TIPS TONTON WAYANG DENGAN ANAK-ANAK

Pernah tak korang bawa anak-anak tonton wayang? Mommy setakat ni, dah banyak kali juga. Tapi, tak la kerap. Sebab? Mommy cuak, kalau anak-anak tak bagi kerjasama. Bukan tak boleh nak bawa, cuma ibu bapa kena bijak sikit handle.

Ok meh Mommy nak kongsi tips untuk korang yang teringin bawa anak-anak tonton wayang.

1. Faham dan tahu tujuan ke panggung wayang

Sebaiknya kita perlu pastikan anak-anak kita faham terlebih dahulu tentang apa tujuan kita ke panggung wayang. Dan masa tu, segala nasihat perlu dicurahkan dan diingatkan berkali-kali sampai anak pula warning jangan remind banyak kali. Hahaha. Mommy la tu. Ok, bab Hannah Damia, dia memang faham dan patuh dengan syarat yang Mommy berikan. Paling penting, dia perlu tahu yang dia wajib diam ketika dalam panggung. Kecualilah filem komedi. Takkan nak diam jugak! Hehe..

2. Selesa dan bersedia

Pastikan anak kita selesa dan bersedia, contohnya mereka telah dibawa ke tandas terlebih dahulu untuk tunaikan hajat masing-masing. Kalau yang kecil tu, tukar diaper dorang siap-siap. Jangan biar kebasahan.

3. Makanan

Beli makanan yang sesuai sebelum masuk panggung. Mommy faham, harga makanan kat panggung wayang tu kemain mencekik. Haih. Tiket pun mahal. Tapi, dah kita yang pergi cari dia, tabah la. Jadi, penyelesaian untuk isu ini, pastikan korang dah makan terlebih dahulu, dan kalau boleh makan berat terus. Pandai-pandailah korang bajet masa. Makan dekat-dekat dengan masa tayangan movie tu.

Anak-anak ni, kalau perut kenyang, kurang sikit meragam. Atau kalau dah mula merengek semacam je dalam panggung tu, sumbat aje lah dengan makanan. Cuma, satu je Mommy harapkan dari panggung wayang ni. Tolong sediakan pilihan makanan yang sihat sikit. Banyakkan pilihan selain popcorn, nugget, keropok semua tu. Huhu.

4. Pakaian sesuai

Pastikan korang bersedia bab pakaian ye. Kadang-kadang, aircond panggung wayang ni maha sejuk. Kadang-kadang pula, biasa je. Kalau yang bawa anak pada waktu malam tu, pakaikan je stokin siap-siap dari rumah. Bawa juga sweater nipis. Jangan pula pakai seksi sangat Nanti dia sejuk, kita pula tak bersedia, dia ajak keluar atau meragam teruk sampai korang kena keluar, siapa yang rugi? Anda dan keluarga anda juaaaa. Hehe..

TIPS TONTON WAYANG DENGAN ANAK-ANAK

5. Tempat duduk

Kalau anak korang ada potensi nak meragam, pilihlah tempat duduk yang tepi atau hujung. Jangan pilih tengah-tengah. Sebolehnya yang korang boleh keluar anytime la. Dibuatnya meragam 5 minit sekali, korang pula duduk tengah, haaaa.. acaner nak buat tu?

6. Filem yang tepat

Yaaaa. Kalau anak yang ‘faham bahasa’ dan boleh patuh dengan arahan korang untuk berkelakuan baik sepanjang dalam panggung wayang tu, dikira takde masalah la pergi tonton wayang serius pun. Anak-anak Mommy ni, buat masa sekarang, boleh tolerate filem animasi. Kalau filem serius yang ada ‘orang’ ni, memang merisaukan juga la. Kena bijak pilih filem. Contohnya baru ni pergi tonton Jumanji, masing-masing ok walau di akhir-akhir cerita tu, adik dah mula bercakap. Tapi, bila tonton Star Wars, aduhai… Mencabarnya. Nak makan la. Nak tengok handset la. Last-last bagi juga handset, dim lampu, tutup suara, duduk jauh dari orang. Asalkan tak meragam, menjerit atau ganggu orang. Haish.

TIPS TONTON WAYANG DENGAN ANAK-ANAK

Semoga tips di atas membantu serba sedikit lah ye. Rugi pula kalau tak dapat tonton movie best, anak-anak pula takde siapa yang boleh tolong jaga. Huhu. So, 2018, movie yang tak sabar Mommy nak tonton ialah Alita : Battle Angel. Macam best jer!

2 thoughts on “TIPS TONTON WAYANG DENGAN ANAK-ANAK”

  1. lama tak tngok wayang. pertamakali bawak fariza tengok wayang masa previe upin ipin under blogger..hahaha..kalau nak bawk dia lagi kene tengok ceriat kartun ler

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge