ADA APA DENGAN MAKE 11.11 FLY!?

TRAVELOKA MAKE 11.11 FLY! (1)

Biasanya, kalau korang nak bercuti, korang lebih suka tempah hotel dan flight secara talian tak? Mommy macam tu. Memang jarang sangat la nak terjah ke hotel terus.

Untuk cuti sekolah tak lama lagi, Mommy dah rancang nak bercuti dengan keluarga. Lagipun banyak tempat menarik sempena cuti sekolah untuk diteroka. Korang dah start merancang ke?

Untuk percutian kali ni, Mommy rasa nak bagi pengalaman baru buat anak-anak. Memandangkan anak-anak Mommy, terutamanya Ariq Emir yang obses sangat mengenai kapal terbang, Mommy teringin nak bercuti naik kapal terbang lah!! Agaknya apa lah respon adik ye?

TRAVELOKA MAKE 11.11 FLY! (7)
sampaikan playdoh pun buat bentuk aeroplane

Antara tempat pilihan percutian yang Mommy teringin teroka antaranya :

TRAVELOKA MAKE 11.11 FLY! (5)
Sentosa Island! Lengkap semuanya jika bercuti ke sini.

Apa yang ada di Sentosa Island? Antara tempat menarik di sana ialah semestinya Universal Studios Singapore (USS). Pasti anak-anak sukakan destinasi ini. Selain USS, tempat menarik lain yang boleh dilawati ialah Underwater World Singapore, Marine Life Park, Trick Eye dan Madame Tussauds Singapore.

TRAVELOKA MAKE 11.11 FLY! (5)
Atau mungkin ke Thailand

Terpesona betul Mommy bila ternampak gambar Koh Kood, Thailand. Sebenarnya Koh Kood terletak di bahagian utara Thailand. Mommy dan keluarga sebenarnya pencinta pantai. Jika dapat peluang bercuti di tempat cantik sebegini, pastinya ia akan menjadi satu kenangan indah buat kami.

atau Dalam Malaysia..

TRAVELOKA MAKE 11.11 FLY! (5)
Tusan Beach, Miri!! Cantik kan?

Semangat betul bila Mommy dapat tahu yang Miri pun ada pantai cantik sebegini. Hmmm.. Rasanya macam kena travel ke Sarawak agaknya. Tusan Beach atau lebih dikenali sebagai Tusan Cliff terletak di Bekenu. Di sini, pengunjung juga boleh bermain layang-layang. Ia juga pernah viral dengan fenomena air mata biru, yang menarik ramai pelancong ke sini.

TRAVELOKA MAKE 11.11 FLY! (5)
Qing Xin Ling Leisure and Cultural Village, Ipoh. Ipoh pun ok juga.

Ipoh, Perak walaupun ia merupakan jiran Kedah (kampung halaman Mommy), tapi sebenarnya masih banyak tempat dalam Ipoh yang belum Mommy terokai. Antara tempat-tempat menarik di Ipoh adalah Qing Xin Ling Leisure and Cultural Village ini. Cantik kan? Ada tak yang dah pernah pergi sini? Kita boleh menaiki basikal atau beca sepanjang di sini. Pasti anak-anak suka.

Tak sabarnya nak bercuti. Rasa rambang mata nak pilih tempat-tempat menarik ni. Tapi, Mommy sebenarnya agak risau untuk travel bersama anak kecil ni. Mommy kena pastikan persediaan Mommy tip top untuk bawa mereka travel, especially tips ketika berada di dalam flight.

Anak Mommy tidaklah terlalu kecil. Masing-masing dah berumur 5 dan 7 tahun. Jadi Mommy kongsikan tips untuk ibu bapa yang ada anak-anak dalam lingkungan umur tersebut. Tapi kena ingat, mereka masih kanak-kanak.

TIPS TRAVEL BERSAMA ANAK KECIL

1. Dan sebagai kanak-kanak, tips paling penting ialah pastikan mereka cukup makan. Makanan yang cukup pasti dapat mengelakkan mereka dari meragam. Penuhkan sahaja hand luggage dengan makanan buat mereka. Pastikan yang berkhasiat dan cepat kenyang ya. Elakkan yang manis-manis. Risau pula jadi hyperaktif tetiba.

2. Kemudian, pastikan mereka tidur secukupnya. Bila cukup tidur dan makan, barulah mereka akan ‘beri kerjasama’ terbaik kepada kita.

3. Jangan lupa untuk bawa mainan dan buku kegemaran mereka. Anak-anak Mommy sukakan buku. Mommy kena pastikan yang buku kegemaran mereka dibawa dan digunakan ketika berada di dalam flight nanti. Untuk Hannah, mungkin Mommy kena galakkan dia dengan buku seperti Find Words dan buku sticker. Untuk Ariq pula, sudah pastilah mainan seperti aeroplane kesayangannya ni.

TRAVELOKA MAKE 11.11 FLY! (6)

4. Gadget juga penting. Percayalah. Walaupun kita memang beria dengan menyediakan semua buku aktiviti dan mainan, item penting seperti gadget juga perlu untuk mereka. Main macam mana sekalipun, mereka ni memang akan cepat bosan. Penyelesaian, download lah segala jenis movie kartun yang ada, dan pasangkan untuk mereka di atas flight nanti. Pastikan korang bawa powerbank lebih ya?

5. Bawa selimut sendiri untuk anak-anak kita. Manalah tahu suhu nanti sejuk di dalam kapal terbang. Mommy sendiri pun pakai sweater. Hehe. Tapi anak-anak Mommy ni suka sangat tolak selimut. Kental sungguh badan tu. Tapi, Mommy tetap akan bawa.

6. Pilih kedudukan seat yang memudahkan kita dan anak-anak untuk keluar masuk. Dan seat paling hadapan sebenarnya lebih selesa kerana ruang kaki lebih luas. Untuk barisan seat pula, Mommy cadangkan, Mommy yang duduk dari tepi tingkap, kemudian anak-anak Mommy. Daddy last. Senang la suruh Daddy je yang bawa ke toilet. Hehe. Gurau.

7. Sebelum perjalanan bermula, Mommy akan pastikan anak-anak Mommy bermain sepuasnya. Biarlah mereka berlari-lari jika mereka mahu. Asalkan nanti mereka cepat letih. Dan mudahlah untuk mereka tidur.

8. Air tidak dibenarkan bawa masuk, jadi Mommy cadangkan korang tempah makanan in-flight terlebih dahulu ketika booking tiket flight. Ada air sekali.

9. Bawa anak ke tandas sebelum menaiki flight. Dan jika bawa anak yang lebih kecil dari umur anak-anak Mommy, pastikan lampin mereka kering supaya mereka lebih selesa sepanjang perjalanan.

10. Dengar permintaan anak. Serius. Jangan buat tak tahu pula. Please jangan tidur dan biarkan anak bermain sendiri. Layanlah mereka. Takut pula mereka buat bising dan mengganggu orang lain nanti.

11. Andai anak meragam, cuba bawa ke tandas untuk cuci muka dan ini secara tidak langsung dapat regangkan kaki dan elak kebosanan mereka.

12. Pesan kepada anak-anak untuk berkelakuan baik sepanjang perjalanan dan akan terus bawa mereka bercuti jika mereka mendengar pesanan kita.

13. Jangan segan silu untuk minta bantuan krew kapal andai ada sebarang kesulitan.

14. Pilihlah masa penerbangan yang sama dengan masa anak-anak tidur. Ini memang sangat-sangat membantu perjalanan kita supaya lebih smooth.

MENCARI PROMOSI FLIGHT TICKET YANG MURAH DAN BERBALOI

Dalam masa yang sama, Mommy nak intai la juga jika ada promosi hebat kalau nak tempah tiket flight ni. Dan zaman sekarang ni, tarikh 11.11 setiap tahun adalah tarikh yang pasti ada sale di mana-mana jua. Be it mall atau online shopping. Termasuklah Traveloka!!

TRAVELOKA MAKE 11.11 FLY! (1)

TRAVELOKA BAKAL MENGADAKAN FLIGHT CAMPAIGN – MAKE 11.11 FLY!

Untuk pengetahuan korang, Traveloka bakal mengadakan satu tawaran hebat melalui kempen yang dinamakan Traveloka Make 11.11 Fly. Kempen  ini akan bermula pada 10, 11 dan 12 November 2017. Ya.. 3 hari sahaja tau. Wahhh.. Terus gatal tangan Mommy nak rancang percutian. Nak bagi anak rasa dulu pengalaman naik flight kan? Lagipun kebetulan birthday Ariq pun pada bulan 11 ni.

Syaratnya cuma beli tiket minimum 2 pax (return) ke mana-mana destinasi pilihan, dan nikmati tawaran hebat!! Oh tak sabar!!

Caranya pembeliannya mudah.. Cuma buka website www.traveloka.com atau download sahaja Apps Traveloka, pilih destinasi pilihan dan masa penerbangan dan tadaaaa.. Siap untuk bercuti. Lagipun pembayaran tempahan dengan Traveloka sangat mudah dan dipercayai.

Jom serbu Traveloka Make 11.11 Fly! nanti ok?

16 Replies to “ADA APA DENGAN MAKE 11.11 FLY!?”

  1. sib baik nampak entri ni.. sbb plan nak cari flight hujung thn ni

  2. susah jugak travel bawak anak ye, tak terfikir.
    thanks kak she perkongsian. boleh guna pakai masa ada nnti . hehehe

  3. Info berguna..cantiknya Tusan Beach tuuu..

  4. wah best yer semua tempat mommy nak pergi. Tips naik kapal terbang dengan anak kecil tu memang sangat membantu.

  5. Tertunggu tunggu juga ni sale 11.11 , harap system ok la tk down

  6. tak sabar nak tggu 11.11 ni,mana tau boleh bawak widad bercuti jauh sikit hehe.

  7. Okay, boleh guna tips ni bila nak travel…

  8. Web Traveloka best! Nak install Apps pula

  9. semua tempat cntik n best..

  10. kempen dia ni, memang menggugat nak kita pergi booking je..ehhee

  11. Kita pun suka booking online, jimat masa dan mudah. Ada Traveloka lagilah mudah!

  12. Tak sabar dah ni nak tunggu tarikh tu..

  13. Thanx for tips. Tips yg sangat berguna

  14. Dah start dah , jom bercuti

  15. tq for d tips. berdebar sebab hujung bulan ni first time bawa anak 3 orang naik flight.

Leave a Reply

CommentLuv badge