RAWAT ULSER DENGAN PLANTA? BIAR BETUL?

RAWAT ULSER DENGAN PLANTA BIAR BETUL (3)
Jom makan!

Betul atau tidak. Itu antara ikhtiar Mommy yang terbaru. Hahahaha. Ini kisahnya kalau kau seorang pemalas nak teguk air kosong. Gigi pula berlapis. Tergigit, haaa merasa laaaaa mata ikan / ulser lepas tu. Seksa tak payah cakap.

Ulser tu, nama je lubang kecil, tapi dia punya pedih, amboi sangat!!

Nah yang terbaru, 2 biji sekaligus. Dah la atas bawah tempat yang sama dalam mulut tu. Sampai bengkak la rasanya bibir ni. Haishhhh..

Nak makan pun seksa rasa. Bibir automatik jadi kering. Huwaaaaaaaaaaaa. Dah minum air masak banyak dah. Besar pulak kau yer, ulser! Haish..

Selalunya Aloclair berkesan untuk rawat ulser, tapi kali ni macam dah tak ‘lut’. Ermm..

Apa lagi nak buat?

Petua yang orang selalu guna :

  1. Kumur air garam
  2. Sapu madu
  3. Sapu oral aid
  4. Tuam ais

Tapi Mommy tak buat. Hahahaha. Seram kumur air garam tu. Madu ok lagi. Oral aid, ermmm sebab ada Aloclair dah. Macam tak berkesan pula kali ni.

Kemudian, Mommy dapat saranan dari @mamakembartiga untuk cuba Planta.

PLANTA?? RAWAT ULSER DENGAN PLANTA?

Mommy pernah dengar petua ni dari sahabat Mommy dulu masa di UIA. Dia memang sangat kerap ulser. Kejap-kejap ulser. Tak paham juga sebenarnya. Pernah teruk sangat sampai tak nak makan. Sebagai sahabat, takkan Mommy nak abaikan dia. Sanggup Mommy rempit bawa dia pergi makan bubur. Asalkan dapat makan. Huu. Rindu kau wahai sahabat! Mana kau menghilang? Oh ya.. memandangkan dia selalu jadi ulser, dia pernah sarankan guna Planta. Tapi Mommy tak pernah ambil serius. Sebab masa tu selalu guna Oral Aid. Kemudian bertukar ke Aloclair pula.

Tapi kali ni, macam Mommy cerita tadi, Aloclair pun dah lambat beri kesan dengan kedegilan Ulser kali ni. Hmmm. Jadi, Mommy dengan tekunnya minta petua guna Planta tu.

RAWAT ULSER DENGAN PLANTA BIAR BETUL (3)
Cara mudah sangat rupanya. Petua ini mungkin berkesan bagi korang, mungkin juga tak berkesan. Tapi, sakit punya pasal, tak salah nak cuba kan? Cuma ambil sedikit dan sapu di bahagian ulser. Tak lekat? Sebab berminyak. Mudah je, ambil seketul dan biar kat tempat tu. Pastu kunyah la kalau lapar sangat. Hahaha. Mommy sapu kat bibir sekali. Alang-alang kering. Dah macam nak baking pula. Tinggal tak masuk bibir dalam oven jer.

Ok lah. Nak sambung urut-urut bawah dagu ni. Kalau korang jumpa ketulan kecil bawah dagu/leher kawasan ulser tu, korang picit2, tekan2 je ketulan tu. Mak Mommy pernah cakap, itu ‘ibu’ ulser. Rajin urut, cepat hilang juga. Haaa. Try la kalau kena ulser. Esok nak makan steak oiiii. Moga cepat sembuh. Kbai.

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge