BESTNYA TANAH AINA FAHAD! RELAX MINDA BETUL!!

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 22

Belum boleh move on! Ungkapan paling sesuai Mommy boleh katakan jika diingat kembali #kembaraKBBA9 kali ini. Banyak betul aksi KELAKAR sepanjang kat sini! Sakit perut bila ingat kembali masa ‘game’ malam berdepan unggun api tu. Hahahaha Adoi. Eh korang nak tahu ke apa lagi yang best untuk kembara KBBA9 kali ni? Haa meh nak sambung.

p/s : Gambar menggunakan Huawei Nova 2i (hadiah contest)

3 JAM PERJALANAN KE TANAH AINA FAHAD

Mommy dah kongsi cara ke Tanah Aina Fahad sebelum ini. Perjalanan ke Tanah Aina Fahad sebenarnya lebih kurang 1 jam setengah hingga 2 jam sahaja, tapi memandangkan kami masing-masing dah kebulur sebab keluar awal sangat dari rumah, kami singgah untuk sarapan dulu. Subuh lagi Mommy dah kua naik MRT & LRT tau. Gigih iols nak travel punya pasal. Batuk masih ada, tapi pedehal?

Selepas hampir 3 jam, dan bila akhirnya kami sampai ke pintu masuk Tanah Aina Fahad ni, masing-masing dah muka tak sabar. Mommy sendiri pun tak sangka! Allah. Teruja sangat kaedahnya ni. Dah lama sangat teringin jejak Tanah Aina tau. Dapat sampai salah satu resortnya pun dah bersyukur amat!

BEST GILER TANAH AINA FAHAD!

TENANG DAN DAMAI DAN… GLAMPING!!

Masuk je ke dalam, Mommy terus nampak Glamping!

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 22

Apa maksud Glamping? Bahasa mudahnya ialah gabungan konsep camping dan glam. Dan selalunya percutian begini mudah sebab ada kemudahan makanan dan tempat tidur yang selesa. Glam tu sebab macam mewah dan tak perlu masak sendiri macam camping biasa. Hehe.

Bab parking tak perlu risau. Memang luas je nak park kereta di sini. Kalau banyak sangat pun, luar pagar pun ada ruang luas. Datang je ok?

Finally.. dapat juga merasa percutian unik macam ni. Disambut ramah oleh Encik Shiva, pengurus di sini, dan stafnya, kami masing-masing dihulurkan segelas air sirap. Woah. Hebatnya layanan. Itu baru permulaan, guys! Sabar dulu.

Kami dibawa ke glamping masing-masing, dan sungguh Mommy tak sangka, luas betul glamping ni. Boleh muat 4 katil single. Woahhh lagi!

BEST GILER TANAH AINA FAHAD!

Haaa luas kan? Dah la luas, lengkap 2 kipas kaki, lampu tidur, towel, hanger, tempat letak kasut dan sebotol air siap 4 cawan untuk diminum. Cermin nak mekap pun ada ok! I loike.

Ada coverage tak? So far, semua line ok. Celcom paling kuat. Digi just nice. UMobile tak boleh upload IG. hehe

TV? Oit masuk utan, nak tv buat pe? Hahaha. Kita nak camping cara glam laaaa. So, glamping adalah pengalaman baru Mommy kali ni. Fuh. Syiok! Itu baru sikit. Haha.

Beg dah simpan, mekap dah touchup (sempat!), maka jomlah merayau kejap kawasan sekitar. Dan tiba-tiba diajak makan. Eh. Dah lunch ke? Aduhai perut masih kenyang makan sarapan tadi ni..

KE DEWAN MAKAN.. ADA OPEN HALL BEST!!

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 18

Bila tengok kawasan makan, fuh.. Luasnya. Siap ada hall terbuka lagi di sini. Boleh la lepak dan beraktiviti di sini.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 19
Luas betul..
BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 4
Pentas ada..
BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 4
Sofa selesa
BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 4
Best lepak sambil baca novel. Thanks BA untuk novel ni. Mungkinkah Dia, Anis Ayuni
BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 4
Amek. Chess saiz gergasi pun ada kalau nak main tau
BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 16
Dam ular pun ada. Credit foto : Ben Ashaari

TEMPAT MAKAN YANG LUAS DAN SELESA

Jom la lepak makan dulu. Kat tempat makan pun relaxing sangat. Bunyi deruan air memang rasa nak lepak situ je. Tenang sangat-sangat.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 17

Makanan dan minuman pun superb. Alhamdulillah memang sedap sangat. Takde komen. Memang puas hati. Tengahari ada durian, buat Mommy lari dari team. Hahahaha. Apa nak buat, Mommy migrain kang, apa pun tak boleh.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 16
Lunch, Teatime, Dinner, Breakfast esoknya.. mmg best!

Luas dan selesa. Very relaxing place!

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 20

Ini pula pandangan dari atas. Dari tempat makan ni, boleh turun untuk mandi sungai. Perfect kan?

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 38

AKTIVITI YANG BOLEH DIBUAT DI TANAH AINA FAHAD

Macam yang Mommy tunjuk tadi, kan ada open hall tu kan? Di situ, macam-macam aktiviti boleh dibuat.

Carrom & Pingpong

Macam Mommy hari tu, sempat la main carrom dengan Ayue & Firr ni. While yang lain, main pingpong. Memang menarik sangat!

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 4

Giant Board Games

Dan boleh juga main dam ular & chess gergasi tu. Kalau Daddy ada ni, sah dia nak main chess tu. Hehe.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 23

Guided Jungle Trekking

Selain aktiviti ini, ada guided jungle trekking untuk kami semua pada waktu petang. Haa inilah aktiviti yang Mommy tak sabar sangat-sangat. Rasa nya dah lama tak panjat-panjat ni. Jangan risau, ada guide dari pihak staf yang arif mengenai jungle trekking. Mereka juga bersedia sehabis baik untuk menghadapi perang antara pacat dan manusia kejap lagi. Kotak ubat dibawa bersama mereka jika kita hadapi apa-apa masalah.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 13

Well Mommy dah bersedia sehabis baik. Pertama, wajib lah sapu magic Body Lotion dari rumah lagi. Sampai di sana, sapu lagi seluruh anggota badan. Stokin ditarik ke atas untuk menutup bahagian kaki seluar. Risau betul sebab Mommy dah ada pengalaman pacat naik sampai pusat. Baju pun dijaga rapi oleh Mommy. Hahah.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 25

Stamina Mommy kali ini dah meningkat. Berehat sekejap sahaja, tapi dah boleh teruskan perjalanan yang ambil masa hampir 2 jam secara totalnya. Peppermint Young Living Essential Oil sebagai teman masa tu. Hidu untuk ada energy semula. Haha.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 15

Ayat di minda Mommy masa tu, kejap je lagi. Akhirnya jadi juga orang pertama untuk sampai di point terakhir, ngam-ngan 1 jam 30 minit. Heee. Mommy tak lalui pengalaman manis macam orang lain iaitu digigit pacat sampai berbelas ekor. Tak sempat pun pacat tu naik. Abang jungle siap toreh cepat-cepat kalau nampak kat kasut Mommy. Hahaha. Seram wey kalau kena. Itu takde hujan tau. Kalau hujan, lagi berganda pacatnya. Tetiba rindu NZ, kat sana takde makhluk macam pacat segala ni.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 24

MANDI SUNGAI..

Selepas tamat trekking 2 jam, kami perlu melintas sungai untuk ke glamping kami. Tapi, boleh la mandi dulu sebelum naik. Sejuk.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 28

Mommy sebenarnya fobia sikit dengan air ni. Seram sejuk kalau nak turun. Mampu setakat kaki ok la. Tapi bila diasak berkali-kali suh turun ke tengah, Mommy cuba juga la. Sampai 1 part, Mommy panik bila kaki ditolak air kuat. Taknak turun pulak kaki ni. Kak Min dah dekat masa tu, terus Mommy peluk je dia kuat-kuat. Sampai rasa kaki kat batu. Haha. Kelakar ingat balik. Tapi panik ni bukan benda main-main. Mujur peluk kak min, kalau orang lain yang dekat masa tu ialah laki? Jenuh. Hahahaha.

MANDI KOLAM KECIL

Kalau taknak mandi sungai, atau tak puas mandi sungai, boleh juga mandi kolam kecil ni. Sesuai untuk kanak-kanak dan wajiblah diawasi ibu bapa ye. Orang dewasa macam dorang ni pun mandi je. Takde masalah. Haha.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 28

AKTIVITI LAIN

Antara aktiviti lain yang boleh dibuat dan dirancang bersama pihak Tanah Aina Fahad ialah teambuilding, kitchen master iaitu peluang untuk memasak di sana, dan juga permainan paintball secara real di hutan. Wow kan???? Semua tu boleh request di booking@tanahaina.com.

JAMBATAN GANTUNG SUPER LAWA WAKTU MALAM

Selepas dinner, kami ke jambatan gantung yang dihiasi dengan lampu hijau. Dan masa ni Mommy nak uji handphone Huawei Nova 2i yang Mommy dapat hadiah baru-baru ini. Boleh lawan Note 5 atau tidak. Hehe.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 28

Ternyata, boleh. Memang helok sangat.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 28

Cantik kan? Ini pandangan waktu malam. Jambatan gantung ni 2 orang je boleh naik dalam 1-1 masa. Kat hujung sana tu ada tempat lepak juga. Tak pergi pun la. Hehe.

Ini pula pandangan dari atas jambatan yang sama pada waktu siang.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 36

Dari atas ni, boleh tengok air sungai yang deras. Tetiba rindu Huka Falls, New Zealand. Bezanya, batu tak sebanyak ini. Tak sempat nampak batu pun. Sebab air yang deras dan berwarna biru.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 36

CAMPFIRE & GAME YANG KELAKAR!

Saat yang paling kelakar sepanjang 2 hari di sini ialah pada waktu malam kami berkumpul di campfire.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 36

Unggun api dibina untuk kami lepak. Kerusi pun siap disusun. Terbaik betul En Shiva dan staff Tanah Aina Fahad ni.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 36

Kami bahagikan kumpulan kepada 4 orang untuk 1 team. Dan kami mulakan game sambung menyambung ayat daripada huruf terakhir. Dan lepas tu sambung game teka nama pekerjaan, nama movie. Debar campur kelakar dengan gaya masing-masing untuk dapat jawapan. Memang sakit perut setiap kali nak teka. Ada yang keras statik bila nak gayakan hint tapi takde idea. Memang gelak tak henti. Haha. Itu yang Mommy tak boleh nak move on sampai hari ni. Hahahaha adoi. #mudahterhibur.

PENGINAPAN DI TANAH AINA FAHAD

Selain glamping, ada lagi jenis penginapan yang lain tau. Haa. Bukan semua khemah semata-mata. Sesuai sangat untuk datang bersama pasangan, keluarga, secara kumpulan, untuk team building dan untuk percutian singkat sekadar untuk tenangkan fikiran. Mommy memang recommend tempat ni. Ini jenis-jenis penginapan yang disediakan.

SINGLE TENT

Tent yang kami duduk tu jenis single tent. Ada 22 tents disediakan yang memuatkan maksimum 5 orang.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 38

KING TENT

Ha sini boleh datang untuk berbulan madu. Hehe. Ada 3 unit King Tent disediakan.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! king
Kredit gambar : Firrz

Kawasan luar pun cantik. Siap boleh main buaian.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! king

Kalau tempah area King ni, memang dekat sangat nak turun sungai tau. Ada tempat rehat lagi bawah tu.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 43
sambil relax sini, sambil minum Jus Asam Kunyit Madu

QUEEN TENT

Untuk Queen Tent, ada 6 unit tersedia. Ini dalam glamping ye. Korang jangan risau bab keselesaan. Semua unit memang selesa.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! queen

TERRACE ROOMS (AMBRA, BELIMBING, CIKU)

Untuk terrace rooms ini, ia terletak bahagian depan Tanah Aina Fahad ni. Sebelah kanan pintu masuk. Bilik memang luas dan cantik. Toilet pun cantik. Eh tak habis-habis puji toilet kan? Haha. Sebab bagi Mommy, kalau toilet pun cantik, maksudnya tempat lain pasti lagi dititikberatkan.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 44
Dari luar..

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 44

Memang luas..

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 44

Untuk bilik jenis ini, ada 3 unit disediakan.

TERRACE ROOMS (DURIAN)

Double decker. Datang ramai-ramai boleh la pilih bilik ni.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 44

Cantik dan kemas.BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 44

TANDAS PUN CANTIK

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 38

Alahai, tandas pun cantik. Serius Mommy kagum sungguh dengan Tanah Aina Fahad yang mementingkan kecantikan, di samping keselesaan penginap sini. Ada banyak tandas yang lengkap dengan shower, cermin mekap, keperluan sabun, syampu, conditioner yang super wangi macam spa. Lengkap kasut terompah ok.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 38
Haa ni tandas yang kami guna. Syiok!

Bahagian dalam.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 46

Untuk harga bilik dan pakej yang disediakan, semuanya di laman web www.tanahaina.com/fahad.

Huwaaa. rindunya nak pergi lagi 2 hari tak puas! Serius!!! Mommy sangat berpuas hati dengan percutian ini tau. Terima kasih Firr yang sudi hantar akak sampai ke rumah. Terima kasih buat Cosmoderm dan Jus Asam Kunyit Madu atas produk yang best tu. Terima kasih terutamanya buat Ben Ashaari dan team #kembaraKBBA9 dan juga Tanah Aina Resorts. Harap ada peluang untuk jejak lagi Tanah Aina, terutamanya Tanah Aina Resorts yang lain.

BEST GILER TANAH AINA FAHAD! 39

Korang juga boleh follow Instagram @tanah_aina untuk gambar-gambar yang menarik di sana. Terima kasih sudi baca. Muah ciked.

14 Replies to “BESTNYA TANAH AINA FAHAD! RELAX MINDA BETUL!!”

  1. Seriously rindu..tapi kan..lawa gile camera huawei ni haha..

  2. bestnyaaaa…jelousssss..hhuuu

  3. Eh .. toilet glampinh tu mcmana erk?

    1. Kan ada tnjuk tu..

  4. Tengok toilet tu rasa ok nak pi gak, kalau toilet kotoq aii tamau pi. Jenis yg tak leh buat ‘bisnes’ kalau toilet tak proper hahaha

    1. Tui. Sbb tu sy puas hati sgt2

  5. Baru tau maksud glamping..hehe..
    Btw tandas cantik dan bersih menggambarkan resort tu dah!

  6. Bestnya Tanah Aina Fahad ni. Suasananya sangat mendamaikan. Jauh dari kesibukan kota metropolitan. Memang seronok untuk merehatkan badan dan minda.

  7. FIRDAUS BIN MAT RADZI says: Reply

    Jom repeat tahun depan.. Hehehhe

  8. memang menarik sangat sangat .. terpegun gak tengok keindahan alam . Hope ada peluang nak ke sana nanti..

  9. uihhh. bestnyaaaaaa . seronok tengok gambar

  10. Bestnya, tempat cantik dan aktiviti pun menarik. Nanti nak pergi jugaklah.

  11. Bestnya! Jealous tengok gambar cecantik gituuuuu!

  12. giler cantik dan best tempat dia..tunggu anak besar le boleh bawak pergi sini..tempat tidur pun nampak selesa..macam-macam aktiviti boleh buat ni

Leave a Reply

CommentLuv badge