CHECKLIST KE INDIA, ADA MUSIM SEJUK, ADA MUSIM PANAS. INI TIPSNYA.

CHECKLIST KE INDIA | Punya lah unik cuaca ni tau. Mommy travel seminggu ke India baru-baru ini. Dan kelemahan Mommy adalah tak pandai nak prepare cincai. Seboleh-bolehnya, Mommy nak angkut 1 almari ke sana. Haaa. Boleh tak? Kalau tahu musim sejuk beku sahaja, senang sikit. Kalau mix mix ni, aduhai.. Otak automatik fikir nak salin salin baju hahahaha..

Jom Mommy kongsi apa yang Mommy bawa ke India baru-baru ini bersama #KembaraQasehZYPhyto.

Tempat yang dilawati di India pada Mac 2018

  • New Delhi – High Commission of Malaysia, ND – Jama Mosque – Kingdom of Dreams

CHECKLIST KE INDIA - KASHMIR - AGRA (1)

  • Kashmir – Dal Lake – Gulmarg

CHECKLIST KE INDIA - KASHMIR - AGRA (1)

  • Agra – Taj Mahal

CHECKLIST KE INDIA - KASHMIR - AGRA (1)

CHECKLIST KE INDIA

Serabut macam masa Mommy buat checklist ke New Zealand juga. Tak dapat nak fikir musim macam mana. Tengok kat google, macam panas. Macam sejuk. Eh.. Musim dia macam mana ni..

Jadi bulan Mac ni, Mommy simpulkan 2 musim. Panas & Sejuk. Haha.. New Delhi & Agra – Panas dan Kashmir – Sejuk! Mommy travel selama seminggu iaitu dari 7 Mac sehingga 13 Mac 2018 bersama #KembaraQasehZYPhyto.

CHECKLIST KE INDIA - KASHMIR - AGRA (12)

1. PASSPORT & VISA

Pastikan perjalanan korang sah & tidak disekat mana-mana masalah yang berkaitan Imigresen. Terutamanya yang ada hutang dengan PTPTN. Nak check samada korang ada masalah atau tidak, korang boleh ke laman web Imigresen (http://sspi.imi.gov.my/sspi/) dan check samada korang dah kena blacklist atau pun tidak. Nak renew passport pun tak lepas kalau kena blacklist, tahu?

Untuk ke India, korang perlu apply Visa. Apply je online. Lebih mudah dan cepat juga bila beratur di Imigresen India nanti.

2. TRAVEL INSURANCE

Insuran perjalanan. Kalau dah jauh tu, Mommy nasihatkan belilah Insuran perjalanan korang. Macam Mommy hari tu, Mommy direct beli kat Mahsuri Travel Kuala Lumpur yang bawa #KembaraQasehZYPhyto travel ke India ni. Harga cuma RM59.

3. TIKET FLIGHT

Pastikan lah korang beli sebelum travel. Haha. Tak beli kalu, korang nak pergi macam mana.. Alhamdulillah. Mommy tak perlu fikir part ni. Syukur. Terima kasih ZY Phyto.

4. PAKAIAN

Bab pakaian ni, Mommy lalui 2 cuaca. Panas & Sejuk. Di New Delhi tu, siap berbaju kurung biasa jer.. Hehe.. Memang panas. Kat Agra pun sama. Taj Mahal di Agra tau. Berpeluh-peluh sampai kena mandi. Tapi tidak di Kashmir. Sejuk. Pergi pula ke Gulmarg, memang sejuk ler. Untuk tak tahan sejuk tu, boleh prepare seperti di bawah :

  • Jaket / Winter Coat
  • Inner / Longjohn
  • Sarung tangan (leather & wool)
  • Tshirt
  • Jeans
  • Socks
  • Muffler
  • Snowcap
  • Salinan pakaian waktu panas ala-ala di Malaysia
  • Tudung jenis tak perlu iron

5. KASUT

Kalau boleh bawa je spare. Maksudnya, lebih dari 1. Kasut yang diperlukan ialah sport shoes (yang jenis kalis air lagi bagus). Kalau musim sejuk pula, better jenis tapak yang mencengkam. Silap-silap jatuh sebab licin. Masa di Gulmarg, kami ada sewa kasut Pua Chu Kang. Siap suh lipat kasi nampak stylo sikit. Kos untuk masuk Gulmarg, naik sledge dan sewa kasut, rs1800.

CHECKLIST KE INDIA - KASHMIR - AGRA (14)

6. TRAVEL PACK COSMODERM

Ingat Travel, Ingat Cosmoderm! WAJIB ok. Sebab dalam travel pack ini, semua dah lengkap.

CHECKLIST KE INDIA - KASHMIR - AGRA (9)

Oleh kerana cuaca yang kejap panas, kejap sejuk, Vitamin E Cream sangat diperlukan untuk wajah korang untuk elak kering. Mommy dah risau sebab takut luka bibir, Vitamin E ni pun boleh jadi pelembap bibir tau. Menarik kan?

Mommy punya tahap alergi boleh tahan lagi. Tapi kalau tiba-tiba dia menyerang, menggaru la jawabnya. Mujurlah Mommy dah siap-siap bawa travel pack ni, boleh la Mommy guna Magic Body Lotion tu. Nyaman je dengan efek cooling tu.

Sabun pun ada haa. Mudah jer.. Terus rasa macam mandi kat rumah. Lengkap.

Pencuci muka dan BB Cream pun berguna untuk Mommy. Dah jimat space, tak perlu angkut sunscreen lain dah..

Deep Heat Lotion pun Mommy bawa sebab memang cepat lenguh pula Mommy kat sini. Leh juga sapu-sapu time Mommy sejuk waktu malam.

CHECKLIST KE INDIA - KASHMIR - AGRA (14)

Sebab tu Mommy nasihatkan korang yang nak travel, sila bawa travel pack Cosmoderm ye. Boleh dibeli di laman web Cosmoderm atau di Watson/Aeon Wellness terpilih atau dengan sahabat Mommy @saidila.

7. HAND WARMER

Beli je kat Daiso. Sangat berguna juga di Kashmir. Letak dalam poket, korang ramas-ramas je. Nanti warm la tapak tangan tu. Bukankah bersedia itu lebih baik dari menyesal? Hehe..

CHECKLIST KE INDIA

8. TOILETRIES & TOWEL

Bawa peralatan mandi walaupun tempat penginapan korang mungkin sediakan sabun & syampu. Mommy tetap bawa my fav sabun & syampu untuk keselesaan diri walaupun bersaiz comel. Nasib sabun dah ada dalam Travel Pack Cosmoderm tu.. Towel pun Mommy bawa sebab tak yakin dengan towel yang ada. Haha. Itu Mommy la. Tak perlu la bawa yang tebal-tebal. Beli je towel travel quick dry macam di Decathlon tu.

9. UBAT-UBATAN

Mommy bawa ubat-ubatan walaupun Mommy yakin Mommy sihat. Ada yang pesan siap-siap, jangan makan food street. Sebab kebersihan kurang dijamin. Mommy cuma makan di tempat penginapan sahaja. Alhamdulillah.. Tiada masalah.

Peppermint Young Living Essential Oil memang berguna untuk Mommy. Perjalanan ke Gulmarg memang challenging juga. Mommy tak dapat buka mata sebab takut mabuk. Ok tak rasa lagi masa naik. Tapi, otw turun, Mommy dah mula tak selesa. Serba tak kena. Boleh tahan lagi lepas sedut Peppermint. Tapi, akhirnya vomit juga sebab jalan pusing-pusing ni, Mommy memang lemah. Huhu..

CHECKLIST KE INDIA - KASHMIR - AGRA (15)

10. MAKANAN (BEKAL)

Ada bawa makanan spare iaitu Minz Sambal Hitam Pahang. Makanan di India, terutamanya di Kashmir memang superb. Tak perlu risau bagi peminat kari. Setiap hari akan ada kari dan capati. Cuma, Mommy ni ada limit juga bab kari ni. Cepat boring. Mujurlah ada sambal hitam ni. Lalu semula nak makan nasi. Haha

CHECKLIST KE INDIA - KASHMIR - AGRA (17)

Bab Coffee pula, Mommy ada cuba Coffee ZY Phyto ni. Memang best. Kopi kesihatan lagi. Tiap-tiap hari Mommy bancuh untuk roomate sekali. Tak susah pun. Tak perlu tambah gula.

CHECKLIST KE INDIA - KASHMIR - AGRA (16)

11. GADGET STUFF

Abadikan kenangan korang di sana dengan gambar-gambar yang indah. Maka, di sini, gadget seperti kamera (kamera handphone pun ok) sangat penting.

Jangan dilupakan perkata lain seperti :

  • charger kamera
  • cable usb (beli extra in case rosak sebab selalu guna)
  • powerbank
  • plug extension (wajib bawa sebab korang nak caj banyak item dalam satu2 masa, jangan malas bawa)
  • selfie stick
  • hard disk / OTG (external usb storage) untuk save gambar
  • travel adapter (2 pin)
CHECKLIST KE KASHMIR
beli kat DIY jer

12. BOTOL KOSONG

So far, Mommy selesa je toilet di tempat yang Mommy pergi. Jadi botol kosong yang Mommy bawa, memang tak guna pun di toilet. Semua toilet ada paip air. Toilet wanita memang bersih. Tak pasti toilet lelaki. Hahaha..

13. TISU BASAH

Bawa je sebab kadang-kadang ada gak kekotoran yang kita TER sentuh. Mana tahu.. So far, Mommy tak sempat guna pun. Kat toilet pun ada paip air kalau nak membuang. Hehe..

14. TUKARAN MATA WANG

Mommy pergi tukar duit di Jalan Bukit Bintang. Kadar tukaran mata wang masa tu ialah : 100 rupees = RM6 lebih kurang.

CHECKLIST KE INDIA - KASHMIR - AGRA (18)

Shopping di India memang ada tips & trick dia. Mommy akan cerita details nanti di entri yang lain. Apa pun, kena bijak shopping di sini. Tawar menawar jika betul-betul berminat.

15. LUGGAGE

Luggage, bawa la yang berkualiti. Dan jangan terlalu padat isinya sebab Mommy yakin, korang akan tambah kuantiti bila datang ke sini. Sari tu haaaa.. Penuh beg. Aci kerat kuku punya. Hahaha. Kos untuk wrap di Malaysia, RM13. Di IGIA (Indira Gandhi International Airport) pula rs350, lebih kurang RM21. Huhu..

16. BARANG TERLARANG

Larangan seperti bateri, item berbahaya dan tajam. Untuk hand luggage pula, item seperti gel, liquid atau seangkatan dengannya tak boleh ye. Yang bawa powerbank, sila letak dalam hand luggage.

17. KOS AKTIVITI & ITINERARY

Itinerary #kembaraqasehzyphto memang unik bagi Mommy. Ini bukan jalan-jalan biasa. Jalan-jalan yang penuh inspirasi. Dalam santai mengembara, Mommy lalui pengalaman hebat dengan aktiviti mulia Yayasan Qaseh ZY Phyto ini. Aktiviti seperti mewakafkan Telekung Siti Aishah di masjid-masjid tempatan dan wakil penduduk, betul-betul membuka mata Mommy. Ini rare. Tak seperti trip-trip Mommy yang lain. Kegigihan mereka untuk memastikan telekung yang diwakafkan ini sampai ke tangan yang tepat. Syukur. Nawaitu tercapai. Tahniah juga buat Kak Mala, wartawan Utusan yang juga pengurus projek Telekung Wakaf Siti Aishah ini. Yang berminat untuk turut wakafkan telekung Siti Aishah ini, boleh hubungi beliau sendiri (@Normala Hamzah) kerana next trip mereka di Filipina pula nanti..

CHECKLIST KE INDIA - KASHMIR - AGRA (20)

Untuk kos aktiviti, Mommy cuma sediakan untuk ke Gulmarg. Terima kasih ZY Phyto kerana menaja Mommy sepenuhnya untuk aktiviti lain.

18. SIMKAD & SEWA PORTABLE WIFI

Tanpa internet, hidup rasa sepi. Itulah ‘nyawa’ sebagai blogger. Korang juga boleh sewa pocket wifi Samurai Wifi, oleh VisonData.  checklist ke India

CHECKLIST KE INDIA - KASHMIR - AGRA (3)

Kalau rasa tak cukup, boleh juga beli simkad di sana. Jenama yang famous adalah AirTel. Cuma, di Kashmir, Mommy terpaksa bergantung sepenuhnya wifi di houseboat.

19. PEN

Korang senang hidup kalau ada pen. Bukan susah pun. Letak je dalam handbag tu. Dalam flight, korang kena isi Arrival Card siap-siap. Kat kaunter Imig pun, kena isi details juga. Macam biasa lah kan. Form yang perlu isi seperti di mana kita stay semua tu..

20. AKSESORI

Seperti cermin mata hitam ke.. kalau yang jenis suka bergaya lah.

21. SEJADAH/TELEKUNG

Untuk wanita, elok la bawa telekung travel. Sejadah ikut tempat juga. Kalau takde sejadah pun, takde masalah. Islam tak bebankan kita. Guna je apa-apa kain yang bersih.

22. NOVEL

Atau apa-apa jua bahan bacaan untuk mengelakkan kebosanan. Itu pun kalau bosan. Pergi dengan #KembaraQasehZYPhyto, kami naik MAS. Apa lagi, layan movie laaa.. Banyak juga movie latest yang Mommy layan. Hehe

23. PEMILIHAN TRAVEL AGEN YANG BETUL

Mommy dan team #KembaraQasehZYPhyto bekerjasama dengan travel agen Mahsuri Travel Kuala Lumpur. Bagi Mommy, itinerary mereka memang menarik dan Mommy puas hati. Penginapan, makanan, aturan tempat yang dilawati pun semua menarik. Takde pula yang tak puas hati. Lagipun, Mahsuri Travel boleh dikatakan travel partner tetap #KembaraQasehZYPhyto. Thumbs up buat Puan Mazita yang super sporting. Miss u already, kak!

CHECKLIST KE INDIA - KASHMIR - AGRA (19)

Terima kasih untuk peluang kembara ini. Macam-macam pengalaman yang Mommy dapat kutip. Tunggu Mommy update aktiviti Mommy dan team di sana ya.. Moga Checklist ke India ini juga membantu sedikit sebanyak mereka yang nak travel. Inshaa Allah.

16 thoughts on “CHECKLIST KE INDIA, ADA MUSIM SEJUK, ADA MUSIM PANAS. INI TIPSNYA.”

  1. menarik juga.. haha bulan dpn nk g jogja .. or semarang or solo .. backpack tkde guna tour guide. ahaha harap tak sesat la . menarik sungguh india. kena pergi bawa laki la.. hahaha kalau single ni tkut kena kidnap lak sebab lisa begitu comel . wakakkaa. thanks tuk tips ni

  2. seronok baca tips ini.Terimakasih mommy she.Tak sabar nak tunggu tips membeli belah india pula.

  3. Thanks sharing tips menarik. Lama sungguh tak renew buku merah n travel oversea. Ceklist yg sgt berguna bila nk g holiday india nnt

  4. Ai pun jenis kalau boleh semua benda nak bawa.. Kalau almari tu boleh lipat dengan almari nak bawa..

  5. salam kak shehan
    bestnyer dpt p india..
    thanks juga share checklist..bole guna utk travel ke mana-mana pun,kan =)

  6. Bagusnya checklist she ni…boleh guna senarai ni utk negara lain juga kan…hand warmer dan bermacam lg lah…teruja juju tgk Gulmerg tu bersalji habis…kasu tpua chu kang tu siap lipat lg haaa terus nampak stylo x nampak cheap pun hehe bijak2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge