DAH MASUK TAHUN 2 DAH.. GOOD LUCK HANNAH DAMIA!

Sedar tak sedar, cuti sekolah pun dah tamat. Dah masuk sekolah dah pun. Siap dapat buku teks dah. Punya lah laju masa berlalu..

Sedar tak sedar, anak Mommy dah masuk tahun 2 dah. Tahun ni dapat masuk kelas 1st. Erm.. Sebenarnya Mommy gerun. Mommy gerun kalau-kalau Mommy secara tak langsung bagi tekanan kat Hannah.

Ok.. kalau korang la, yang pentingkan bab pelajaran anak, apa KPI yang dorang patut achieved?

Korang nak tahu tak, group whatsapp kelas memang ada. Dari tahun 1 lagi. Tapi, masuk tahun 2 nih, dia punya aura lain macam. Sangat takut kalau tertinggal. Cikgu pula memang laju remind about kerja sekolah segala. Fuh. Stay calm, Mommy!

Ye lah.. kalau semua gigih semacam je, Mommy pun secara tak langsung, terikut juga lah.

Dan ada antara sahabat-sahabat maya Mommy selalu berbincang pasal anak dari tahun 1 lagi. Selalu diskas tentang exam anak-anak, supaya masing-masing ready. Sekarang, Mommy dah create group whatsapp untuk parent tahun 2. Korang berminat? Whatsapp Mommy laa.. Make sure korang ada anak tahun 2 jer.

DAH MASUK TAHUN 2 DAH.. GOOD LUCK HANNAH DAMIA!

Malam tadi, setel separuh buku teks dan buku aktiviti. Pelik juga, macam banyak lagi belum dapat. Parent dalam kelas Hannah pun alert, siap listkan apa yang ada dan tak ada. Haha. Seram weh.. Depa ni anggap macam UPSR tiap-tiap tahun kah. Adeh..

DAH MASUK TAHUN 2 DAH.. GOOD LUCK HANNAH DAMIA!

Jadual pun dah buat comey-comey dah.. Apa pun, kita sama-sama usaha ya kakak. Darab dan bahagi pun dah ada mulai tahun 2 ni. Fuh.

3 thoughts on “DAH MASUK TAHUN 2 DAH.. GOOD LUCK HANNAH DAMIA!”

  1. Sama dengan Qoid. Kalau Lynda, takda nak harap apa sangat. Tapi sebab berada di kelas pertama ni tekanan tinggi sikit lah kan utk dia belajar dan bersaing. Nak kena hafal sifir dah kak She darjah dua ni..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge