APA DAH JADI NI?

Subhanallah. Sibuk sungguh minggu ni. Eh dah beberapa minggu sibuk. Sendiri tak boleh ingat apa sebenarnya aktiviti yang menyibukkan itu. Sampai terbengkalai sekejap blog ni. Aduhaii..

Teruk weh. This is not me. Selalunya, paling lama pun 3 hari la skip. Ish Ish..

Jap fikir. Apa yang Mommy buat..

Oh.. Sabtu lepas sehari suntuk kat kelas belajar bab online marketing. Ini pun sebab kakak Mommy yang ajak. Boleh tahan best juga join kelas macam ni. Banyak peluang nak promot diri ni. Hehe..

APA DAH JADI NI (7)

Banyak ilmu yang Mommy dapat. Tapi kebanyakkannya Mommy dah tahu sebab dah lama explore bab online ni. Tapi, ilmu yang cikgu curahkan dalam kelas ni memang boleh dipraktikkan la. Harap Mommy ada masa nak apply. Haha. Ya rabbi. Sibuk ke malas ni? Aduhai..

APA DAH JADI NI (2)

Ni masa kami kenalkan produk Pau Janda kami. Belajar copywriting tau. Haha. Paling kelakar dengan idea chef dalam team kami tu la. Haha..

Masa ni Mommy sedar, kenapa lah Mommy takde produk sendiri. Mommy kena decide dari sekarang. Apa produk yang Mommy rasa nak buat dan jual. Kemudian fokus niche market dan juga niche produk Mommy. Harap dapat capai impian Mommy sebagai seorang businesswoman satu hari nanti. Inshaa Allah.

Dalam kelas ni, ada 1 produk yang Mommy tertarik dan rasa tak rugi kalau Mommy nak letak sini.

APA DAH JADI NI (6)

Just in case, ibu-ibu berpantang nak beli Rempah Sup Haruan ni, boleh contact Chef Azry (011-24129553).

APA DAH JADI NI (13)

Kreatif dan semestinya Chef akan lebih jelas tentang produk, niche market dan niche produknya lepas belajar ni. Semoga berjaya mempromosikan produk Chef ya.

Kelas ini seharian. Bila dah malam, badan letih tapi terasa nak makan sedap la pulak. Ajak Dedi makan nasi ayam penyet. Sampai ke Balakong dia bawa. Haha. Tq Dedi.

APA DAH JADI NI (11)

Hari Ahad pula, kami ke Sg Buloh. Nak melawat atuk dan dalam masa yang sama nak tengok baby dan rumah baru uncle. Haa banyak pula agenda, nasib baik semuanya dalam 1 rumah je. Haha.

APA DAH JADI NI (16)

Baru je angkat, dia kasi ekzos turbo la pula. Adoyaiii. Nasib tak bocor. Hahaha. Baby seminggu. Besnyaaaa. Lama tak dukung baby. Bau syurga. Uhuk..

Setel ziarah, terus ke One Utama pula. Cari beg sekolah. Ish ish. Dah la tak banyak choice untuk beg jenis ada roda. Memang nak cari jenis roda, lagipun Hannah dah pakai jenis tu masa darjah 1 baru nih.

APA DAH JADI NI (14)

Tapi kan, survey beg kat Jusco, Parkson, dan macam-macam lagi kedai dalam OU tu, semua harga memang mencekik lah. Beg sekolah dah macam handbag punya mahai. Menangis Mommy tengok. Finally, jumpa juga beg yang Mommy rasa ok sikit dari harga gila sebelum ni. Princess pun Princess lah ye kakak?

APA DAH JADI NI (17)

Hari ni pula, Isnin, Mommy kena attend AGM untuk rumah Mommy ni. Pertama kali lah kiranya. Satu pengalaman baru sebagai tuan rumah. Minta Daddy ambil cuti semata-mata nak join bendalah ni. Dengan jiran-jiran kat tepi, sempat la borak-borak sambil gosip. Haha. Dan masa ni rupanya dah kena undi commitee untuk JMB. Mommy cuma cakap nak menyibuk dalam JMB tu. Sekali jiran vote daaa. Aduhai. Macam senang je, so setuju.

APA DAH JADI NI (14)

Bila dah meeting dengan developer dengan korum 7 orang tu, terus rasa menyesal. Why? Why? Kenapa Mommy seksakan otak Mommy lagi dengan penambahan kerja ini. Mommy tak layakkkk. Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Menyesal. Nak letak jawatan. Tapi, nak tahu gak internal sebab tak puas hati bab maintenance sebelum ni. Tapi.. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..

Kenapa Mommy ni? Apa dah jadi??

Dan selesai aktiviti tu, ajak Dedi cari cat pula. Kemain pusing satu Kajang. Semua tak de code yang Mommy nak. Ish, Developer rumah Mommy ni pakai cat apa?? Bila dah sampai rumah, Mommy terus ke management office nak usha cat situ. Patutlah tak dijual kat kedai. Untuk project sahaja.

APA DAH JADI NI (18)

Aduhai. Jenuh. Mana nak cari ni. Ke memang sama je cat putih untuk wall ye? Tak nak pening-pening, Mommy mintak je la kat developer tu. Haha. Terus diberinya setin cat yang masih ada suku cat di dalamnya. Ok la tu. Cukup dah sebab nak cover wall yang Ariq conteng je. Tak boleh nak marah sebab masa dia buat project tu, memang laju. Tak sempat nak marah. Lagipun, orang kata, anak bijak memang macam tu kan. Cuma, Mommy tak bisa tahan pedih mata menengoknya dik oiiii.

APA DAH JADI NI (5)

Ye, Mommy sendiri je cat. Bukan susah pun. Dah biasa dari kecik. Hoho. Tonyoh je pun.

APA DAH JADI NI (8)

Bukan sini je Mommy cat, semua dinding Mommy kasi setel. Boleh faham tak kenapa sibuk? Lalala. Sibuk sangat! lols

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge