BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI (12)

HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI – SPA & SALON Muslimah.. semuanya di sini..

Mommy : Jom pergi spa?
MK3 : Hah.. Spa? Nak mengurut ke, facial ke, rambut?
Mommy : Aik soalan.. Wujud ke spa gitu?
MK3 : Wujud!!! Jap, akak ada contact.

Hah?? Ingat kan MK3 buat lawak.. Tapi, rupanya betul. Jangan main-main dengan blogger tau. Info sentiasa ada kat kepala otak tu. Haha.

Minggu lepas, Mommy & Mama Kembar Tiga ke satu spa di TTDI, Hurun Ain Oasis namanya. Kami rancang naik MRT je dan dari stesen Bandar Utama tu, kami akan naik Grab. Mommy teruja sebab belum pernah naik Grab. Haha. Walhal macam tumpang kereta orang je. Cuma berbayar.

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI
dekat je dengan rumah.. mudah!!

Kelakar juga sebenarnya masa nak naik MRT. Well, Mommy tak pernah ambil kisah bab tiket ke, coin ke, TnG ke masa nak naik MRT all this while. Semua serah kat Daddy. Bila pergi sorang, kelam kabut juga. Haha. Ingatkan kena touch TnG untuk dapat coin. Apa ke bengong sangat la Mommy masa tu. Haha. Plan asal nak beli coin, tapi nampak simbol kad TnG. Itu yang ingat leh dapat coin via TnG. Kahkah. Gelak Gelak. Tembak kang!

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI

Naik MRT dari Stesen Stadium Kajang, jumpa MK3 di Stesen BTHO, menuju ke Stesen Bandar Utama, Damansara. Perjalanan lebih kurang sejam tapi tak terasa lama. Pot pet pot pet sepanjang jalan. Hahaha. Kos naik Grab dari stesen cuma RM4 ke Spa tersebut. Kalau bukan waktu peak tau..

HURUN AIN OASIS – SPA MUSLIMAH

Terletak di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, memang mudah nak ke sini kalau naik public transport pun. Menuju ke tingkat 1, Mommy teruja sejurus naik tangga ke spa tersebut.

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI

Dah tak sabar rasanya nak manjakan diri ni. Eh.. Nak rawat kepala sebenarnya.

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI (12)

Dingdong.. Loceng dibunyikan. Mommy disambut mesra oleh tuan empunya spa & staff. Rupanya Hurun Ain Oasis adalah spa untuk Muslimah sahaja. Wahhhh.. Cool! Jadi, kalau datang dengan suami ke, adik lelaki ke, memang tak dibenarkan masuk. Kecuali anak kecil la. Hehe..

Menarik kan? Jadi tak risau la kalau nak mundar mandir free hair dalam spa tu..

Mommy dan MK3 masing-masing dah tak sabar ni. Kami consult dulu dengan owner tentang pakej dan rawatan sesuai untuk kami berdua. Banyak betul pakej dorang. Betullah.. Ingatkan untuk rambut je. Siap ada untuk facial & berurut sekali. Besnya.

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI

Untuk rambut, Mommy dah tahu dah rawatan terbaik untuk Mommy.. Mommy nak buat Hair Crèam Bath treatment. Harganya kena rujuk Instagram Hurun_Ain_Oasis sebab kadang-kadang ada OFFER BEST GILER!

Sebelum Mommy mulakan treatment, Mommy nak tunjuk dulu keadaan sekitar Hurun Ain Oasis Spa & Salon ni.

RUANG DALAM HURUN AIN OASIS SPA & SALON

Dari pintu masuk, kami menghala ke ruang menunggu. Kalau ada pelanggan lain, kita boleh lepak di sini dahulu sambil baca majalah. Tak cukup dengan itu, green tea juga turut disediakan. Wah.. Salon yang pernah Mommy pergi sebelum ni pun tak sedia macam ni. Huhu. Siap boleh refill lagi. Heeee.

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI (12)
ruang menunggu

Dari ruang menunggu, kami masuk ke bilik massage dan jakuzi.

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI (3)

Kemudian, kami juga ke ruang bilik facial. Baunya menyegarkan dan alunan muzik memang mendamaikan. Alahai. Kalau Mommy buat facial, best juga ni. Selesa je tengok. Ehem, Daddy, next time please..

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI (12)
facial time

Kalau treatment ambil masa yang lama, jangan risau. Di sini surau dan restroom turut disediakan untuk pelanggan.

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI (22)

Dan last but not least, ini adalah kawasan utama untuk buat treatment Mommy. Nak potong rambut ke, inaikan rambut ke, semua di sini. Design almari kaca berbentuk curve yang mempamerkan produk-produk mereka betul-betul menambat hati Mommy. Seronok pula kalau Mommy display produk kecantikan Mommy di rumah. Ewahhh. Wishlist.

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI (12)
banyak produk kecantikan dari luar dan dalam negara

HAIR CRÈME BATH & KEBAIKANNYA

Mommy disarankan untuk buat rawatan crème bath dengan menggunakan Avocado Crème Bath untuk mengatasi masalah keguguran rambut.

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI (12)

Dan antara kelebihan Creme Bath, selain mengatasi masalah rambut gugur, ia juga sesuai untuk rambut yang jenis kering. Selain itu, Cream Bath juga bertindak sebagai vitamin untuk rambut, melancarkan aliran darah, menjadikan kepala rasa lebih segar, rambut menjadi wangi dan berkilat.

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI (4)
selepas cuci rambut, disapu cream bath avocado, kemudian steam!

Seronok bila sambil buat rawatan ni, Mommy dapat urutan leher, bahu dan kepala. Siap suruh tekan kuat-kuat sebab Mommy memang tengah sakit leher dari sebelum travel ke New Zealand lagi. Haha.

Sambil menunggu tempoh steaming selesai, servis express manicure turut diberikan. Syiok plak rasa. Memang spa & salon ni lain dari yang lain.

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI (9)

Sambil menunggu MK3 potong rambut, Mommy refill lagi green tea dan belek-belek produk yang ada.

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI (20)

Hati tertambat pula nak cuba nail polish. Ada tester. Jom cuba..

Halal dan mudah peel-off. Juga serap air ke kuku.

Seumur hidup, Mommy memang tak pernah cuba sebarang nail polish. Tapi kali ni, keteringinan tu over sket. Mommy cuba ByElfiera sebab warnanya sama degan tudung Mommy. Suka betullah nail polish ByElfiera ni sebab ia adalah Halal Water Permeable Nail Polish. Air boleh melepasi permukaan nail polish dan terus ke kuku kita. Boleh peel-off dengan mudah. Ciri-ciri lain ialah Vegan Free & Enamel Cruelty Free. Murah pun ye. RM35 sebotol.

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI (14)

Ada juga brand lain antaranya Kester Black dan Moderninai. Harganya berlainan ye.. Tapi ciri-cirinya sama juga seperti byElfiera. Halal dan water permeable. Senang peel-off. Mommy sapu sendiri je tester ni. Hehe. Siap tolong sapukan untuk MK3 sekali..

BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI (14)

Mommy ada la survey dengan kawan-kawan, kalau diberi peluang ke spa muslimah macam ni, apa yang mereka rasa. Antara jawapannya

Best la.. Boleh buka tudung tanpa ragu-ragu. Aurat terjamin. Barang pula mesti dijamin Halal – Aby

Selain terjamin bab produk yang digunakan itu Halal, kalau ada masalah dalaman pun boleh tanya direct. Kitakan wanita. Contohnya masa mengurut tu kan. – Atikah

Ramai rupanya yang sukakan konsep spa Muslimah ni. Mommy harap Hurun Ain Oasis sentiasa berjaya dalam perniagaan spa & salon ni. Terima kasih kerana buat Mommy selesa dan segar dengan rawatan cream bath ini.

ALAMAT & MEDIA SOSIAL

Yang berminat nak ke Hurun Ain Oasis, ini alamatnya :

19 Replies to “BUAT HAIR CRÈAM BATH DI HURUN AIN OASIS SPA & SALON, TTDI”

  1. wah best nya..untuk muslimah je..

  2. rawatan kulit kepala ada tak?kalau ada nak cuba la.

    1. ada. aku buat rawatan utk kulit kepala la tu..

  3. Syok sungguh masa hair treatment tu dpt urut urut kepala & bahu gak, rasa mcm nak lena ja hehehe. Nanti kita pi lagi naaa

  4. Bestnya , boleh jadi princess seharian ..

  5. Bestnya! Lama tak manjakan diri macam ni. Dan agak jarang dpt spa muslimah. Tertarik dgn nail polish tu..Dah lama teringin nak pakai..hehe

  6. Farahin Esa says: Reply

    NK jugak berspa. Huuu. I is stress.

  7. Bagusnyaa, mcm2 rawatan boleh buat

  8. dah masanya tuk riki2 tempat spa . hehehe.. lama tak pergi spa ni . agaknya nanti kalau pergi sana boleh try la.. nmpk mcm bnyak pakej je

  9. kite suke spa, saloon muslimah. selesa. takde nak malu if nak bukak tudung,rambut mengerbang.wakakaka

  10. Tak pernah pergi spa. Tapi syoklah ada spa konsep muslimah camni, nanti boleh cuba pergi.

  11. Best jeee gi manja2 kan diri

  12. best yer spa muslimah ni. rasa secure jer, mesti suami izinkan pergi sebab konnfem aurat terjaga. Tq for sharing =)

  13. Bestnyaaa untuk muslimah je.

  14. Pernah wat treatment hair cream bath kat bali jer dulu .. bestnya dpt jumpa spa yg offer service ni kat sini

  15. Syoknya dapat manjakan diri camni…terus rasa segar bugar

  16. Wahhh ada juga spa berkonsepkan muslimah.

  17. bestnya buat rawatan memanjakan diri. lama tak manjakan diri, mesti best!

  18. menarik spa dia..bgus la untuk pompuan je ni..suka betul dengan nail kaler tu

Leave a Reply

CommentLuv badge