KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND | WHAKAPAPA SKIFIELD – WESTERN SPRINGS – CORNWALL PARK – ONE TREE HILL (PART 7)

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Kembara dah hampir tamat ni. Tinggal beberapa tempat je lagi Mommy nak cover. Kat entri ni sahaja pun, Mommy terpaksa cover beberapa tempat sekaligus.

Kalau sebelum ini Mommy cerita mengenai kembara Mommy ke Huka Falls & Taupo (Part 6), kali ini Mommy buat summary trip seterusnya.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Hari ke 4 (02102017) – dari Taupo ke :

  • Whakapapa Skifield di Mt Ruapehu
  • Whakapapa Village
  • Hamilton (perjalanan yang jauh giler, dapat lunch di Kenny Rogers di area The Base)
  • Penginapan malam ke 4 iaitu di Avondale Motor Park

Hari ke 5 (03102017), dan dari Auckland ke :

  • Western Springs Lakeside Park
  • Cornwall Park yang ada cherry blossom
  • One Tree Hill
  • Dress Smart Outlet Shopping

WHAKAPAPA SKI FIELD (SKI AREAS)

Hari keempat di Taupo, New Zealand, kami bergerak ke Whakapapa Ski Field. Hajat di hati ingin bermain salji. Mujurlah masih lagi winter season waktu ini. Dan kebetulan pula keluarga Encik Suhaimi, Ikhlas Tours pun ada sekali dan turut serta dalam trip kami. Untunglah kami di bawa ke sana tanpa perlu terkial-kial takut salah jalan. Haha. Ada GPS pun, human error tetap berlaku kan?

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Perjalanan naik ke Whakapapa Ski Areas ni boleh tahan mencabar juga dengan suhunya yang makin sejuk nih. Ditambah dengan hujan yang tak nampak potensi untuk stop. Erm.. Mommy yang dalam kereta pun masih gigil. Hahaha. Serius. Tak suka kalau campur hujan ni. Sejuk dia lain macam. Suhu negatif kat Korea pun Mommy tak rasa seteruk ni. Kami difahamkan suhu di Whakapapa Ski Field ketika kami sampai tu ialah 0° celcius. Phewwww..

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Namun, dalam kesejukan tersebut, Mommy sempat la juga snap beberapa nama blog rakan-rakan KBBA9 di sini. Mujurlah Note 5 Mommy tak beku tau. Rileks je. Haha. Mommy je hampir beku.. Kalau stay lagi 2 minit, silap-silap reput jari tu. Haha.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)
dah la sejuk sebab 0 degree, ditambah hujan salji pulak. Ko ghaser?? Nasib mekap menten tau. Lols

Untuk masuk, tidak kenakan tiket. Tapi, kalau nak main ski, kita perlu sewa semua peralatan berkaitan termasuk pakaian yang sesuai untuk bermain ski/snow board. Maklumat lanjut boleh didapati dalam laman web Whakapapa Mt Ruapehu sendiri.

Harus diingatkan yang tempat ini dibuka ketika Winter Season sahaja. Jadi semak dulu tarikh winter season yang dibuka sebelum tempah tiket flight korang ye.

WHAKAPAPA VILLAGE

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Singgah di Thongariro National Park Visitor Centre (dahulunya dikenali Whakapapa Visitor Centre) sebelum turun menuju Hamilton, untuk collect beberapa info mengenai Whakapapa Village ini. Ada banyak lagi tempat dan aktiviti untuk diteroka di sini. Korang boleh plan untuk masukkan sekali dalam itinerary korang andai ke sini. Boleh rujuk laman web Thongariro National Park Visitor Centre.

Tapi memang takde rezeki nak stay lama-lama di sini. Sebab plan nak ke Hamilton dan seterusnya ke Auckland. Banyak juga souvenir yang boleh dibeli di sini.

MEMANDU LEBIH 2 JAM KE HAMILTON

Giliran Mommy untuk memandu pula menuju ke Hamilton. Perjalanan memang jauh betul. Mommy asyik tertipu je tengok GPS tu. Terbaca part 15 minutes more la, apa la.. Tapi terlupa baca part ETA tu. Hmm. Sedar tak sedar, 2 jam lebih Mommy drive.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Suasana sepanjang jalan tu memang indah sangat. Sayangnya tak dapat nak snap sangat sebab jalan dia boleh tahan bengkang bengkok. Dah macam jalan kat Simpang Pulai nak naik Cameron Highland je Mommy rasa. Haha. Rakan-rakan sedap beradu sebab cuaca yang sejuk di luar di tambah jauh perjalanan. Jeles Mommy tau. Haha..

Tengok jam masa tu, dah jam 1 petang lebih, perut dah extremely lapar sebab Mommy tak breakfast pagi tu. Dah tak boleh tengok Brahims dah. Muak rasa. Hahaha. Maggi pun, Mommy mampu tengok time dinner je. Mujurlah ada bekal roti dan epal. Tapi nak capai roti, macam tak tercapai je. Mujurlah ada epal di tepi driver. Huhu. Kalau korang nak tahu, buah-buahan di New Zealand ni tersangatlah sedap. Epal dia crunchy betul. Dah la besar pulak tu. Boleh sendawa la juga even makan epal sebiji. Haha.

Kami berhenti sebentar bila dah masuk Hamilton, dan bertukar driver pula. Mommy request untuk berhenti mana-mana tempat untuk makan dan Encik Suhaimi yang lead terus ajak ke area The Base, Largest Shopping Centre. Syukur dapat makan Nandos di sini.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)
sana sini posing

Sebelum bergerak ke Auckland, sempat juga la kami pusing-pusing area tu. Mommy tak shopping apa-apa pun sebab telan air liur je bila tengok harga di sini. Haih. Nasib baik laaa Mommy dah shopping awal-awal hadiah birthday Hannah di Agrodome Farm. Kalau tak, mau pening nak cari kat mana pulak.

Terus bergerak ke Auckland dan tiba ke penginapan malam terakhir kami di sini sebelum jam 7 malam. Ada juga jem di Auckland ni rupanya. Mungkin sebab hari Isnin, hari bekerja dan semua orang dah nak balik kerja.

PENGINAPAN (4TH NIGHT) : AVONDALE MOTOR PARK, AUCKLAND

Tourist Flat, jenis penginapan yang rare di mana kami dapat pengalaman seperti tinggal di dalam kontena yang besar. Kemudahan yang ada antaranya tv dan dapur. Jangan expect macam duduk dalam hotel mewah la ye. Haha. Bagi Mommy, as long as ada tempat tidur, Mommy ok je. Kalau korang expect keselesaan ala-ala hotel mewah, sila request dengan Ikhlas Tours ok? Boleh kautim punya.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Sebenarnya di sini ada banyak juga aktiviti yang boleh dibuat. Dan selain Tourist Flat, ada lagi jenis lain yang korang boleh tengok sendiri di laman web Avondale Motor Park.

WESTERN SPRINGS LAKESIDE PARK

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Hari terakhir di New Zealand, kami bergerak ke tempat lain pula sekitar Auckland. Terus search GPS untuk ke Western Springs Lakeside Park. Ia terletak bersebelahan Zoo Auckland. Nak masuk? Tak perlu la kot. Kalau bawa famili, mungkin Mommy teringin nak masuk. Hehe.. Lagipun dah tengok haiwan terbanyak dalam NZ di Agrodome dah. Cukup la tu. Hihi.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Ok apa ada di tasik ini? Tasik yang dipenuhi itik berkeliaran tanpa ada kawalan.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Cuma, Mommy agak cuak bila ada kisah ngeri dengan angsa. Bila tengok angsa, Mommy punya muka dah lain macam rasanya. Hoih. Kecik-kecik kena sudu okay. Mau tak cuak.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Tasiknya besar dan ada juga taman permainan untuk anak-anak dan keluarga beriadah di sini. Untuk penduduk tempatan, sini memang port menarik untuk berisitirehat. Kena alert sikit la pasal tahi itik di atas rumput-rumput ye. Hehe. Nothing much here.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

CORNWALL PARK

Ok bergerak ke Cornwall Park. Mulanya kami salah sebab ke Cornwall Park yang ada tugu semata-mata. Maka, keyword One Tree Hill digunakan dalam gps untuk sampai ke Cornwall Park tersebut. Ini kerana One Tree Hill berada dalam dalam kawasan Cornwall Park juga.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Sejurus masuk pintu utama Cornwall Park (percuma tau), dari jauh dah nampak bunga-bunga pink! Wahhhhhh.. Cherry Blossom!! Teruja sampai dah lupa sekeliling dah. Snap snap snap je kerja kami di situ. Haha.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Memang cantik betul la cherry blossom ni. Tak dapat tengok Sakura kat Jepun lagi, kita tengok sini dulu.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Cornwall Park is a refuge of quiet and beauty. It is also a place for runners, bikers, families, picnickers and adventurers and explorers. It is a place for you.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Tempat ini pun sesuai untuk seisi keluarga beriadah. Boleh lepak piknik di bawah pokok-pokok. Cuaca pun cantik. Anak-anak boleh berlari-lari sekitar kawasan ini tanpa perlu risau.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

ONE TREE HILL

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Sambil mengejar masa, kami memandu menuju One Tree Hill pula. Di sini, kita boleh tengok panorama view bandar Auckland.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Ia terletak di dalam Cornwall Park juga, nun di atas bukit. Tak perlu parking di bahagian bawah. Korang boleh terus drive sehingga ke atas.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Cuaca masa ni sangat sejuk plus angin pun sangat kuat. Haha. I wish Daddy ada di tepi Mommy masa ni. Boleh peluk. Huwaaa Nanti kita datang sini ye dedi. Moga ada rezeki.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Tapi kan, kalau nak senaman atau beriadah tu, memang digalakkan parking je kereta di bawah. Bukan senang nak explore satu taman ni. Setiap port memang cantik. Nak parking pun mudah. Ada juga kafe di sini.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Ada juga haiwan seperti biri-biri di sini, tapi jangan expect untuk korang nak bagi makan macam di Agrodome pula ye. Haha.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

The majestic obelisk located on One Tree Hill is a marker for the final resting place of Sir John Logan Campbell, who gifted the land to the people of New Zealand in 1901.

DRESS SMART OUTLET SHOPPING

Dress Smart Outlet Shopping, tempat terakhir yang Mommy kunjungi sebelum kami ke Airport. Walaupun hati tak nak tinggalkan NZ lagi, tapi apakan daya.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Ok di sini ada banyak butik-butik berjenama. Dan kalau korang bijak, ada je kedai-kedai yang ada sales yang menguntungkan kita dari beli di Malaysia. Kena pandai-pandai search lah. Mommy plan nak cari tshirt All Black, tapi sepanjang trip ni, Mommy memang tak jumpa dan ini adalah satu-satunya shopping outlet yang Mommy pergi, maka ini last resort.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND - WHAKAPAPA SKIFIELD - WESTERN SPRINGS - CORNWALL PARK - ONE TREE HILL (PART 7) (3)

Jam dah menunjukkan 4 petang waktu tempatan. Kami perlu pulangkan kereta kepada pemilik dan pastikan minyak kereta sudah diisi penuh semula. Bajet untuk minyak kereta untuk tempoh 5 hari di NZ dalam linkungan NZD150.

Apapun percutian ini banyak membuka mata Mommy dan berharap akan ada lagi percutian seperti ini. Terima kasih untuk pihak penaja terutamanya Ikhlas Tours dan juga Cosmoderm untuk Kembara KBBA9 ke New Zealand. Syukur alhamdulillah.

Jika korang berminat untuk ke New Zealand, gunakan saja khidmat agen travel Ikhlas Tours, di mana pemiliknya adalah orang Malaysia juga. Jangan risau ye. Selamat bercuti.

NOTA KAKI :

Teringin bercuti ke New Zealand seperti Mommy? Dapatkan info lanjut dan harga pakej di fanpage Ikhlas Tours. #kembarakbba9 #cosmoderm #ikhlastours #samuraiwifi #airasia #ybtravelogue

19 Replies to “KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND | WHAKAPAPA SKIFIELD – WESTERN SPRINGS – CORNWALL PARK – ONE TREE HILL (PART 7)”

  1. Dalam cuaca panas ni tengok gambar shehan yang kt Salji tu rasa sejukkknyaa la.

  2. Bestnya gi New Zealand. Nak pergi jugaklah

  3. cair betul hati bila tengok pemandangan kat NZ . Moga ada rezeki Sal nak jejak ke sana ..huhuu

  4. Terpanggil-panggil rasa nak jejakkan kaki di NZ, cantik dan damai sangat tengok semua gambar, best yer!

  5. gambar korang 3 orang tu mmg k. azni suka tgk .. hahaha nak amik gambar.. tapi sejukk .. tapi nak jugak amik gambar nnt takde bukti kan.. kan kan….

  6. Subhanallahhhh cantiknya pemandangan ,seronok kan bila berpeluang menjelajah tempat orang,bilaaaa rezki Cik Sue ni.

  7. Cantiknyaa ciptaan Allah :’)

  8. Terinspirasi nak ke New Zeland lepas ni

  9. Nak pi jugak…harap harap ada laa rezeki nak pi NZ bawak anak anak, Aminn

  10. Insha Allah satu hari sampai NZ..

  11. dah part 7 rupanya… apapun nampak seronok sangat… tak pernah lagi ke oversea jauh2 ni..kecuali sempadan thailand tu…hehehehe…

  12. Alamak.. dah part 7.. kena carikkk part 1 nya… hehe..

    1. tekan logo YBtravelogue nz kat tepi sidebar ni..

  13. Seronok sangat! sakan nau! Insha allah akan ku usaha jejakkan kaki disana jugak nanti

  14. wahh bestnya oversea..pemandangannya nampak menarik sangat

  15. kalau cuaca sejuk, memang terasa nak peluk je, klau boleh selimut badan dengan sleeping bag…hehehe..

  16. Bila dapat merasa salji ni..sonok nengoknya..nak merasa gak pkai baju sejuk bulu2..haha

  17. Whakapapa tu menakjubkan…dapat pegang salji seronoknya!
    Tak sangka NZ ada bunga sakura…ingat korea je ada…mmg NZ cantik sgt2

  18. Semua tempat cantik kat NZ ni, harap suatu hari dapat bercuti dengan keluarga ke sana.

Leave a Reply

CommentLuv badge