DAH HAMPIR AKHIR TAHUN

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Sedar tak sedar.. sekarang dah bulan 11 dah. Wow..

Sedar tak sedar.. dah 10 bulan duduk di rumah sendiri..

Sedar tak sedar.. dah 10 bulan juga Mommy dah tak pergi ke ofis untuk bekerja..

Rindu?

Ya dan tidak.

Ya.. rindu kawan-kawan sepejabat.

Tidak.. tak sanggup rasanya nak hadap jem hari-hari dari Kajang ke Ampang.

Hikmah.. hingga hari ni Mommy bersyukur bila hanya bekerja dari rumah. Mommy lihat sendiri perkembangan anak-anak, bantu mereka dalam pelajaran dan dapat buat apa yang Mommy nak tanpa terikat dengan apa-apa.

Dan hikmahnya lagi.. Mommy mampu update blog selang 3 hari. Hahahahaha.. Ye ke? Semput nak menaip tau. Nak bahagikan masa dengan kesibukan setiap hari. Fuh.

Mommy respek sangat surirumah. Bukan mudah ye. Penat sangat. Memang berbeza lah dari duduk ofis dulu.

Belum cakap bab perlu kemas rumah dan masak, sambung pula bab anak pergi dan balik sekolah. Penat. Tak tipu.

Tengah hari kadang-kadang rasa tak sabar nak lelap mata. Walau cuma 5 minit. Syukurlah..

Apa rancangan Mommy untuk 2018?

Banyak!!

Sekolah anak.

Perbelanjaan anak.

Komitmen makin bertambah.

Fuh. Apakah Mommy perlu bekerja semula?

Tapi.. terikat dengan jadual appointment terapi Ariq buat Mommy fobia nak kerja semula. Bukan mudah nak yakinkan tempat kerja untuk keperluan anak. Dilema.

Ya Allah.

Ku mohon.. permudahkanlah urusan ku sekeluarga.

Amin.

7 Comments

  1. amin…semoga Allah permudahkan urusan shehan sekeluarga. Dah 6 tahun jadi suri rumah, memang lain rasa, tapi keberkatan dapat jaga suami dan anak-anak tu lain sgt.

  2. Aamiin…
    Kak. Nina doakan moga dipermudahkan segala urusan Shehan .
    Pasti nya setiap keputusan adalah yang terbaik untuk Shehan sekeluarga. Pelangi nya ada!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge