KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND | EH.. DAH SAMPAI NEW ZEALAND? (PART 1)

JELAJAH NEW ZEALAND DAY 1 | Live update ler pulakk. Haha. Tak bawak laptop pun. Ini pun update dalam flight otw dari Gold Coast. 2 jam jugak dari Gold Coast ke Auckland ni. Hari yang dinanti-nantikan, akhirnya tiba jua. Kembara KBBA9 Cosmoderm – Ikhlas Tours ke New Zealand!!

JELAJAH NEW ZEALAND

Berkumpul di KLIA2 dari jam 830 malam, 28 September 2017. Perjalanan lama sungguh. Bertolak dari KLIA jam 1140 malam (waktu Malaysia). Tiba di Gold Coast untuk transit jam 720 pagi (waktu Malaysia, 950 pagi waktu tempatan), 29 Sept 2017.

Orang kata, masa scan beg di Gold Coast agak lama, eh tapi kami kejap je. Hehe.. Tetiba je masuk semula ke flight dalam 10 pagi macam tu. Eh pening lah convert2 jam-jam ni. Hahah.

Excited lain macam je untuk travel kali ni. Well.. pertama kali nak ke negara lebih jauh dari negara yang Mommy pergi sebelum ni. Tahun lepas, Mommy travel ke Korea dengan 2 orang kakak Mommy. Kali ni, Mommy Jelajah New Zealand dengan kawan-kawan blogger KBBA9 pulak iaitu Ben Ashaari, Sohoque & Shiqeen Sattar.

Malam tadi.. mula-mula Daddy cakap nak hantar kat gate KLIA2 je. Sebab tak nak HDAE sedih atau meraung kat situ. Tapi Mommy ajak juga masuk at least nak dorang tahu feeling berpisah.

Apa yang jadi lepas tu?

Alhamdulillah. Feedback dari Daddy, AE ok. HD je syahdu memanjang. Alahai la anak. Puas Mommy pujuk, nanti kakak bagi hadiah kat kawan-kawan ye. Esok, 30hb, birthday Hannah.

JELAJAH NEW ZEALAND – TRANSIT DI GOLD COAST

Oh ya.. sambung balik. Masa kat Gold Coast tu, cuaca ok. Tak sejuk pun. Rileks je la. Masuk, scan bag, gi toilet & usha-usha apa yang ada dalam tu. Kecik je airport dia. Nak beli Fridge Magnet masa tu, tapi malas pulak nak tanya kalau rate NZD boleh terima ke tak. Itu je cash yang ada pun.

Kami tiba di New Zealand jam 430 waktu tempatan (waktu Malaysia around 1100 pagi). Jadi total perjalanan kami 12 jam lah kiranya. Penat sebab duduk lama je. No movies. Nak ke tandas pun malas nak bangun banyak kali sebab Mommy duduk hujung tingkap.

TIPS UNTUK MAKANAN DALAM AIR ASIA

Eh lupa pulak. Nak bagitau kalau korang nak datang ke NZ dan transit di Gold Coast, kalau korang tak tahu menu makanan apa yang ada dalam flight Air Asia, Mommy cadangkan korang order Nasi Dagang with Chicken Curry.

Sedap baq hang. Yang lain macam nasi ayam & nasi lemak tu, Mommy dah pernah rasa dan cannot go. But this time.. rasa Nasi Dagang ni.. licin weh! 2x la makan dalam flight (menu sama).

Pastu tamak beli Mamee Express Cup plak. Dasar perut tong dah Mommy ni. Patut la naik 4kg. Haha.

Ok lah. Nak jumpa wakil Ikhlas Tours & ke tempat penginapan kami. Nanti Mommy sambung ye.. Susah sket sebab data internet Mommy limited.

NOTA KAKI :

Teringin bercuti ke New Zealand seperti Mommy? Dapatkan info lanjut dan harga pakej di fanpage Ikhlas Tours.

Kembara KBBA9 ke New Zealand
.
Kolaborasi bersama:
@kelabbloggerbenashaari (www.kbba9.com)
@cosmoderm (www.cosmoderm.com.my)
@ikhlas.tours (www.ikhlastours.co.nz)
FB : fb.com/ikhlastours
FB : fb.com/cosmoderm

#kembarakbba9
#cosmoderm
#ikhlastours
#samuraiwifi
#airasia
#ybtravelogue

27 Replies to “KEMBARA #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS KE NEW ZEALAND | EH.. DAH SAMPAI NEW ZEALAND? (PART 1)”

  1. Wahhh…xsabar nak tunggu sambungan

  2. Ha..nanti story lagi ya..Sal tgu !

  3. wah update on time kira dh bagus sangat tu. keep it up.banyakkan doa ya

  4. Alhamdulillah dah selamat sampai. Enjoy the trip! Tak sabar nak tengok gambar cantik².

  5. Nadi dagang ke NZ..beh ngatttt

  6. Hehehe..bertabahlah mommy demi keje..enjoy ur trip dear..

  7. 12 jam ea..pergh..tapi takpelah..seronok

  8. Selamat bercuti korang.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya …Aaamiinn

  9. Seronoknya she. Have fun… Ambik gambar banyak2..keep updates yer..

  10. Ann Noura says: Reply

    Haveeee funnnn kak she!

  11. Huhuhu bestnya …esok lagi best memulakan kembara

  12. Alhamdulillah dah selamat sampai..bestnya pergi New Zealand..

  13. Alhamdulillah dah selamat sampai..
    Nampak sedap gak nasi dagang tuu.
    Anyway, take care & enjoy journey babe & the gang
    Tunggu next citer~

  14. Semoga dipermudahkan segala urusan kat sana ya She.. Enjoyy..

  15. Ehh nasi dagang pun ada? Dok ingat AirAsia ada nasi lemak ja hehe. Have fun Mommy!

  16. Enjoy your trip kak she!

  17. Bestnya g jalan-jalan

    1. alhmdlh rejeki

  18. Bestnya trip. Entah bila lah saya akan sampai ke sana. Salah satu lokasi percutian idaman.

    1. moga ada rezeki nt.. inshaa Allah

  19. part 2 plisss , cepat skit :p

    1. hahaha otw. aduyai. gmbr bnyk

  20. Seronoknyaaa kenal tempat orang kan,peluang terbaik yang di beri,kita ni tgk orang je la,sahkan nak travel ,nak berjalan dlm msia pun haihhhh….hehhehe seronok tgk gambar korang.

    1. inshaa Allah ada rezeki nanti kak. dun weri..

  21. cepat sambunggggggggg

  22. Bestnyaaa..tak pernah nak naik flight lagi..agknya kalau kita naik flight terkial2..

    1. haha. 1st time akk naik cuak gak. pstu ok dah. korea 6 jam. ni 12 jam uols

Leave a Reply

CommentLuv badge