK KERATAN AKHBAR

Eh bangga kejap tau. Mak kau ni tak pernah masuk paper. Heee. Dapat terselit seketul gambar pun jadilah. Tahniah buat Kembara Qaseh ZY Phyto. Nukilan Puan Normala Hamzah. Rindunya kat my roomate ni..

KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)

Utusan Malaysia, 23 Mac 2018

Alhamdulillah. Niat kami menyampaikan Telekung Wakaf Siti Aishah dalam misi Kembara Qaseh ZY Phyto bermula hari ini.

Dan inshaa Allah.. Mommy akan sambung lagi perjalanan kami ke Masjid Jama pula selepas ini. Dan perjalanan ke sana agak mencabar. Kenapa tu?

Footnote : Tajaan Kembara : Kerjasama Mommy’s Diary of Life (#ybtravelogue #kembarakbba9 #kbba9) bersama ZY Phyto Holdings Sdn Bhd & Yayasan Qaseh ZY Phyto dengan kerjasama Mahsuri Travel Kuala Lumpur

Tags: , , , , , ,

16 thoughts on “KUNJUNGAN MESRA KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NEW DELHI (EPISODE 2)”

  1. Nina Mirza says:

    Beruntung shehan dapat mengikuti aktiviti charity macam ni. Pengalaman berharga ni..
    Seronok tengok… Tumpang happy!

    1. YB Shehan says:

      Alhamdulillah.. Bersyukur dpt peluang besar begini..

  2. Syoknya disambut mesra camtu. Cepat cepat sambung cerita. Next plss hehe

  3. rozana says:

    seriously… lama sangat2 dah tak blog walking.. tapi since jumpa awesome blogger like u masa bengkel videofon tuari.. dah mula blog walking semula. Nice story YB Shehan.. 🙂

    1. YB Shehan says:

      Terima kasih kak..

  4. ejulz says:

    wahhhh.. best.. blh jumpa shahrukhan.. hehe

    1. YB Shehan says:

      haha tu kena p Bombay

  5. ai says:

    Gambar yang membelakangkan swimming pool tu ingatkan dalam studio..

    1. YB Shehan says:

      cantik giler kan? mmg lawa gilaaaaa

  6. Firzz says:

    Bestnya tengok berjalan ke sana…

  7. Yanieyusuf says:

    Wah best nya dpt jejak kesana.. Nice sharing she..

  8. syiok.. teruja plk bace.. bestkn pergi tmpt org .. pengalaman

  9. mas saari says:

    Seronok baca pengalaman She, memang sangat bernilai dapat peluang camni.

  10. nadia johari says:

    pengalaman berharga bila dapat join aktiviti macam ni. Untung kak yb

  11. nadia johari says:

    best dapat join aktiviti macam ni. Berbaju kurung kau..cantik je..rezeki ka yb dapat ke sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!