KETAHUI CARA HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA (DARK CIRCLES) & MATA BENGKAK (EYE BAGS) DENGAN MUDAH | EYE TREATMENT GEL COSMODERM

Pernah tak korang yakin keluar tanpa letakkan sebarang bedak di muka? Mommy tak. Huwaaaa. Bawah mata Mommy agak ketara ‘lebam’nya.. Itu dinamakan lingkaran gelap bawah mata kalau dalam bahasa betulnya. Huhu.

Sejak mula Mommy berhenti kerja sehinggalah sekarang, Mommy akui yang Mommy memang tidur tak menentu. Kalau malam tidur lewat jam 3-4 pagi, siang dapat lelap 5 minit pun jadi lah. Terus terang, jadi surirumah yang masih perlu bekerja dari rumah (WAHM), dan dalam masa yang sama menguruskan anak yang perlu ke sekolah, ke terapi, bukanlah sesuatu yang mudah. Hati terus rasa insaf, macam ni penatnya mak masa menjaga Mommy dan adik-beradik yang lain. Syahdu sekejap.

Mungkin ini salah satu faktor ‘lebam’ tersebut makin ketara, ditambah bengkak mata (eye bag). Aduhhhh..

KAWASAN MATA YANG PALING SENSITIF

Bila dah berusia ni, kulit pun dah makin berubah, terutamanya kawasan mata lah.. Dalam menjaga wajah kita ni, Mommy rasa part mata lah yang selalu orang ‘terlupa’ atau abaikan. Mungkin bagi kita, ia kawasan yang tak perlu dikacau.

KETAHUI CARA HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA (DARK CIRCLES) & MATA BENGKAK (EYE BAGS) DENGAN MUDAH EYE TREATMENT GEL COSMODERM (10)

Tapi, korang tahu tak.. kawasan mata lah adalah kawasan sensitif dan lembut dan mudah terhasil garis halus dan kedutan jika tidak dijaga dengan betul. Dan paling merisaukan, jika salah teknik penjagaan, akan muncul kutil (milia) kerana lebihan minyak yang terkumpul di situ.

Selain penggunaan produk yang tak betul, keletihan pun akan terpancar melalui kawasan mata. Bayangkan, dengan lingkaran gelap bawah mata tu, dah boleh ganti panda dah. Takkan la selama-lamanya nak harapkan MAKE UP?? Haishhhh.. Sebenarnya ada banyak lagi punca lingkaran hitam bawah mata ni terjadi.

OH TIDAK.. KALAU NAK CANTIK, KENA AMBIL TAHU!

Dan disebabkan itulah, penggunaan produk yang tepat sangat penting untuk dititikberatkan. Korang takkan rasa semua tu penting sehinggalah korang akan rasa kelainan di kawasan mata, jika perkara ini diendahkan. Trust me!

Haaa.. tau takut! Mommy pun takut weh! Sebab tu lah, Mommy syukur sangat bila dah jumpa 1 produk yang mampu tolong kita hilangkan lingkaran gelap bawah mata, bengkak mata dan kedutan halus ini. Syaratnya mudah! KONSISTEN!

KETAHUI CARA HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA (DARK CIRCLES) & MATA BENGKAK (EYE BAGS) DENGAN MUDAH EYE TREATMENT GEL COSMODERM (2)

EYE TREATMENT GEL – ANTI DARK CIRCLES COSMODERM

Yezza! Inilah produk yang Mommy maksudkan. Ia sangat mudah digunakan dan buat masa sekarang, dah lebih 2 minggu Mommy konsisten menggunakannya.

KETAHUI CARA HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA (DARK CIRCLES) & MATA BENGKAK (EYE BAGS) DENGAN MUDAH EYE TREATMENT GEL COSMODERM (4)

Eye Treatment Gel dari Cosmoderm ini sesuai untuk yang berkulit kering dan sensitif seperti Mommy. Gel rawatan ini diperkaya dengan Co-Enzyme Q10, kolagen dan ekstrak tumbuhan yang mampu mencerahkan lingkaran gelap bawah mata, mata bengkak dan garisan halus (kedutan). Ahah. Terbaik kan??

KETAHUI CARA HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA (DARK CIRCLES) & MATA BENGKAK (EYE BAGS) DENGAN MUDAH EYE TREATMENT GEL COSMODERM (4)

Antara kelebihan yang lain ialah :

  • Ia menyegarkan dan menyamankan kulit keliling mata kita
  • Ia menganjalkan kulit sambil hilangkan lingkaran gelap bawah mata
  • Teksturnya licin, tanpa minyak dan mudah diserap untuk melembabkan lapisan epidermis
  • Ia menggalakkan pengaliran darah keliling mata untuk elakkan bengkak dan lingkaran hitam
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita peringkat remaja dan dewasa
  • Kandungan yang hebat iaitu Co-Enzyme Q10, Aloe Vera, Cucumber, Horse Chestnut, Collagen, Chamomile, Licorice and Gingko Biloba
  • Semestinya produk halal dan selamat

CARA GUNA EYE TREATMENT GEL COSMODERM

Cara gunakan gel mata ini mudah sangat. Cuma sapukan secara lembut di bawah mata, urut dari dalam ke arah luar kawasan mata.

KETAHUI CARA HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA (DARK CIRCLES) & MATA BENGKAK (EYE BAGS) DENGAN MUDAH EYE TREATMENT GEL COSMODERM (9)

Cuma guna dua kali sehari, di waktu pagi dan malam pada wajah yang bersih. Jangan lupa cuci muka dahulu ye..

KETAHUI CARA HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA (DARK CIRCLES) & MATA BENGKAK (EYE BAGS) DENGAN MUDAH EYE TREATMENT GEL COSMODERM (9)

PENDAPAT MOMMY

Jika dibandingkan dengan cara tradisional seperti letakkan timun atau uncang teh di mata, tips guna sudu besi dan macam-macam lagi petua, Mommy lebih sukakan Eye Treatment Gel ni kerana cara menggunakannya lebih mudah. Tak perlu sediakan semua bahan-bahan tradisional tu dah.

Dengan teksturnya yang licin dan tidak berminyak, buatkan Mommy lebih selesa untuk terus konsisten menggunakannya. Tiada sebarang kesan reaksi atau alergi sepanjang penggunaan selama 2 minggu ini. Mommy kesan ada perubahan sedikit di bahagian bawah mata. Terutamanya kesan lebam, dah makin berkurang. Bayangkan kalau Mommy teruskan lebih lama.. Aduh.. Dah tak perlu bergantung kepada makeup sangat rasanya. Inshaa Allah.

KETAHUI CARA HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA (DARK CIRCLES) & MATA BENGKAK (EYE BAGS) DENGAN MUDAH EYE TREATMENT GEL COSMODERM (9)

Jika korang pun nak hilangkan lingkaran gelap bawah mata dan eyebag tu, jom cuba Eye Treatment Gel ini seperti Mommy. Tak susah pun nak dapatkan produk Cosmoderm ni. Boleh dapatkan dari laman web mereka di www.cosmoderm.com.my atau di farmasi-farmasi terpilih seperti di Guardian, Watson, Vitacare, Caring.

KETAHUI CARA HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA (DARK CIRCLES) & MATA BENGKAK (EYE BAGS) DENGAN MUDAH EYE TREATMENT GEL COSMODERM (10)

Tapi, Mommy lebih gemar memilih untuk beli secara online kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Selain menjadi rambang mata untuk memilih produk-produk Cosmoderm.

Lihat sahajalah koleksi Cosmoderm Mommy ni. Ini belum termasuk travel set Cosmoderm tau. Takkan nak letak dalam toilet kan? Hehe..

KETAHUI CARA HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA (DARK CIRCLES) & MATA BENGKAK (EYE BAGS) DENGAN MUDAH EYE TREATMENT GEL COSMODERM (9)

Jangan lupa follow www.facebook.com/Cosmoderm dan www.instagram.com/cosmoderm untuk info dan maklumat terkini mengenai produk Cosmoderm. Selamat mencuba!

15 thoughts on “KETAHUI CARA HILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA (DARK CIRCLES) & MATA BENGKAK (EYE BAGS) DENGAN MUDAH | EYE TREATMENT GEL COSMODERM”

  1. Kalau mata nampak letih secara automatik muka akan nampak letih.. Sebab tu penting penjagaan bawah mata ni.. Kak Ti memang suka produk Cosmoderm.. InsyaAllah yang penjagaan mata ni pun akan masuk dlm senarai must have jugak..

  2. pernah kuar tanpa bedak. biasanya time joging , atau time nak makan malam tak kisahlah g kedai mamak ataumcd atau mana2 tempat pon. haahaha.. mata sepet takde mata panda.. kecuali kalau tak tido tu baru ada mata lebam 😛 , tpi vit E cosmoderm lisa pakai heeehee

  3. betul cakap mommy. Nak cover sampai vila kan mata panda tu.. ada baiknya kita merawat untuk kesan yang panjang serta selamat.Memang produk penting ni..

  4. sekarang selalu stay up buat kerja, mata memang jadi mata panda dah. Nak cuba la produk terbaru cosmoderm ni. macam best jer tengok kesan dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge