GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND | KEMBARA KBBA9 – SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS! 

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (22)

Daripada tajuk dah boleh agak tak apa yang Mommy nak cerita? Haaa.. termasuk hari ni, buat kali ke 4 Mommy datang ke Bangi Wonderland. Haaaa.. Ada yang tanya, best sangat ke?

Jawapan Mommy.. Mestilah best!! Dan hari ini terlebih best bila Mommy dengan yakinnya cuba bawa keluarga Mommy untuk join trip #kbba9. Nak biasakan anak-anak join family trip KBBA9 pulak next time. Dan feedback, yes.. Dah boleh bawa majlis. Lega!! Tq anak2 bagi kerjasama.

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (22)

A DAY WITH BANGI WONDERLAND – SHOWCASE GEMPAK GILER

Dijemput untuk memeriahkan Showcase Gempak Giler Bangi Wonderland yang berlangsung mulai hari ini, 2 Disember dan seterusnya pada 3, 9 & 10 Disember 2017, majlis dimulakan jam 11 pagi dengan ucapan alu-aluan GM Bangi Wonderland & seterusnya merasmikan majlis Showcase Gempak Giler Bangi Wonderland ni.

Kami turut disajikan dengan AeroFit dance dan seterusnya sesi Group Photo.

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (25)
Group photo with vvip sempena launching Gempak Giler Bangi Wonderland.

Dan pada hari ni, 2 artis dijadualkan untuk datang buat persembahan jam 2 petang nanti.

ANAK-ANAK DAH TAK SABAR NAK MANDI

Awal-awal lagi dah tak sabar nak terjun. Ye lah. Kali ke 4 datang.. Dah hafal dah semua tempat main. Haha. Jadi, tugas Daddy macam biasa la. Kena terjun sekali dengan anak-anak.

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (2)
Tq Daddy yang rajin layan anak

SUKANEKA BERSAMA BLOGGER & MEDIA

A Day with Bangi Wonderland masih lagi bersama media dan bloggers. Kami mulakan aktiviti dengan 2 sukaneka yang simple. Simple pun kelakar jugak. Game pertama kepit bola di lutut dan ketiak, jalan macam Gorilla. Haha.

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (26)
Giler tak kelakar? Kepit bola kat ketiak, kepit bola kat lutut. Haha. Dah la bapa gorilla je yang boleh pegang bola tu. Bapa Gorilla team kami, Abe Que. Hahaha. Masa ni bola terjatuh dari lutut.

Game kedua pula, masukkan seluruh badan dalam gelung (hoop) tanpa melepaskan tangan rakan sebelah. Haha. Lawak tapi berjaya juga la group Mommy dapat no 3 dan no 2 dalam game masing-masing. Heee.. Happy muka masing-masing dapat hadiah.

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (20)

Selain aturcara ni, kami sempat la juga celebrate birthday our leader, Ben Ashaari sempena hari lahirnya pada 30 Nov lepas. Dia punya tergamam tu, boleh nampak la. Haha. Apa pun, Happy Birthday, boss.. (Hannah cakap Ben Ashaari tu bos Mommy ;p).

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (23)

SHOWCASE GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND BERSAMA EZAD LAZIM & AMENG SPRING

Bermula hari ni, 2 Disember 2017, 2 artis dibawa ke untuk buat persembahan. Macam petang ni, Ezad Lazim & Ameng Spring yang masing-masing dah bergerak solo, datang memeriahkan majlis. Suara kedua-duanya memang legend la.

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (9)

Masa Ezad Lazim di depan, Mommy masih maintain di kerusi belakang je. Lagipun nak tengok anak-anak mandi juga. Dalam dok jaga tu pun, Ariq buat kami cemas sebab tiba-tiba dia hilang. Haish. Tapi rupanya dia duduk kat atas sekali area slide tu.. sambil panggil Mommy. Aduyai. Mujurlah Daddy yang jumpa. Then Daddy cakap nak ke Pirate Bay sebab budak-budak ni nak main ombak. Mommy ambil ler peluang ni untuk ke depan pentas. Haha. Terus duduk situ sampai Ameng plak yang datang.

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (14)
Nak dengar dia nyanyi, pergi folo Instagram @myapilot

Memang berbaloi laaa tunggu pun. Sebab Ameng sangat best entertain peminat. Tak sombong langsung! Memang terbaik lah. Suaranya pun dah macam miming dah. Punyaaaaa la power. Macam mana korang dengar kat tv tu, macam tu la ha live nya. No wonder la ramai sangat suka dia di Gegar Vaganza sebelum ni.

Selesai semuanya Mommy terus sambung mandi dengan anak-anak pula. Memang tak puas rasanya mandi sekejap-sekejap ni. Wajib repeat kali ke 5. Haha.

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (3)

MENARIK DI BANGI WONDERLAND BULAN DISEMBER INI..

Untuk pengetahuan korang, Bangi Wonderland ada buat promosi baekkk punya sepanjang bulan Disember ini. Promosi Gempak Giler ini bermula daripada 1 hingga 31 Disember 2017. Dan setiap hujung minggu, korang akan disajikan dengan Showcase Gempak Giler ini yang memuatkan artis yang memang Best Giler!

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (22)

Tengok tu. Ada Awie, Siti Nordiana, Amy Search, NICO G, Projector Band & Khalifah. Alamak. Nak repeat laaa. Nak pilih bila ye??

TIKET PROMO BANGI WONDERLAND THEME PARK BULAN DISEMBER

Harga tiket yang gempak untuk bulan Disember adalah seperti di bawah :

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (1)

Ya. Semua maklumat Gempak Giler Bangi Wonderland adalah tertera seperti di gambar. Mommy memang nak repeat kali ke 5 macam ni. Hahahaha. Anak-anak suka, Mommy lagi suka.

Kenapa Mommy suka sangat Bangi Wonderland ni?

Sebab ia merupakan taman tema yang sesuai untuk semua peringkat umur. Bukan kanak-kanak sahaja yang boleh enjoy, orang dewasa pun sure puas hati. Sebab tu Mommy cakap berbaloi. Lihat sahaja gambar-gambar di bawah ini.

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (17)
budak-budak memang suka sangat slide di sini

Pirates Bay yang ada ombak pun jadi pilihan anak-anak. Dewasa pun layan woo!

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (11)

Di sekeliling Pirates Bay ni, ada Typhoon River. Mai ombak, lagi syiok!

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (28)
Seronok juga naik float dan pusing keliling ‘longkang besar berombak’ ni.
GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (5)
Magic Funnel yang buat Mommy insaf . Pic : Lynda Che Lah
GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (15)
Boomeriang buat Mommy terlucut jantung. Pic : Lynda Che Lah
GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (15)
The Fall, Anaconda Trail, Insane Racer & Wonder Loop, hanya Daddy je yang berani naik. Haha.. Ampunnn ler Mommy nak cuba. Pic : Lynda Che Lah
GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (15)
Body slide ni, ok gak Mommy naik. Syok! Pic : Lynda Che Lah

Dan ada lagi yang terbaik di sini. yang mana korang tak boleh jumpa di taman tema air yang lain. Water cannon!!

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (28)

Haaaa. Best ke bessssst?

MAKLUMAT LANJUT

Untuk makluman, Bangi Wonderland ini dibuka pada :

  • Isnin – Jumaat : 11 pagi – 6 petang
  • Sabtu – Ahad / Cuti Sekolah / Cuti Awam : 10 pagi – 6 petang
  • Selasa TUTUP, kecuali ketika Cuti Sekolah / Cuti Awam.

Korang juga boleh rujuk media sosial mereka di :

Alamat : Bangi Wonderland Theme Park & resort, No 2 Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue.

Terima kasih di atas jemputan pihak Bangi Wonderland Theme Park & Resort untuk sesi A Day with Bangi Wonderland hari ni dan Mommy berharap, Bangi Wonderland akan sentiasa sukses.

#KBBA9, Jom repeat?

GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND KEMBARA KBBA9 - SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS!  (27)

20 Replies to “GEMPAK GILER BANGI WONDERLAND | KEMBARA KBBA9 – SAMBIL MANDI, SAMBIL BERHIBUR DENGAN ARTIS! ”

  1. Waaa…Best giler…. Tp saya tak suka aktiviti mandi. Huhuhu…

  2. Memang best sangat katvBangi Wonderland ni.. Memang haruslah repeat ni..

  3. Memang best giler

  4. Bila nak repeat? Maybe kali ni nak naik semua slide klu berani la

  5. Memang hrus repeat.. syok sangat

  6. Best sangat la kalau dpt pergi tempat ni. Budak happy mak budak pun happy.siap ada artis yg best tu

  7. Jom pergi lagi sama-sama.

  8. Rugi pulak x dpt join sbbdate blk kg.. nnti nak g sendiri2 dgn anak…

  9. Best giler dgn cuaca yg elok plak semalam. Dekat dgn rumah ..harus repeat lagi

  10. Serius best! Lepas balik semalam, anak-anak tanya bila nak pergi lagi? Huhu

  11. Wahhh giler best, sambil mandi ada artis hiburkan. Tak sabar nak bawak anak² pi ni. Pastu slide dia semuanya best, rugi kalau tak main.

  12. wahh baca pun dah rasa best wajib terjah one day ke bangi wonderland

  13. Serius lah dah 4 kali? Ai baru nak plan untuk second time. Hehehe!

  14. memang akan repeat..hahaa..

  15. wah, she dah pergi 4 kali dah? memang syok la. huda baru 1st time pergi, memang puas hati.

  16. Syiok nyaaa! Tak dpt join pasai si kembaq bersunat. Aim next school holiday plak lah. Hrp ada promo camni lagi.

  17. huyoooo , syokk ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

  18. bestnyee..

  19. Syoknyee! Singgah dari newbie kbba9 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge