HAPPY 5TH BIRTHDAY ARIQ EMIR : NEW JOURNEY

HAPPY 5TH BIRTHDAY ARIQ EMIR NEW JOURNEY (3)

Alhamdulillah. 28 November 2017, Ariq Emir dah pun genap 5 tahun. Kali ni, Mommy ada untuk sambut birthday Ariq Emir. Masa birthday Hannah Damia, Mommy ada di NZ, sambut dari jauh je. Sori sayang. But still, Daddy belikan kek jugak kan? Bezanya Mommy takde je la. Hehe.

Tak buat besar-besaran pun. Small party tapi happy. Alhamdulillah. Siap dah beli props sikit untuk celebrate. Haha. Simple-simple je la.

Daddy belikan kek. Macam biasa, Mommy tak suka manis-manis. Suruh beli jenis slice je. Daddy buat surprise pulak. 3 slice dia beli. Harap habis lah. Hahaha.

Betul. Bazir je kang kalau beli kek besar-besar pun. Bukannya ramai yang nak makan. Tengok masa birthday Ariq Emir yang ke 4 tahun, tahun lepas. Itu sambut kat tadika tu. Ada la bawa balik sikit. Itu pun tak habis. Haha.

HAPPY 5TH BIRTHDAY ARIQ EMIR NEW JOURNEY (5)

Kemain nak buat surprise. Tutup lampu bagai. Tapi anak syurga Mommy ni bukannya faham. Siap cakap.. haaaa.. lampu takde! Adeh..

HAPPY 5TH BIRTHDAY ARIQ EMIR NEW JOURNEY (6)

Maka, kami bertabah je la. Surprise cara biasa. Haha. Dah la nak ambil gambar pun punya susah. Dia nak lari sebab Daddy letupkan benda rambu ramba tu. Hahaha. Kemain takut dia.

Nak selfie berempat pun, asyik nak lari je kerja dia. Kalau takde props tu, mungkin ok la kot. Maksud Mommy, yang bunyi2 tu. Haha.

HAPPY 5TH BIRTHDAY ARIQ EMIR NEW JOURNEY (4)

Last sekali baru dia sporting bila Mommy nak ambil gambar dia potong kek. Hehe

HAPPY 5TH BIRTHDAY ARIQ EMIR NEW JOURNEY (2)

Itupun.. #ariqemirposingtaktengokkamera seperti biasa. Hahaha. Suruh senyum, dia buat ketap bibir. Geramnya laaaa dik oi.

HAPPY 5TH BIRTHDAY ARIQ EMIR

Pejam celik, pejam celik, dah 5 tahun dah anak Mommy. Besar dah. Mommy takut memikirkan masa depan. Tapi kita kan ada Allah. Allah akan lindungi kita selalu kan dik?

Adik, Mommy nak pesan ni. Adik ada sorang je kakak. Nama kakak, Hannah Damia. Alaaaa.. yang selalu manja terlebih tu. Haaa. Itulah satu-satunya kakak adik. Adik kena jadi adik yang kuat dan lindungi kakak bila besar nanti. Boleh ke adik?

HAPPY 5TH BIRTHDAY ARIQ EMIR NEW JOURNEY (1)

Adik, baru-baru ni, kakak dapat hadiah birthday scooter dari Ummi. Tapi, adik tahu tak, adik je yang paling kerap main scooter tu? Kakak beralah untuk adik. Sebab apa? Sebab dia tahu, nanti Mommy rimas bila dengar adik nangis. Kakak mengalah sebab taknak Mommy marah kakak. Mommy tak tahu nak pujuk macam mana. Larang adik, adik tak faham. Minta jasa baik kakak, kakak merajuk dan terpaksa mengalah juga akhirnya. Ikutkan hati Mommy, nak belikan 1 lagi. Tapi, yang satu tu pun, Mommy rasa nak sembunyi. Adik main hentak-hentak. Jiran bawah marah nanti dik. Aduh.

Adik, tahun depan, adik akan ke Pra Sekolah. Inshaa Allah. Mommy Daddy dah usahakan dah. Tak sabar Mommy nak hantar adik ke Pra Sekolah macam adik ke tadika Little Caliph dulu. Mommy tak sabar dik. Dah setahun kita bersama kat rumah ni. Kita tak pergi sekolah tahun ni sebab adik kena sibukkan diri untuk pelbagai terapi. Kita usaha sama-sama ye dik. Mommy tahu adik boleh.

Yes. Adik memang bijak! Cepat sangat belajar. Cepat sangat improve. Mommy tahu, ini berkat doa semua orang yang sayang adik. Mommy bangga sangat dengan adik. Perkembangan pertama yang Mommy nampak ialah, adik mampu bermain dengan kakak. Itu sangat-sangat menggembirakan hati Mommy. Adik dah libatkan diri dengan kakak, kemudian berani berkawan dengan anak-anak jiran pula. Syukur dik. Mommy syukur.

Adik, masa Mommy mengandungkan adik dulu, adik nak tahu tak? Mudah sangat. Eh. Sama macam kakak. Mommy memang takde alahan, takde mengidam. Cuma lahirkan kakak, Mommy struggle hampir 12 jam. Dengan adik, Mommy betul-betul sakit dan melahirkan dalam tempoh 15 minit sahaja. Terus keluar. Mudahnya.

Fasa perkembangan adik pun normal. Tapi, Mommy sedar yang adik masih belum boleh bercakap masa adik dah 2 tahun. Tapi tak mengapa. Mommy Daddy tak abaikan adik. Mommy Daddy ambil keputusan untuk tolong adik. Kita sama-sama berusaha ye adik. Dari kecil sampai akhir hayat.. Inshaa Allah dik.

Adik, Mommy Daddy sentiasa doakan adik sihat dan jadi anak soleh. Adik kena sayang kakak, Mommy & Daddy tau. Sebab Mommy tak pernah kurang seinci pun sayang adik dengan kakak. Sama. Mommy garang pun sebab terlalu sayang. Maafkan Mommy yang boleh bertukar jadi naga, sebab tanpa naga, kita takkan rasa cabaran berperang dengan dunia sekeliling. Eh.

I love u my son..

Happy 5th Birthday, Ariq Emir bin Haris Anuar. Love u so much!!

18 Replies to “HAPPY 5TH BIRTHDAY ARIQ EMIR : NEW JOURNEY”

  1. Biar sesusah mana pun kita melahirkan..mendidik..membesarkan..pasti ada hikmah dan manisan yg bakal hadir di pengakhiran kelak

  2. semoga membesar menjadi anak yang soleh, dengar kata dan baik yer ariq emir. happy birthday sekali lagi!

  3. Happy Birthday Ariq. Ariq anak soleh, Allah swt nak lipat kali ganda lagi pahala buat mommy daddy.. Semoga Ariq Emir Bin Haris Anuar sihat selalu dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat :*

  4. happy birthday ariq ! semogamenjadi anak yang soleh 🙂

    1. amin.tq auntie

  5. Happy birthday Ariq! InsyaAllah Ariq akan membesar jadi anak yang sentiasa bahagiakan ibubapanya. Ariq harta mommy daddy dunia akhirat. Touching plak baca mommy tulis ni, untung Ariq ada mommy daddy yg sayang Ariq macam ni 🙂

    1. amin. terima kasih.. huhu

  6. Selamat hari lahir anakanda Emir 🙂

    1. terima kasih..

  7. Asalam meriah sekali sambutan birtday adik ya..

    1. simple2 tapi happy. hehe

  8. belated birthday boboiboy.
    sihat sentiasa dan jadi anak yg soleh utk mommy haaa

    1. tq auntie. amin..

  9. touching laaa baca shehan…. huhuhu… true love

    1. huhu.terima kasih

  10. Happy Belated Birthday adik Ariq Emir..
    semoga menjadi anak yang soleh dan boleh membanggakan semua orang satu hari nanti..Amin
    #tibatibaberkacapulakmatabacaentrini

  11. Happy belated birthday Arif!
    Semoga segalanya dipermudahkan. Insha Allah semua usaha mommy dan daddy akan berhasil. Arif amanah yang hebat untuk kalian.

Leave a Reply

CommentLuv badge