RESULT SAPS SALAH.. MUJUR SEMPAT BETULKAN..

RESULT SAPS SALAH.. MUJUR SEMPAT BETULKAN..

Tergerak hati nak semak SAPS untuk paper final exam kali ni. Mommy pelik. Bila pula dapat result BM 64%. Sebenarnya Mommy semak tu, masa tengah tunggu Hannah habis kelas KAFA. Tak sabar rasanya nak balik semak paper yang dapat baru ni. Wonder juga. Sebab Hannah tak pernah lagi tunjuk result rendah daripada 70. Huhu.

APA ITU SAPS? SAPS ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, di mana Slip Peperiksaan Pelajar boleh disemak secara online.

Dan bila sampai di rumah, memang sah. SAPS tu diisi salah. Beza 20 markah tu. Result sebenar ialah 84%. Huhu. Terus Mommy info teacher kelas Hannah. Untuk betulkan semula SAPS tu. Mommy harap, belum terlambat lah.

Mommy tak blame cikgu pun. Yang isi pun manusia, normal lah kalau salah. Hehe. Tapi cuma rasa nak betulkan sebab itu adalah untuk rekod pencapaian Hannah sepanjang tahun. Tak cantik lah kalau ada yang salah.

Lepas semakan dan pembetulan dibuat malam tu juga, Mommy dah dapat new update. Asalnya result dia dapat tempat ke 11 dalam kelas, dan tempat ke 49 dalam aliran.

Lepas dibetulkan, terus semuanya berubah.

tahniah hannah damia

Hannah berjaya dapat Terbaik dalam Kelas (2) dan Terbaik dalam Aliran (7). Alhamdulillah.. Tahniah kakak..

Mommy alert bab peningkatan markah untuk beberapa subjek. Memang nampak meningkat.  Tapi ada juga yang drop. Final exam nampak macam susah sikit, dengan persediaan yang tidak rapi. Siapa suruh liat nak studi kan. Dugaan betul nak ajak studi sebenarnya. Baru sejam dah menguap. Last-last tak sampai hati dah. Suruh je tidur. Subuh kang revise semula. Alhamdulillah. Cepat juga masuk otak budak ni.

Apa yang Mommy harap, kakak maintain otak cerdas macam ni. Mommy takut nak letak harapan tinggi, tapi kita cuba yang terbaik la ye kakak. Kakak dah terpilih masuk kelas 1st nanti. Tetiba, Mommy pula yang cuak dan rasa nak minta masuk kelas 2nd je. Huhu. Tengok lah nanti macam mana. Cuak tau. Kalau semua advance sangat, kita ni, nak tak nak, kena follow.

Bersedia je lah tahun depan. Inshaa Allah.

Esok, ada sesuatu yang manis akan berlaku. Inshaa Allah. Sejarah buat Hannah Damia. Tahniah sayang. Tak sabar nak ambil gambar banyak-banyak.

5 Replies to “RESULT SAPS SALAH.. MUJUR SEMPAT BETULKAN..”

  1. Syukurlah mommy perasan ye.

  2. baik betulkan..hahaa..markah tu

  3. nasib baik, kadang2 cikgu yg key in markah ank murid, adakala matanya tak jelas dah. macam ibu mimin, tak berapa mahir bab bab dalam talian ni. kesian jugak dekat guru yg dah berumur kene follow sistem yg up to date ni. tak boleh buat apa. skrg mmg semua senang dalam talian.

    1. aah. kesian, tapi tu lah. nak tak nak, kna gak info

  4. Kalau tak betulkan tu memang drop sgt kan. Tahniah. Byk sgt sistem. Kesian juga kat cikgu

Leave a Reply

CommentLuv badge