BETUL KE TAK BOLEH SIMPAN TALI PUSAT??

Well.. pagi ni dikejutkan dengan 1 post viral mengenai Tali Pusat yang tak boleh disimpan. Korang simpan ke, tanam? Mommy? Actually Mommy simpan. Mommy simpan bukan setakat tali pusat yang dah luruh tu je. Tapi, kuku dan rambut anak-anak Mommy yang dipotong buat pertama kali.

BETUL KE TAK BOLEH SIMPAN TALI PUSAT 6
Ok jap Mommy screenshot sini entri viral tu..

BETUL KE TAK BOLEH SIMPAN TALI PUSAT??

Serius. Mommy pun terkejut dengan post hukum simpan tali pusat ni. Korang baca lah sendiri.. Betul kah? Kalau macam tu, Mommy nak kena tanam lah ye?

KALAU NIAT TU TAK BETUL.. SALAH LA!

BETUL KE TAK BOLEH SIMPAN TALI PUSAT??

Tujuan khurafat tak boleh. Mungkin kita tak terfikir lah buat semua tu. Tapi yang selalu Mommy dengar, simpan untuk eratkan hubungan sesama adik beradik. Itu yang selalu Mommy dengar. Itu pun tergolong dalam kepercayaan yang ‘tidak betul’ la kan?

SIMPAN BUAT KENANGAN

Sejujurnya, Mommy memang niat simpan untuk buat kenangan. Kenapa? Mommy adalah seorang boleh dikategorikan collector dalam apa jua benda. Contohnya syiling, kamera lama, wang kertas lama, setem, dan macam-macam lagi. Yang kenal Mommy, tahu hobi Mommy tu.. Dan bila melibatkan anak, dah tentu Mommy dah well prepared untuk buat simpanan dengan sebaiknya. Setiap perkara terutama ketika anak-anak Mommy baru lahir sehingga 5 tahun pertama. Memang itulah habit Mommy.

BETUL KE TAK BOLEH SIMPAN TALI PUSAT 1

Semua nak simpan. Termasuk gambar-gambar penting pun lekatkan dalam record book mereka masing-masing.

BETUL KE TAK BOLEH SIMPAN TALI PUSAT 6

SEKARANG MACAM MANA? TANAM ATAU SIMPAN?

Kalau yang Mommy dengar soalan yang dikemukakan untuk ustaz Azhar Idrus “khurafat ke simpan untuk ditanam bersama anak-anak lain nanti?” UAI jawab “belum tentu lagi kan, dapat next anak ke tak, jadi sunat disegerakan tanam”. Untuk tujuan perubatan, UAI tak terus cakap haram, korang dengar sendiri. Tapi takde pula mention saja simpan kan? Ermm..

BETUL KE TAK BOLEH SIMPAN TALI PUSAT 6

Dan kalau dari segi pembacaan post fb tu pun, katanya kena tanam. Tapi bergantung kepada niat Mommy semula, iaitu sekadar untuk simpan, macam mana? Apa perlu Mommy buat sekarang? Ermmm. Ada tak ustaz/ustazah yang boleh nasihatkan Mommy? Salah ke simpan buat kenangan? Tiada niat lain..

3 thoughts on “BETUL KE TAK BOLEH SIMPAN TALI PUSAT??”

  1. Akak pun simpan sebagai kenangan. Tali pusat yang akak 7 beradik pun ada je arwah mak simpan, sampai skrg elok je dok dalam botol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge