YAHOOOO!! INDIA, HERE I COME!! | KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (EPISODE 1)

KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (EPISODE 1) | #ybtravelogue 2018 Mommy bermula dengan Trip to India.. Perasan tak lately ramai ke sana? Mommy pun pasang angan-angan lepas tengok seorang instafamous ke sana. Especially Kashmir.

Rezeki ni datang dalam pelbagai bentuk. Mommy sendiri tak sangka, dalam masa seminggu dari tarikh 28022018, Mommy dijemput untuk menyertai #kembaraqasehzyphyto ke Kashmir, dan Rabu (07032018), Mommy dah pun sampai ke New Delhi. Macam mimpi!

MACAM MIMPI BILA SAMPAI DI INDIA!! KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (PART 1) (5)

Memang betul-betul mimpi. Cuma dah jadi kenyataan. Inilah team #kembaraqasehzyphyto. Mommy adik bongsu dorang ni lah.

MACAM MIMPI BILA SAMPAI DI INDIA!! | KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (PART 1)
dari belakang kiri, Kak Kiz, Kak Ita, Kak Mala, Kak Aiza, Madam. Dari depan kiri Abg Salahudin, Kak Izan, Auntie Syam & Uncle Roslan.

Hehe.. Dalam flight, Mommy duduk sebelah kak Aiza. Yang bestnya, sama-sama orang Utara. Haaa.. Tak payah nak control bahasa lah kan. Hahaha. Perjalanan ambil masa lebih kurang 5 jam dari KLIA ke New Delhi menaiki MAS. Tak bosan sebab asyik layan movie je. Memang tak tidur langsung! Dapatlah layan Tumbiruo setelah sekian lama nak tengok kan.. Demi Julripin. Ngeh ngeh..

Makanan pun not bad. Memang licin ku kerjakan. Cuma, Mommy kurang berminat kek tu. Agak berangin. Mint barangkali.. Yang lain superb. Lepas makan, minum kopi pulak. Fuh. Layan movie some more. Memang tak bosan la. 12 jam pun sanggup macam ni. Heee..

BACA : CHECKLIST TRAVEL KE KASHMIR

MACAM MIMPI BILA SAMPAI DI INDIA!! KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (PART 1) (2)

Anyway, terima kasih buat Daddy yang sudi cuti dan jaga anak-anak. Buat anak-anak, tolong behave tau..

BEST KE INDIA?

Takkan la nak terus bagitau conclusion? Tak surprise la. Korang wajib folo SEMUA entry Mommy tau..

Route : New Delhi – Kashmir – Agra (Taj Mahal) – New Delhi

Ini baru entry permulaan. Banyak juga kejutan yang Mommy terima. Bila tak bersedia mental 100%, memang terkejut la sekejap. Plus, short notice juga.. Dan misi kembara ini berlainan daripada kembara-kembara Mommy yang lain.. Haaaa… Nanti Mommy cerita kenapa.

Suhu ketika sampai? 34′. Ya.. panas macam Malaysia je kat New Delhi ni.

Masa sampai kat New Delhi ni, Mommy paling suka dengar dorang bercakap. Woahhhhhhhhhhh..

“Aku dalam filem hindustan laaaaa!!”

INDIRA GHANDI INTERNATIONAL AIRPORT

IGI Airport terletak di New Delhi. Kalau korang google airport ni, korang akan jumpa 1 gambar yang sama. Apa yang Mommy maksudkan ialah gambar ni.. Korang tahu ke maksud jari2 tu? Meh share ngan Mommy please.. Hehe..

MACAM MIMPI BILA SAMPAI DI INDIA!! KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (PART 1) (4)

Haaaaa. Cun tak? Mommy sendiri masih lagi terfikir masa tu.. betul ke Mommy kat India ni?

Nama airport ini adalah bersempena nama Perdana Menteri Wanita India yang pertama iaitu Indira Gandhi. Sejarah mengenai PM India yang ini adalah beliau ditembak mati oleh 2 pengawal peribadinya sendiri. Kalau Mommy berpeluang ke India sekali lagi, Mommy nak pastikan yang Mommy dapat ke Muzium Peringatan Indira Gandhi.

Fakta lain mengenai airport ini pula, IGI antara airport paling sibuk dengan jumlah penumpang yang ramai. Sangat ramai ok. Mujurlah visa kami menggunakan online. Ada laluan lain tapi tetap kena beratur panjang. Haha. Ala, layankan je la. Bukan selalu. Dan tak segerun masa Mommy kat NZ. Heeee..

MACAM MIMPI BILA SAMPAI DI INDIA!! KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (PART 1) (5)

Masa di kaunter, pakcik Imigresen tu ada la juga tanya nak ke mana, tujuan datang buat apa, datang sorang je ke, kenapa nak pergi Kashmir. “Alaaaa. Jom pakcik, lepak mamak. Pastu saya cerita semua, ok?” Haha.. Gurau la. Normal la tu. Sambil sembang-sembang dengan kita. Yang penting, korang kena senyum. Baru dia cair. Sebab tu tanya kita datang sorang ke kan? Hikhik. Nak datang India, better berkumpulan atau ada teman ye wahai wanita sekalian. Boleh je nak sangka baik,  tapi di mana-mana pun bahaya kan sekarang ni. Hati-hatilah.

YAHOOOO!! INDIA, HERE I COME!! | KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (PART 1)
Berkumpulan takkan pernah bosan, malah lebih meriah! In pic : Madam Ameelia

Oh ya, satu peringatan untuk korang yang belum pernah jejak ke India, akan ada ramai ‘helper’ yang menawar diri untuk tolong kita sejurus kita sampai di airport sehinggalah ke bas. Kalau korang dah tak larat nak tolak luggage tu, biarlah mereka tu tolong. Lepas tu, jangan lupa hulur tips ok? Kalau yang dah biasa atau tahu mengenai perkara ini, dan ingin tolak pelawaan mereka, just tolak je dengan baik. Cakap je NO.

YAHOOOO!! INDIA, HERE I COME!! KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (PART 1) 3

Walaupun Mommy dah tahu mengenai perkara ini melalui research sebelum datang, kononnya Mommy akan act cool la.. Tapi, terkejut tu masih ada juga bila dah tengok depan mata. Hehe.. Nothing free in this world, yawww. Ya, Mommy memang terkejut sekejap. Tak kisah la korang nak cakap jakun ke apa. Tapi ini memang lifestyle mereka, Mommy terkejut sebab tak biasa tengok. Jangan marah Mommy tau.. Jangan risau la korang. Korang leh je hulur berapa pun masa tu. 100rs = RM6. Kalau rasa mahal, bagi la less than that. Asalkan korang ada duit kecil.

Lepas selesai semua urusan, kami bergerak ke hotel menaiki bas. Hotel pilihan adalah The Royal Plaza, New Delhi. Interior hotel dan bilik memang cantik. Itu next entry ya..

YAHOOOO!! INDIA, HERE I COME!! KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (PART 1) 4
gambar ini diambil waktu siang esoknya ya.. sebab kami tiba hotel ni dah malam..

HOTEL & KAWALAN KETAT

Perkara pertama yang Mommy agak ‘surprised’ bila tiba di sini bila setiap tetamu wajib scan setiap bag masing-masing. Wahh. Ketatnya rules. Rupanya perkara ni adalah perkara biasa bagi mereka yang datang ke India. Sekuriti ketat di mana-mana. Untuk elak sebarang kes yang tak diingini. Kes letupan pun pernah jadi tahun 2006 dan 2010. Sebaiknya begini lah cara yang mampu dorang laksanakan demi negara tercinta. Ewahhh. Weh.. Masa ni Mommy insaf dan syukur. Kita belum sampai tahap perlu scan bag kalau ke pasar malam tau. Sini kena dah..

YAHOOOO!! INDIA, HERE I COME!! KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (PART 1) 2

Lebih bagus berjaga-jaga begini bagi mereka. Kita pun, sebagai pelancong, pasti akan rasa selamat macam ni kan?

WIFI MANA WIFI?

Bila tengok hotel mewah macam ni, Mommy dah boleh bayangkan betapa lajunya wifi mereka. Namun, nan hado. Haha. Bukan lah takde, cuma kita kena bayar untuk wifi tu. Huhuhu.. Masa ni, mujurlah ada Samurai Wifi dari Visondata ini.

YAHOOOO!! INDIA, HERE I COME!! KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (PART 1) 1

Cuma agak limited data yang ada. Mujurlah juga Mommy dapat berkongsi simkad Airtel di sana bersama Kak Mala, roomate Mommy. Nampak tak, betapa pentingnya internet bagi seorang blogger macam Mommy. Tak hidup rasanya kalau tak dapat online. Hukhuk..

Ok lah.. Masa untuk berehat sebelum aktiviti penting esoknya. Macam Mommy cakap tadi, kembara Mommy kali ini bukan kembara biasa-biasa. Ia punya misi tersendiri. Mommy pun tak sabar kongsi dengan korang..

YAHOOOO!! INDIA, HERE I COME!! KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (PART 1) 5

Tunggu update Mommy selepas entry ini ya?

32 thoughts on “YAHOOOO!! INDIA, HERE I COME!! | KEMBARA QASEH ZY PHYTO KE KASHMIR (EPISODE 1)”

  1. Omg speechless giler, cantik kot. Bertuah nya kShe. Tudia kawalan dia ketat na tapi sebenarnya bagusla. Samurai wifi tu leh guna word wide tak sis?

  2. ketat sekuriti kat India ni rupe yer. menarik la baca entry ni, tak sabar nak baca sambungan. teringin gak nak jejakkan kaki ke India satu hari nanti..

  3. Seronoknya baca, memang rezeki She dapat ke sana. Moga akak ada rezeki jugak, nak sangat pergi Taj Mahal.

  4. bestnyaaa lah haii pergi kashmir ni. hope onf find day dapat pergi.
    bagus entry ni. boleh buat rujukan pergi sana

  5. Banyak kawan saya yang cakap India banyak tempat kotor sangat. Udara pun tidak segar. Tapi travel sungguh seronok juga sebab banyak tempat mempunyai permandangan yang indah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge