NAK BELI BAJU SEKOLAH BEBAS KEDUT (WRINKLE-FREE)? MATARI SHOP SOLUSINYA!

Tahun lepas, masa siapkan pakaian sekolah Hannah Damia untuk persiapan masuk darjah 1, Mommy agak tidak berhati-hati dan asal beli sahaja. Manalah Mommy tahu sangat bab material semua tu kan? Kesannya, belum sampai tengah tahun, Mommy dah tertekan tengok warna baju putihnya tu, termasuk penatnya ketika perlu seterika baju. Berkedut dan susah nak seterika kecuali guna steaming iron. Akhirnya, kena la beli baru juga. Hmm. Walhal perjalanan masih panjang masa tu nak habiskan tahun 1.

Sekarang ni, dah bulan 12. Dan cuti sekolah. Kemudian, bakal masuk sekolah semula. Persiapan baju sekolah dah kena buat dari sekarang. Dan melalui Mama Kembar Tiga, Mommy dapat tahu yang Matari Shop ada menjual baju sekolah bebas kedut (wrinkle-free) dan memang dia puas hati. Alamak!! Cam best je!

NAK BELI BAJU SEKOLAH BEBAS KEDUT (WRINKLE-FREE) MATARI SHOP KAN ADA (8)

Baju Kurung Sekolah Rendah Bebas Kedut (wrinkle-free)!

Mommy ni jenis mudah terpengaruh. Jadi Mommy pun nak cuba dapatkan Uniform sekolah rendah dari Matari Shop ni. Browse punya browse, terus Mommy grab Baju Kurung Sekolah – Baju Sekolah Bebas Kedut (wrinkle-free) 6 pasang!! Ye.. 6 pasang!! Haha. tak fikir panjang dah!

Tadaaaaa..

NAK BELI BAJU SEKOLAH BEBAS KEDUT (WRINKLE-FREE) MATARI SHOP KAN ADA (4)

Dah tak payah pening-pening kena basuh baju berulang kali. Selang 2 hari dah kena basuh lagi. Ye lah. Sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Beza kat warna kain je. Penat tau. Haha. Jadi, kena beli lebih kali ini.

Mommy uji dengan iron baju sekolah ni. Memang smooth  je. Haaa ini bagus! No wonder MK3 suruh Mommy grab terus je baju sekolah bebas kedut (wrinkle-free) Matari Shop ni. Ternyata tidak rugi grab!!

NAK BELI BAJU SEKOLAH BEBAS KEDUT (WRINKLE-FREE) MATARI SHOP KAN ADA (10)

Wrinkle-Free hanya memerlukan light ironing. Cuba tengok Mommy test ni..

Mudah je iron. Lepas tu Mommy test sikit dengan keronyokkan baju tu.

Haa. Best tak?

KUALITI BAJU SEKOLAH BEBAS KEDUT MATARI SHOP

Material baju sekolah ini pula memang terletak elok. Kemas je bila Hannah cuba pakai. Orang Kedah kata ‘jatuh elok’. Haaa gitu. Materialnya nipis dan Hannah boleh bertahan agak lama tanpa mengadu panas atau tak selesa sepanjang sesi posing ni.

NAK BELI BAJU SEKOLAH BEBAS KEDUT (WRINKLE-FREE) MATARI SHOP KAN ADA (5)

Maksudnya baju ini memang sejuk dan pastinya Hannah akan selesa di sekolah nanti.

NAK BELI BAJU SEKOLAH BEBAS KEDUT (WRINKLE-FREE) MATARI SHOP KAN ADA (3)

Jahitan baju sekolah ini memang kemas. Mommy tunjukkan bahagian dalam untuk korang sendiri nilai juga. Tak terlipat-lipat, tak bertindan jahitannya. Haa. Bagus sangat.

NAK BELI BAJU SEKOLAH BEBAS KEDUT (WRINKLE-FREE) MATARI SHOP KAN ADA (10)

Kainnya pula jenis getah. Jadi tak perlu pening kepala cangkuk kain hilang ke, tercabut ke, memang ngam-ngam dengan pinggang anak. Yang penting, ibu-ibu kena ukur dulu la sebelum beli. Ada ukuran disediakan di laman web Matari Shop untuk memudahkan kita.

NAK BELI BAJU SEKOLAH BEBAS KEDUT (WRINKLE-FREE) MATARI SHOP KAN ADA (10)

ADA PROMOSI BAJU SEKOLAH 25/11/2017 SEHINGGA 10/12/2017!!

Yaaa. Mulai 25 November lepas sehingga 10 Disember ini, ada tawaran hebat yang perlu kita terjah cepat-cepat!

NAK BELI BAJU SEKOLAH BEBAS KEDUT (WRINKLE-FREE) MATARI SHOP KAN ADA (10)

Wah. Antara promosi yang sedang berlangsung ini adalah seperti di bawah :

  • Baju Sekolah Rendah & Menengah Bebas Kedut / Baju Kurung Beli 2 Percuma 1
  • 20% discount untuk Seluar /  Kain Maxi / Pinafore
  • 20% discount untuk Beg Sekolah & Bekas Air
  • 10% discount untuk Alat Tulis/ Kasut Sekolah/ Stokin/ Singlet / Aksesori
  • Percuma penghantaran dengan setiap pembelian RM150 dan keatas seluruh Malaysia

Tarikh promosi: 25/11/2017 – 10/12/2017

Jika saiz yang dibeli secara atas talian, tidak sesuai, jaminan penggantian dalam tempoh 7 hari turut diberikan untuk kita.

MENARIK TENTANG MATARI SHOP

Matari Shop merupakan pembekal pakaian seragam sekolah bebas kedut terkemuka yang pertama di Malaysia.

Antara anugerah yang pernah diterima :

  • 🌟 Awarded No 1⃣ Online School Uniform brand in Malaysia 2017
  • 🌟 Awarded Top 3⃣ Parent Love School Uniform in Malaysia 2017

Wah.. bukan calang-calang brand ni..

PEMBELIAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pembelian boleh didapati melalui laman web mereka secara online di www.matarishop.com. Mudah sangat nak buat pembelian di sini. Atau jika ingin sebarang informasi atau apa-apa maklumat lanjut mengenai baju sekolah ini, boleh rujuk di Facebook mereka, Matari School Uniform.

Atau boleh juga ke kedai mereka iaitu di :

Matahari Uniform Centre Sdn Bhd

  • Alamat : 48, Jalan Lembah Permai 4, Taman Lembah Permai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
  • Waze: https://waze.com/ul/hw0zqmvww9
  • Dibuka : 10AM hingga 7PM Isnin ~ Jumaat / 10AM hingga 8PM Sabtu / 10AM hingga 4PM Ahad
  • Whatsapp : 0164191491 (Peniaga Pakaian Seragam di alu-alukan)

Selamat shopping!

NAK BELI BAJU SEKOLAH BEBAS KEDUT (WRINKLE-FREE) MATARI SHOP KAN ADA (3)

20 Replies to “NAK BELI BAJU SEKOLAH BEBAS KEDUT (WRINKLE-FREE)? MATARI SHOP SOLUSINYA!”

  1. Untung budak2 sekarang. Hehe.. kemas dan bertambah comel.

  2. Haa kan dah kata best kainnya, mudah nak iron kan

  3. Kalau dekat kawasan Selangor nak jer pergi dekat kedai ni.. tapi sayangnya jauh pula.. nun dekat Penang..

  4. Wah.. Inovasi yang bagus.. Memudahkan dan mempercepatkan kerja mak-mak..

  5. Wahhhh bagusnya..

  6. Wah.. terus sambar 6 pasang ek.. Mudah kerja mak mak kan kalau baju sekolah anak2 tak mudah kedut..

  7. Boleh habaq kat anak² buah suh mak pak depa pakat pi beli kt sini tuk bju sekolah tahun depan. Klu dr zaman cheq ada ni , senang aih.

  8. Wahhh zaman dah maju. Bukan kulit je, baju sekolah pun wrinkle free! Hahaa!

  9. Uish, bestnya kalau Dura dpt menggosok yg wrinkle free. Sebab tak larat gosok baju sekolah anak-anak yg berkedut-kedut dan berpasang-pasang tu

  10. wah bagus siapkan awal baju sekolah anak. esok dah tak sibuk

  11. wah..bestnya tengok kain dia..memang tgh crik baju sekolah utk adik ni..

  12. Nampak kain macam berkualiti..tgh berkira² gak nak grab ni

  13. nanti kalau little boy dah masuk darjah boleh la beli bagi dia. hehe

  14. wah,menarik ni,bolehlah belikan untuk widad.

  15. Memang tahun depan nak beli kat Matari. Penat makhencik gosok baju pastu balik basuh sebab cepat sgt kotornya..

  16. Bagusnya ada promo haaa hrp la tahun dpn ada.lg mmg nak borong 5 helai terus utk abg Qi masuk darjah 1 tahun 2019…x sabar plak tq she kongsi info berguna

  17. tunggu anak besar..boleh cari ni..

  18. Bebas kedut tu yang menarik, tak perlu nak iron setiap hari kan?

    1. Kena juga iron. Tp light2 je..

  19. betul..
    ini lagi baik.

    kekadang, kesian tengok budak sekolah baju tak bergosok. kedut seratus dibuatnya.

Leave a Reply

CommentLuv badge