CLINIC PSYCHOLOGY, UPM

Di sini pagi ni..

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM

Menanti dengan sabar.. apa yang akan dilalui oleh kami. Parent dan anak.

Kalau korang masih ingat.. Mommy pernah cerita yang Mommy mulakan semula semua jenis terapi untuk Ariq Emir. Dari bulan 3 yang lalu. Tapi.. faham-fahamlah kalau government.. list terlalu panjang. Perlu sabar menunggu turn. Dapat tiap-tiap bulan pun dah bersyukur.

Mommy buat OCCT (Occcupational Therapy) di Hospital Kajang, ST (Speech Therapy) di Hospital Serdang, OCCT bulanan di KK Kajang dan Psikologi di Portal Kabin UPM yang terletak di Hospital Kajang dan terkini kena datang ke sini untuk Assessment Psikologi.

Banyak wooo soal selidik nak kena jawab. Anak-anak cool je. Dok belakang, main Lego. Kalau tak, jenuh asyik panjat sofa.

Ada satu part, kami as parent kena juga isi form sendiri dan jawab soalan-soalan mengenai Ariq. Pakar nak tahu dari perspektif ibu dan bapa.

Nanti tunggu report je. Apa-apa pun, kita maju bersama ye dik? Chaiyok!!

4 Replies to “CLINIC PSYCHOLOGY, UPM”

  1. Semoga semuanya berjalan lancar.amin

  2. terapi apa tu? semoga segalanya dipermudahkan ye

  3. Good luck Ariq & mommy!

  4. Semoga dipermudahkan semua, semoga result report nt ok.

Leave a Reply

CommentLuv badge