KENAPA KENA GUNA MAKEUP REMOVER WALAUPUN TAK MAKEUP?

COSMODERM VITAMIN E MAKEUP REMOVER

Cosmoderm Vitamin E Makeup Remover Penting Walau Tak Makeup? | Sebelum ini Mommy dah kongsi tentang langkah asas penjagaan muka ketika waktu siang. Dari penggunaan pencuci muka yang betul, sehinggalah memilih sunscreen yang tepat untuk jenis kulit kita.

Ok kalau untuk rutin waktu malam pula, macam mana? Masih sama aturannya, cuma ada beberapa tambahan rutin.

PENJAGAAN WAJAH DI MALAM HARI

  • Step 1 – Pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit.
  • Step 2 – Toner diperlukan untuk membantu menutup pori selepas mencuci dan turut membantu sekatakan warna kulit.
  • Step 3 – Serum Anti Jeragat (Spot Treatment) (untuk hilangkan jeragat, jika ada).
  • Step 4 – Serum muka
  • Step 5 – Eye Gel Treatment untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata
  • Step 6 – Pelembap / Krim malam

TAPI SEBELUM BUAT LANGKAH DI ATAS, ADA 1 LAGI LANGKAH PALING PENTING???

Selepas seharian makeup, takkan tak nak cuci dahulu? Atau untuk yang tak makeup sekalipun, korang perlu ambil tahu langkah ini!

COSMODERM VITAMIN E MAKEUP REMOVER (5)

Mommy nak kongsi produk PALING PENTING untuk wajah kita. Iaitu MAKE UP REMOVER. Penting sangat walaupun kita cuma memakai bedak nipis. Penting sangat walaupun kita langsung tidak memakai apa-apa makeup! Haaaa. Nampak tak Mommy tekankan tentang PENTING SANGAT MAKE UP REMOVER ni. WAJIB ADA dalam koleksi korang juga tau.

Salah satu sebabnya sudah pasti untuk membersihkan liang-liang pori daripada tersumbat di samping merawat semula kulit kita jika produk yang dipilih itu adalah tepat dan mempunyai vitamin untuk kulit.

Ada yang tanya Mommy.. Mommy guna makeup remover brand apa untuk tanggalkan semua makeup Mommy. Ada yang rimas sebab produk yang mereka gunakan berminyak dan buat mereka tak selesa.

Ada yang harap nama je Makeup Remover, tapi tak berjaya pun hilangkan make up. Silap-silap, naik jerawat pula. Oh sungguh menakutkan..

Ada pelbagai jenis makeup remover di pasaran. Antaranya berbentuk gel, krim, wipes, minyak dan macam-macam lagi. Tapi, apakah pilihan korang tepat dan dapat menghilangkan makeup dan kotoran sepenuhnya?

COSMODERM VITAMIN E MAKEUP REMOVER

Haaaa. Akhirnya, Mommy dah jumpa Makeup Remover yang sesuai dengan Mommy. Ini dia.. Cosmoderm Vitamin E Makeup Remover dalam bentuk cecair.

COSMODERM VITAMIN E MAKEUP REMOVER (5)

Betapa Mommy risau, jika tidak dicuci sebersihnya kulit muka kita ini, segala kotoran akan menyebabkan pori tersumbat dan sekaligus merosakkan kulit wajah.

5 SEBAB MOMMY PILIH COSMODERM VITAMIN E MAKEUP REMOVER

COSMODERM VITAMIN E MAKEUP REMOVER (2)

  1. Bukan sekadar untuk hilangkan makeup, tetapi wajah kita perlu dicuci untuk hilangkan segala kotoran termasuk dari persekitaran melalui udara.
  2. Bukan sekadar untuk hilangkan makeup di MUKA, ia juga boleh digunakan di kawasan MATA dan BIBIR!! Wah.. ini sangat bagus!!
  3. Juga membantu kecutkan kantung minyak
  4. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit untuk kekal lembut berseri
  5. Ia sesuai untuk semua jenis kulit & kulit sensitif

PENDAPAT MOMMY TENTANG COSMODERM VITAMIN E MAKEUP REMOVER

  • Bau dia best dan lembut. Bila Mommy sapu di wajah, Mommy tidak rasa sebarang reaksi seperti pedih.
  • Sangat mudah tanggalkan mekap, kecuali mekap yang high pigmented, korang perlu tekan lebih kuat sikit dan ulang.
  • Tak rasa berminyak bila digunakan. Mommy cuma perlu bilas dengan air dan cuci dengan pencuci muka seperti biasa.
  • Botol yang kecil dan muat dalam beg tangan, akan mudahkan pergerakan Mommy ketika travel dan boleh digunakan untuk cuci makeup sebelum solat.
  • Vitamin E akan membantu merawat kulit Mommy. Ini sudah untung.
  • Chamomile and Rosehip Oil merupakan bahan utama dalam makeup remover ini, bahan selamat dan halal lebih meyakinkan Mommy!
  • Harganya pula memang mampu milik, jadi tak rugi nak beli.
  • Tidak merengsakan kulit kerana pembersih ini berbentuk cecair, tidak seperti jenis wipes yang lebih kasar.

COSMODERM VITAMIN E MAKEUP REMOVER (8)

CARA PENGGUNAAN

COSMODERM VITAMIN E MAKEUP REMOVER (8)

Picitkan sedikit penanggal mekap ke atas kapas yang lembap. Sapu muka dengan lembut untuk menanggalkan mekap, minyak dan kotoran. Bilas dengan air. Mudah jer. Dah boleh tidur dan kulit pun dapat bernafas dengan baik..

Korang boleh dapatkan Cosmoderm Vitamin E Makeup Remover ini dari laman web www.cosmoderm.com.my. Atau melalui farmasi-farmasi terpilih seperti Guardian, Watson, Caring, Aeon Wellness dan banyak lagi.

Jangan lupa follow Facebook Cosmoderm dan Instagram Cosmoderm untuk info dan maklumat terkini mengenai produk Cosmoderm. Selamat mencuba!

15 Comments

  1. yang betulnya memang kena bersihkan guna makeup remover dulu baru basuh muka. tp tu la kadang lisa tak rajin. hahah sebab tu malas pakai maskara or eyeliner. benda dua tu kena pakai makeup remover baru betul2 bersih

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge