JOM DAFTAR ANAK-ANAK UNTUK LARIAN KIDS ECO DASH 2.0 2017!

KIDS ECO DASH 2.0 2017

KIDS ECO DASH | Rehat sebentar daripada menulis entri travel ke New Zealand. Mommy nak menguar-uarkan satu perkara yang menarik untuk korang, terutamanya yang ada anak-anak berumur dari 4 hingga 12 tahun.

LARIAN KIDS ECO DASH 2.0 2017

Terbuka buat kanak-kanak sahaja, satu larian yang dinamakan THE KIDS ECO DASH 2.0 2017 akan diadakan pada :

  • Tarikh : 28 Oktober 2017
  • Hari : Sabtu
  • Alamat : Taman Eco Rimba, Bukit Nenas Forest Reserved @ Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

KIDS ECO DASH 2.0 2017 2

Larian ini disokong kuat oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, untuk menggalakkan anak-anak muda ini melakukan aktiviti luar dan mencintai alam semulajadi.

Ok menarik pula Mommy tengok event ni. Rasa macam nak daftarkan Hannah Damia je. Agak-agak, mahu ke tak dia lari ni? Haha.

Melalui larian ini, kanak-kanak akan dapat berlumba seperti orang dewasa dan merasai keseronokan perlumbaan besar pada jarak yang mampu dicapai.

JENIS LARIAN & PERINGKAT UMUR

Ada 3 jenis larian mengikut peringkat umur iaitu :

  • Caterpillar (0.8km)
    • terbuka untuk semua kanak-kanak berusia dari 4 hingga 6 tahun
  • Rabbit (1.5km)
    • terbuka untuk semua kanak-kanak berusia dari 7 hingga 9 tahun
  • Tiger (3km)
    • terbuka untuk semua kanak-kanak berusia dari 10 hingga 12 tahun

YURAN PENDAFTARAN

YURAN adalah sama bagi ketiga-tiga jenis larian iaitu sebanyak RM35 seorang.

Dan setiap pendaftaran anak-anak ini, mereka akan mendapat :

KIDS ECO DASH 2.0 2017 3

  • Finisher Medal
  • T-Shirt
  • Goodies Bag
  • Race Bib

SUKARELA (VOLUNTEER) – TERBUKA UNTUK IBU BAPA

Ibubapa digalakkan mendaftar sebagai sukarela (volunteer) dan akan diberikan tugas masing-masing oleh pihak penganjur pada hari kejadian.

Yang paling best ialah, setiap pendaftaran sebagai sukarela melayakkan ibu bapa untuk mendapat sehelai T-Shirt & didaftarkan secara otomatik di bawah program sukarela. Paling penting, ianya PERCUMA!

JADUAL AKTIVITI KIDS ECO DASH

Aktiviti untuk Kids Eco Dash adalah seperti di bawah :

KIDS ECO DASH 2.0 2017 1

DAFTAR SEKARANG!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Facebook KidsEcoDash dan mendaftar di : www.sbbhosted.com/event/kids-eco-dash-2-0-2017

INGAT : TARIKH TUTUP UNTUK MENDAFTAR – 4 HARI LAGI (dari tarikh hari ini 19/10/2017)

RACE KIT PICK UP

Tarikh pengambilan race kit adalah pada :

  • Tarikh : 27 Oktober 2017
  • Hari : Jumaat
  • Jam : 11 pagi – 10 malam

Bertempat di Malaysia Tourism Centre, (Matic) Jalan Ampang.

Race Kit tidak akan disediakan pada hari larian, jadi jangan terlupa pulak ye. Nak hantar wakil pun boleh, cuma sediakan salinan IC pendaftar sahaja.

PESANAN MOMMY

Mommy nak ingatkan buat ibu bapa, jangan lupa aspek penjagaan diri dan kesihatan. Beberapa faktor penting yang perlu dititikberatkan buat anak-anak, antaranya:

  • pakaikan sunblock
  • pastikan sentiasa hidrat (bawa bekas air)
  • bawa baju salinan extra

Good luck adik-adik!!

21 Replies to “JOM DAFTAR ANAK-ANAK UNTUK LARIAN KIDS ECO DASH 2.0 2017!”

  1. Rayyan xckup umur lagi la pulak , huih rugi

    1. ehehe.. tunggu 3.0 la plak

  2. Menarik ni..anak2 akak mmg suka sangat acara larian..tapi jauh la pulak..huhuhh

    1. kena kembangkan event gini untuk setiap negeri kan kak. Inshaa Allah ada nanti tu..

  3. Bagusnya aktiviti parents n anak camni

    1. kan. nt hrp2 ada lagi idea bes untuk anak2..

  4. Alahai mesti comel je tgk anak2 nie berlari

    1. kan. bes lak leh snap2 aksi2 masing2. hehe

  5. Mesti seronok anak2 yang dapat join fun run ni.. kena tunggu 3.0 jugak.. utk 2.0 ni tak dapat nak bg anak2 join..

    1. anak exam minggu event n mggu dpn tu.. rugi rugi… xle join gak

  6. Macam best ja kan, terbayang meriahnya budak budak hehehe

  7. wah..bestnya..tapi….takde anak kecil or adk kecil yg nak join..:(

    1. leyla jadi la budak kecik. hehehe

  8. Sangat bagus penganjuran aktiviti sebegini untuk anak-anak dan ibubapa. Dapat mengisi masa lapang sambil beriadah. Anak-anak pun seronok.

    1. btul tu papa. ada gak aktiviti sihat sekeluarga hehe

  9. terfikir gak nak daftarkan anak-anak ni..biar di macam mamanya suka berlari..eh

  10. Best yer.. Nk arif join..tapi jauh..

  11. Bagus nya program macam ni kann…? Kak Nina teruja nak daftar nama anak join larian ni

  12. Kalau Afiq yang nubis ini nak join lari juga boleh ke? Hahaha. Seronok apa lari dengan budak-budak. Kejar diorg bagi lari laju sikit. Bhahahaha.

  13. Kalau fariza dah besar, bolehla join..

  14. Haaa pakaikan sunblock tu betul, minum air banyak…bawa bekal air sentiasa dan ekori anak…utk elak apa2 tidak diingini.

Leave a Reply

CommentLuv badge