RESIPI MEE HAILAM SIMPLE, SEDAP DAN KOMPEM JADI

resipi mee hailam simple, sedap 3

A big thanks to Dayah for this Recipe dan tutorial step by step via whatsapp oleh Kak Siti Nor Arbi. Kalau takde dorang ni, terhegeh-hegeh juga la Mommy nak buat Mee Hailam mengikut resipi tu.

Nah tempek muka dorang yang bertanggungjawab tu.

resipi mee hailam simple, sedap
Mommy, Kak Arbi & Dayah

Ada resipi tapi jenis agak-agak ni yang Mommy lemah. Fuh. Lama giler tak memasak benda banyak bahan weh. Hahaha. Gelak diri sendiri. Serius. Bangga kat diri sendiri walaupun orang lain gelak sambil cakap, hek eleh.. Mee Hailam je pun nak kecoh. Eh.. korang tak tau ke dulu Mommy rajin je masak. Tapi untuk anak je la yang paling banyak. Pergi la tengok page Mommy kat Homemade Food for HDAE tu.

Ada je resipi-resipi lain dalam blog ni yang Mommy pernah masak. Bukannya tak pernah masak langsung. Cuma itu bukan minat Mommy. Mekap Mommy minat la. 24 jam depan cermin pun takpe kalau bab beauty ni. Haha.. Dan Daddy dah faham bini dia. Itu paling penting.

Oh tak kisah la apa korang nak cakap pun. Yang penting, Mommy dah cuba terbaik nak bagi Daddy & anak-anak makan. Mana tahu lepas ni, Mommy akan kerap lagi memasak kan? Semua orang ada PERTAMA KALI. Ye dak?

RESIPI MEE HAILAM SIMPLE

Ok meh nak kongsi resipi Mee Hailam Simple, Sedap, Kompem Jadi daripada Hidayah Muwazir ni.

  • 2 biji bawang merah (atau 1 biji bawang besar, yang besar gemuk weh)
  • 3 biji bawang putih (sedap ni kalau add)
  • 1 sudu cili kering (diblend)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram (agak-agak)
  • kicap manis (agak-agak)
  • Ayam & Udang
  • Fishball (kalau nak)
  • Sayur : Baby Corn, Sawi, Carrot, Bunga Kobis
  • 3 sudu besar tepung jagung (dibancuh bersama air lebih kurang 1/4 gelas)
  • 2 paket mee

Cara memasak

  • Blend bawang-bawang bersama sesudu cili yang dah diblend. Tumis sampai naik minyak (around 7-8 minit)
  • Then letak sos tomato, sos cili then sos tiram & kicap
  • Kacau-kacau dan letak isi ayam & udang
  • Bila ayam & udang tu masak, boleh letak air (agak-agak nak makan)
  • Letak sayur-sayuran & fishball (Sawi last sekali)
  • Letak tepung jagung (yang siap dibancuh) dan agak-agak je nak pekat macam mana.
  • Mee celur air panas 5 minit & toskan.
  • Boleh makan

Kat sini la kak Arbi bagi peranan penting dalam setiap sukatan yang Mommy tulis atas tu. Haha. Jenis masak guna kaedah ‘agak-agak’ ni, Mommy rimas. Sebab pertama kali. Repeat kang, ok la. Hahahahaha.

Pengalaman Mommy, mula-mula masa tengah menumis tu, Mommy pelik dengan warnanya. Merah cili nii boleh ke jadi pekat cair macam yang Mommy pernah makan sebelum ni. Haha.

Bila buat sendiri dan dah siap, oooo gini kaedahnya.

resipi mee hailam simple, sedap 2
Mommy prefer asingkan dengan kuah sebab taknak kembang

Daddy bertambah, Mommy bertambah. Ariq pun sama. Hannah memang tak makan la pedas-pedas ni. Hee. Tetiba rasa macam jadi isteri solehah plak. Bagi kejutan kat suami. Aggittewwww.

Tapi.. lepas tu.. kesannya.. Daddy nak daging cicah air asam la esok. Amboi. Order je??

15 Replies to “RESIPI MEE HAILAM SIMPLE, SEDAP DAN KOMPEM JADI”

  1. kebabom! alaa so sweet tgk muka mak2 dara tu hahaha.
    #mommyhdaecooks ❤

    1. puji diri sendiri. euwwww. kahkahkah

      1. hahhah bila lagi kan

    2. puji diri sendiri. euwwww. kahkahkah

  2. Tahniah mommy. Cayalah… so takdelah susah sangat kan… asalkan ghajin dan ada kemahuan.

    1. ya. kuncinya mahu. tapi Malas teruk. hahahha

  3. Dah lama Kak Vit tak makan mee hailam. Bolehlar try dengan resepi ni. Tengs sharingg. 🙂

    1. buat tau. bes.

    2. buat tau. bes.

  4. pandai masak rupannya :p

    1. alala. idok aih.. thegeh2 tu..

  5. Boleh datang rumah..hidangkan makanan swdap2..hahaha

  6. Boleh cuba try test ni…Izin share ye…

  7. Terliuq eh… Buat la lagi SS nak rasa

  8. Bole cuba try nanti ni..masak ala bujang.. heee

Leave a Reply

CommentLuv badge