KEKASIH PAKSA RELA DAH NAK HABIS, DRAMA TIADA ARAH JODOH KITA PULAK GANTI.. NAK LAYAN JUGA KE??

Isnin ni, iaitu esok (12 Feb 2018), adalah hari terakhir episod Drama Kekasih Paksa Rela lakonan Remy Ishak (Am), Intan Najuwa (Hanan Khaira) & Ain Edruce (Kak Rosnaida). Setelah hampir setahun rumah Mommy tiada tv, dan hujung tahun lepas, Mommy dapat rezeki tv percuma (ye..syukur alhamdulillah..), inilah drama pertama yang Mommy layan. Tersangkut setiap petang pulak tu.

KEKASIH PAKSA RELA DAH NAK HABIS!!!

Kisahnya simple. Am ni dah kahwin dengan Kak Ros. Tapi, Kak Ros ni menantu yang tak disukai oleh ayah Am (sebab dorang kahwin lepas belajar tanpa izin ayah Am). Macam-macam cara dah dibuat, tapi tetap menantu dan bapa mentua ni tak boleh nak kawtim dah. Haha.. Lepas tu, Kak Ros ni jenis wanita kental sikit. Apa yang dia rasa nak buat, dia akan buat. Jadi, dari idea melihat kawan dia pergi belajar di luar negara, dia pun nak buat benda sama. Maka, Kak Ros pun pergilah belajar di luar negara dan taknak balik Malaysia. Kesepian lah Am ini.

SINOPSIS Kekasih Paksa Rela

Am ni ada kawan baik (PA) dia, namanya Daus. Nak dijadikan cerita, suatu hari, si Hanan Khaira ni mencuri di satu kedai runcit. Mommy potong cerita sikit, Am ni tolong la bayarkan semuanya sebab nak tolong si Hanan ni. Dia pelik kalau lapar pun, kenapa alat tulis pun dicurinya. Jadi akhirnya, dengan bantuan Daus, Am dapat la semua info pasal Hanan Khaira ni termasuk lah mengenai bapa tirinya, Hazman yang jahat tu! Niat asal nak tolong bebaskan Hanan Khaira dari bapaknya yang jahat tu, si Pakcik Am ni kahwin la dengan si Hanan ni. Oh ya.. Hanan panggil Pakcik Am sebab Hanan kan pelajar STPM, Am pula tua dari dia. Sebab tu kalau korang tengok, ada orang guna hashtag #teampakcik. Hihi.. Dipendekkan cerita lagi, mula-mula masing-masing tak de perasaan, lama-lama bercinta juga. Dan hari ulang tahun syarikat, Kak Ros balik secara tiba-tiba. Haaa. Sekarang ni dah kantoi dah Hanan tu isteri kedua Am. Korang rasa.. esok jadi macam mana? Am kena cerai salah sorang atau mereka bahagia berpoligami?

Mommy akan update last cerita di sini nanti : Am & Kak Ros bercerai juga. Sebab Kak Ros tetap tak boleh terima hidup bermadu. Dia takut dia jadi selfish. Maka, hiduplah Am & Hanan sambil menunggu baby bakal lahir tak tau bila. Kihkih..

Oh memandangkan esok adalah hari terakhir drama ini, maka Mommy pun tercari-carilah apakah drama yang akan menggantikan Kekasih Paksa Rela ni. Rupanya, sekali lagi, si Shukri Yahya akan berlakon. Baru-baru ni dia hot dalam drama pukul-pukul bini tu kan? Mommy dengar cerita lah. Hahaha.. Tak tengok pun.

DRAMA TIADA ARAH JODOH KITA (TV3) 2018

SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA

Drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara akan mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dibawah terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Pelakon terlibat ialah Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson. Tayangann bermula 13.2.2018 jam 7 petang, setiap Isnin hingga Khamis.

WATAK PELAKON TIADA ARAH JODOH KITA

  • Shukri Yahaya sebagai Megat Aathif
  • Aprena Manrose sebagai Afia Awliya
  • Hafeez Mikail sebagai Megat Wakeel
  • Erwin Dawson sebagai Fayyad Syakir

SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA

Kisah ketabahan Afia Awliya yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Megat Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah.

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

Uishhhhh. Macam menarik juga. Aduh.. mak-mak sangat la pula dok melayan drama je sekarang ni. Hahahahaha.. Tapi kan.. Tapi kan.. mujurlah TV3. Sebab Asterok dah lama potong. Hahahaha..

2 thoughts on “KEKASIH PAKSA RELA DAH NAK HABIS, DRAMA TIADA ARAH JODOH KITA PULAK GANTI.. NAK LAYAN JUGA KE??”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge