IMPIAN JADI KENYATAAN | KEMBARA KBBA9 KE TANAH AINA FAHAD

IMPIAN KE TANAH AINA RESORTS TERCAPAI - KEMBARA KBBA9 KE TANAH AINA FAHAD, RAUB, PAHANG 3

Salam sejahtera wahai semua readerku. Mommy teruja sangat 2 hari lepas bila impian yang Mommy tanam sejak beberapa tahun lalu, kini menjadi kenyataan. Yeah. Kembara Mommy ke Tanah Aina betul-betul menjadi kenyataan. Ya Allah. Speechless. Rasa bertuah sangat-sangat!

Sebut saja Tanah Aina, ada 2 jenis kategori komen yang Mommy dapat. Kategori pertama, Tanah Aina tu apa? Yang kategori kedua pula, Tanah Aina yang mana satu. Haaa.. kategori kedua ni membuktikan dia pernah sampai.

TANAH AINA RESORTS

IMPIAN KE TANAH AINA RESORTS TERCAPAI - KEMBARA KBBA9 KE TANAH AINA FAHAD, RAUB, PAHANG

Tanah Aina merupakan lokasi percutian yang mementingkan ciri-ciri alam semulajadi dan sesuai untuk ‘escape’ diri daripada kesibukan kota.

Untuk makluman korang, Tanah Aina Resorts ada 10 lokasi di seluruh Malaysia ni. Wow kan?

  • Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort, Bentong, Pahang, Malaysia
  • Tanah Aina Farhana BeachFront Resort in Desaru, Johor, Malaysia
  • Tanah Aina Fareena Orchard Resort in Lentang, Karak, Pahang, Malaysia
  • Tanah Aina Azareena Seafood Steamboat Restaurant in Bentong, Pahang, Malaysia
  • Tanah Aina Farouq Durian Orchard Resort in Raub, Pahang, Malaysia
  • Tanah Aina Fahad Glamping Resort in Ulu Dong, Raub, Pahang, Malaysia
  • Tanah Aina Cafe, Batu 3, Shah Alam, Malaysia
  • Tanah Aina Fitness Centre, Batu 3, Shah Alam, Malaysia
  • Tanah Aina Azfer Camping Orchard, Sg. Congkak, Hulu Langat, Malaysia (coming soon)
  • Tanah Aina Fatih Camping Orchard in Batu Talam, Raub, Pahang, Malaysia (coming soon)

Fuh. Yang mana #KembaraKBBA9 terjah? Ini jawapannya!!

IMPIAN KE TANAH AINA RESORTS TERCAPAI - KEMBARA KBBA9 KE TANAH AINA FAHAD, RAUB, PAHANG 2

TANAH AINA FAHAD, RAUB, PAHANG

Tanah Aina Fahad yang terletak di Lata Jarum di Ulu Dong, Raub, Pahang merupakan tempat #KembaraKBBA9 kali ini. Kami dah betul-betul tak sabar nak explore sini dan pastinya Mommy akan cerita setiap aktiviti dan pengalaman Mommy dan team di sini. Inshaa Allah.

Tanah Aina Fahad memang sangat sesuai bagi pencinta alam semulajadi dan buat korang yang ingin lari dari kesibukan kota. #KembaraKBBA9 kali ini diwakili oleh 8 orang blogger termasuk Mommy.

CARA KE TANAH AINA FAHAD

Ok nak datang ke Tanah Aina Fahad ni, ini caranya.

GPS : Sekolah Kebangsaan Ulu Dong atau Lata Jarum

Kemudian..

1. From KL enter Karak Highway till Plaza Tol Bentong RM3. Then keep left Exit 808.

Reach 1st T-junction turn right till 2nd T-junction turn left. About 1km reach traffic light go straight enter Bentong Town. Will pass by KFC on the left go straight till end, turn right n left again follow the sign board to Raub and pass by Mosque on right and padang on left.

2. Go straight about 31km, must pass by

  • Lee Rubber on the right
  • junction to Mempaga on the right
  • junction Lurah Bilut on your right
  • junction to frasers hill and billboard Tanah Aina on left
  • BHp Petrol Station on the right

3. Go further till find IPD Raub on left and enter Raub Town. And keep to right follow the direction to Kuala Lipis.

And must pass by

  • Padang on right
  • Majlis Daerah Raub building (grey color) on left

Keep to left lane follow the singboard to Kuala Lipis. After 1km reach traffic light and go straight for 13km and must pass by:

  • Tong Fatt Supermarket on the left
  • Petronas Petrol Station on the right
  • Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah on the right
  • Kg. Gali
  • Kg. Durian Sebatang
  • Signboard : Simpang Ke Hulu Dong 1000m on the left
  • Signboard : Simpang Ke Hulu Dong 500m on the left
  • After that keep to right and turn right : Pekan Dong

4. From Pekan Dong go straight for 18km and must pass by:

  • Dewan Kg.Pamah Rawas on the right (orange color)
  • Two units of Bridge
  • Signboard : Lata Jarum Rafflesia 2km on the left
  • Signboard Lubuk Semak on the right, go further
  • till find our signboard on left “Tanah Aina Fahad Journey of Love Back to Nature”.

Perjalanan daripada KL menuju ke Tanah Aina Fahad lebih kurang 2 jam.

IMPIAN KE TANAH AINA FAHAD, RAUB, PAHANG TERCAPAI!

Di sinilah Mommy tanamkan impian untuk datang. Cinta Mommy terhadap alam semulajadi buatkan Mommy betul-betul tak sabar nak datang.

Sungguh. Nak hirup udara segar dari hutan yang pastinya tiada pencemaran, ini yang buatkan Mommy kebah cepat.

Kebah? Mommy demam dan batuk kuat sejak beberapa hari lepas. Jadi Mommy all out jaga kesihatan dengan makan VCO Catalyst Softgel. Memang kurang la sikit semua sakit tu. Batuk je la mengganggu Mommy sikit di sana.

Oh ya.. Korang jangan lupa LIKE semua gambar Mommy dalam IG @myapilot untuk gambar sepanjang Mommy & team di sana. #tanahainafahad #ybtravelogue

IMPIAN KE TANAH AINA RESORTS TERCAPAI - KEMBARA KBBA9 KE TANAH AINA FAHAD, RAUB, PAHANG 3

Nanti Mommy sambung entri apa yang ada di sana ok?

Untuk maklumat lanjut, layari laman Web Tanah Aina Resort / Fahad.

13 Replies to “IMPIAN JADI KENYATAAN | KEMBARA KBBA9 KE TANAH AINA FAHAD”

  1. Nasib baik sempat kebah demam nooo….kalau tak jenuh nak pujuk dak manja tu nangis tepi bucu katil hahhahaha

  2. Seronok kan bila sesekali lari dri suasana bandar yg sentiasa bingit..

  3. Seronoknya lari kan diri ke sana, lari dari hiruk pikuk kotaraya

  4. syoknyaaa . best ni

  5. FIRDAUS BIN MAT RADZI says: Reply

    Rindu nak mandi sungai sini…

  6. Baru tahu Tanah Aina ni ada banyak cawangan di seluruh Malaysia

  7. wah..detailnya cara nak pergi ke Tanah aina..confirm tak sesat..hahaa

  8. Suasana yg syok ooo

  9. Best tempat ni! Rugi kalau tak jejak kaki , mau menangis air mata darah.

  10. Teringat adengan peluk memeluk dlm sungai hahaha..best je tempat ni

  11. Salam YB Shehan
    Saya Yatie Shahrom, Coordinator Tanah Aina Sdn Bhd mengucapkan berbanyak terima kasih bagi pihak CEO TASB YBhg. Kol. Bersekutu (PA) Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Binti Syed Akil.
    Kami amat gembira tentang kehadiran YB Shehan dan teman-teman kerana sudi menginap di Tanah Aina Fahad Glamping Resort di Kg. Peruas Ulu Dong, Raub. Terima kasih tak terhingga atas penghargaan YB Shehan yang berpuashati dengan layanan staff, penginapan dan makanan.
    Besar lah harapan kami YB Shehan dapat mengunjungi resort kami, Tanah Aina Farrah Soraya di Jalan Tras, Raub (jalan lama ke Fraser’s Hill) dan Restoran & Cafe Tanah Aina Fareena yang akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2018 di KM 54.3 Karak Highway.

    Untuk inquiry or booking please email to booking.tanahaina@gmail.com or contact:
    Ms. Hana 016-2159 252
    Ms. Malou 019-2827 012
    http://www.tanahaina.com

    Terima kasih.

    1. Wslm.. Terima kasih menjemput kami kbba9 ke sana Pn Yatie dan yang terutamanya Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina dan seluruh team Tanah Aina Resorts. Alhamdulillah kami berpuas hati. Terima ksih atas layanan terbaik dan servis tip top. Mmg bbaloi untuk disebarkan. Harap dpt peluang ke tanah aina Resort lain pula nanti. Terima kasih..

  12. banyak tempat rupanya tanah aina ni..baru tau..mesti semua tempat menarik agknya..

Leave a Reply

CommentLuv badge