KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND | HUKA FALLS, TAUPO (PART 6)

HUKA FALLS, TAUPO PART 6 | Dah masuk Part 6 dah ye. Banyak betul ha cerita & gambar nak diceritakan. Sebab journey ni terlalu indah dan amatlah rugi jika tidak diabadikan dalam blog. Makanya, bertabahlah Mommy nak fikir tajuk entri, fikir gambar sesuai, fikir info-info berkaitan dan memang buntu kadang-kadang tu.

Dan masih di tarikh 1 Oktober 2017, hari ketiga kami di New Zealand, dan kami meneruskan perjalanan dari Agrodome Farm menuju ke Taupo.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (1)

Dan dalam perjalanan ke Taupo, kami rancang untuk singgah di satu tempat wajib singgah bagi pelancong ke NZ iaitu HUKA FALLS!

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (1)

HUKA FALLS, TAUPO – TEMPAT SINGGAHAN KE 5 DALAM HARI YANG SAMA!

Dan pada tarikh 1 Oktober ini juga, Huka Falls merupakan pit stop kami yang ke 5 selepas Blue Lake, Lake Tarawera, Kuirau Park & Agrodome Farm (Part 5).

Untuk pengetahuan korang, Huka Falls merupakan satu sungai Listerine! Ok tipu! Tapi sama beb. Warna dia macam Listerine. Haha. Huka Falls terletak di Waikao River, Taupo North Island dan ia merupakan air terjun yang terhasil dari sungai Waikato, yang keluar dari Tasik Taupo.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (1)

The Waikato River, New Zealand’s longest river, moves gracefully north from Lake Taupo between banks 100 metres apart. Just before the Huka Falls it enters a shallow ravine of hard volcanic rock. The effect is nature’s large-scale equivalent of a fire hose feeding into a very fine nozzle.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (1)

Sungai Waikato ini berkeluasan lebar dan apabila air terjun melalui kawasan mendapan batu volkano yang sempit ini, ia telah menghasilkan fenomena kuasa hidro semulajadi yang luar biasa, di mana lebih 220,000 liter air melalui kawasan ini dalam tempoh sesaat. Fuh. Tengok video ini.

Cantik giler kannnnn???

Bayangkanlah kalau boleh duduk lagi lama kat situ. Fuh. Jangan ada yang terjun ye. Bunuh diri namanya tu. Tapi memang speechless la Mommy bila dapat tengok live depan mata. Allah. Subhanallah. Terlalu cantik!

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (15)

Ini pula 2nd lookpoint view bila Mommy jalan sket ke depan.

Dari view kedua ni pun cun juga. Boleh tengok jambatan yang mula-mula Mommy naik tadi.. Eh..xde orang kat jambatan tu?

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (6)

Ha dah penuh orang semula..KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (6)

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (6)

Sebenarnya kalau nak tengok punca dari mana Huka Falls ini datang, korang kena jalan melalui Huka Falls Walkway lebih kurang sejam ke Spa Park. Tapi, cuaca masa ini tidak mengizinkan Mommy untuk berjalan lebih jauh. Hujan dan sejuk menggigil sehingga ke tulang. Adoi la. Memang silap betul la Mommy gi cabut hoodie belakang jaket Mommy ni. Konon-konon fikir takde salji, tapi lupa bab hujan.

Lepas puas ambil gambar, Mommy & Bamhoq menuju ke kereta terlebih dahulu. Kalau tunggu lagi, mau basah menjeruk baju dan telefon ni kang. Haha.

#ILOVETAUPO! TAUPO LAKE SEBESAR SINGAPURA??

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (6)

Port seterusnya ialah ke penginapan ketiga kami iaitu Courtney Motel. Singgah sekejap di Tasik Taupo, pit stop ke 6 kami hari ni, di mana saiz Tasik Taupo ini sebesar Singapura! Fuhhh. Biar betul. Tapi itulah yang dikhabarkan oleh Encik Suhaimi, travel agen Ikhlas Tours yang membawa kami ke sini melalui itinerary yang disediakan. Cantik dan sejuk suasananya.

Eh bila masa je tak sejuk eh? Walau musim bunga, percayalah, dengan cuaca hujan tu, akan menambah kesejukan ini. Dah la tak tau mana kedai mamak. Kalau tak, dah pergi layan teh tarik dah! Haha..

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (9)

Memandangkan hajat nak pekena teh tarik takde, Mommy bergambar depan signboard Taupo yang femes ni je la. Cantik woooooooo!!

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (6)

kan? kan?

PENGINAPAN (3RD NIGHT) : COURTNEY MOTEL, TAUPO

Dekat je dengan Tasik Taupo. Kami terus check in di sini dan rehat dulu sebelum meneruskan aktiviti seterusnya. Tapi kan, dah lewat petang pun. NZ memang bandar mati selepas 7 petang. Huhu. Jadi, nak aktiviti apa lah sangat kan? Perut pun dah berbunyi ni..

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (9)

Jom tengok penginapan kami untuk malam ketiga di NZ.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (9)

Selesa, lengkap semuanya. Lebih luas dan sangat cantik setiap sudutnya.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (9)

Macam biasa, pergi mana-mana penginapan di NZ ni, korang kena ingat, jangan basahkan lantai toilet. Wajib kering sebelum check out. Ok? KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (9)

Dah boleh ‘rasmi’ Nasi Goreng Brahims yang dibawa bekal untuk dinner malam ni. Haha..

Oh ya.. ada sebenarnya aktiviti untuk malam ni. Jeng Jeng.. Kami ke Pak’nSave untuk beli sedikit makanan dan bekalan untuk ke tempat seterusnya esok. Nak pergi main salji. Wuhuuuuu..

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (15)

Harga makanan dalam ni, Mommy tak reti la kalau nak compare kat tempat lain. Jangan tanya pula beza harga dengan Malaysia. Korang darab 3 je la kalau nak tahu harga sini. Mungkin murah la dari tempat lain, ibarat Tesco gitteww..

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (15)

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (15)

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (15)

Mommy sempat beli chocolate Whittakers juga di sini. Murah je. Around $3.50 macam tu..

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (15)
pic bawah : bekal makanan untuk esok

Dan merasa pengalaman Self Checkout, iaitu scan & bayar sendiri di kaunter untuk item yang tidak lebih dari 12 barang. Jakun sekejap. Haha. Sayangnya, xde pula pic Mommy.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (15)

Pulang dan cuba berjaga untuk update segala media sosial, tapi badan dah terlalu letih. Sebelum tidur, Mommy sapu Deep Heat Lotion di kaki dan tangan Mommy yang lenguh kerana asyik berjalan hari ni, dan tak lupa Advanced Moisture Therapy Cream yang ada dalam travel pack Cosmoderm untuk keselesaan tumit kaki Mommy. Juga, Vitamin E Cream untuk lembapkan kulit muka Mommy yang dah start kering kerana cuaca sejuk di sini.

KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND HUKA FALLS, TAUPO.. KAMI DATANG (PART 6) (15)

Untuk Part 7, tunggu cerita Mommy Di Whakapapa SkiField, di mana tempat ini hanya dibuka ketika ski season iaitu pada 10 Jun sehingga 23 Oktober setiap tahun (bergantung musim, sila semak website mereka). Lambat daripada tarikh tu, korang dah tak dapat masuk. Ok?

NOTA KAKI :

Teringin bercuti ke New Zealand seperti Mommy? Dapatkan info lanjut dan harga pakej di fanpage Ikhlas Tours. #kembarakbba9 #cosmoderm #ikhlastours #samuraiwifi #airasia #ybtravelogue

Untuk tajaan, jangan malu-malu hubungi Mommy ya?

13 Replies to “KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND | HUKA FALLS, TAUPO (PART 6)”

  1. Subhanallah..cantik sgt tempat2 kat New Zealand ni..

  2. Bestnya tengok air biru tu. Rasa macam nak mandi tapi deras air dia x payah cakap. Tengok pon macam lupakan lah. Hahaha

  3. Adesss i is jeles plak2 kat huka tu alahaiiii cantiknya laaa

    1. inshaa Allah moga ada rezeki jgk pegi..

  4. Cantiknya Huka Falls tu.. Rumah sewa tu pun cantik.. duduk situ rasa tak nak balik malaysia dah. hehe

    1. mmg cantik tp xle nk duduk lama sbb ujan. huhu

  5. tak terkata apa2..sangat cantik ciptaan alam dari Ilahi.

  6. wishlist !! ntah bila dapat pegi sana..berangan dulu takpe kan…tapi bagus la NZ..toilet kena kering sebelum checkout..

  7. Bestnya New Zealand, banyak betul tempat cantik dan menarik. Huka Falls tu air dia biru dan jernih macam kaca je, giler cantikp!

  8. Deras nya ayaq sungai tu! Terasa mcm sejuk plak tgk tu haha

  9. menangis tengok Huka Falls, sangat cantik!

  10. menarik, kawan tempat kerja 2 orang belajar di new zealand dulu

  11. Best tengok air terjun tu..warnanya menarik.deras tu

Leave a Reply

CommentLuv badge