Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

MOMMY ASYIK WORK JER..

Seringkali jawapan “Mommy work” diberikan bila anak sulung Mommy tu tengok Mommy asyik hadap laptop dan telefon.

Kadang-kadang, nak tidur pun, Mommy masih pegang telefon, dan bila ditanya apa yang Mommy buat, Mommy cuma jawab yang Mommy work.

Rupanya, jawapan itu adalah skema jawapan di otak Hannah bila setiap kali orang pegang telefon. Iklan di tv yang tayang seorang penunggang motosikal main handphone, dan akhirnya kemalangan kerana terlalu asyik dengan fonnya. Tau Hannah cakap apa?

“Itu lah.. naik motor pun nak work. Tengok Daddy, Daddy drive, tak work pun dengan handphone dia”.

Pastu dia sambung bebel..

“Mommy tu.. asyik work je. Kat rumah work, nak tidur work, nak masuk tandas work, work je. Mommy tak nak main dengan Hannah ke?”

Allahu..

Sentap Mommy nak. Sentap sungguh..

Mommy dah letak prority task. Mommy pun dah tak tahu apa yang nak buat dahulu. Komitmen kerja ofis waktu pagi, nak fikir bab makan anak-anak tengahari, sambung apa-apa kerja adhoc blog, kadang layan orang pm tanya pasal produk yang Mommy jual. Kalau Mommy tak pegang fon, macam mana Mommy nak buat semua tu?

Sekarang ni, task Mommy beratur tunggu giliran. Mommy dah blur tak tau nak start yang mana satu. Malam ni diajak join meeting JMB rumah ni pulak. Mommy rasa Mommy boleh buat semua la kot.

Hmmm..

Mommy minta maaf wahai anak-anak. Mommy memang tengah usaha kuat untuk kita semua. Mommy berazam, kehidupan kita akan lebih baik lepas ni. Mommy terpaksa korban masa buat masa sekarang.. Hmm..

Ok don’t worry sayang. Mommy akan spend time juga untuk anak-anak Mommy. Let’s change.

Mommy – “Kak.. anak-anak saya tak mau balik ke? Dari tadi dok rumah akak tu”
Jiran – “Takpe Shehan.. dorang cakap taknak. Sebab Mommy work”

Deng.

Daddy. Let’s cuti-cuti weekend. Wajib!!!!!!

10 thoughts on “MOMMY ASYIK WORK JER..”

  1. saidila says:

    ala kesiannya ….tak tahu nak cakap apa …..semoga one day nanti hannah faham apa erti pengorbanan mommy ….fighting mommy

    1. YB Shehan says:

      huwaaaaaaaaaaaaaa

  2. qaseh says:

    bila anak rindu kan perhatian :'(

    1. YB Shehan says:

      kan. ayat tu je hari2. huwaaaaaaaaaaa

  3. Hafiz Rahim says:

    Kannn.. sentap kan. Tu pasal bila malam je gue selalu jadi halimunan.

    1. YB Shehan says:

      adoih. keje mmg x abeh. sobs

  4. umminani says:

    Kerja takkan habis. Set jadual , so anak akan lebih faham.

  5. Nadia Johari says:

    oneday hanan akan paham juga..sobsob..sedih rasanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!