TETIBA RASA SUPERMOMMY PULAK..

supermommy-SHEHAN

Entri baling belakang (#throwback) | Korang pun tahu yang Mommy jadi Ibu Tinggal (bak kata bamhoq, ibu tunggal tak sesuai haha) sejak  2 bulan lalu kan? Haha. Nak dijadikan cerita, 16hb Ogos giliran mak & abah Mommy ke Mekah pula.

Alamak.. minggu tu, Hannah exam 1 hal. Satu lagi, Mommy tak pernah drive sorang-sorang (dengan anak2) tanpa Daddy. Er.. Itu yang paling merisaukan Mommy. Mampu ke?

Mommy apply leave untuk Hannah. Tak pernah ponteng sekolah sebenarnya. Rekod cun dah tercalar sikit. Hehe. Tak mengapa. Mommy nak balik awal lagipun sebab nak tolong mak prepare apa-apa yang belum beli. Nasib baik juga la Mommy balik awal. Memang ada macam-macam yang tak sempat beli jugak.

Alhamdulillah. Perjalanan pulang smooth walaupun 3x terlajak jalan. Haha. Migrain punya pasal. Kami pulang pada 11 ogos 2017.

supermommy-SHEHAN2

Kalau travel bersama daddy sekalipun, memang kami jarang nak stop-stop ni. Kalau berhenti pun sekejap je untuk ke tandas. Itu pn sekali dua je. Haha. Ini Mommy berhenti pun sebab kami belum breakfast dan Mommy sendiri dah tak tahan kes migrain. Makan nasi, makan ubat, bagi anak-anak main playground kejap, barulah teruskan perjalanan semula.

Alhamdulillah semua dipermudahkan. Jam 12.30 tengah hari bertolak dari jejantas sg buloh tu, sampai ke Kamunting jam 4 petang. Singgah kejap untuk tengok anak buah Mommy yang baru (anak ketiga abang). Sambung perjalanan semula ke SP jam 7.30 malam, dan sampai jam 9 malam. Anak-anak ok alhamdulillah.

16hb Ogos adalah tarikh mak & abah akan berlepas ke Mekah. Kami sekeluarga berkumpul di TH Hotel, Alor Setar sebelum jam 6 petang. Dan Mak Abah bertolak ke Jeddah jam 3 pagi. Katanya malam tu raja turun. Untuk serahkan sumbangan cash buat jemaah di Kedah. Detailsnya tak tahu la pulak Mommy ni. Hee..

Lepak sini dari tengahari sebenarnya. Siap sempat la makan mee, pasembor segala.

mak abah pergi haji
bergambar kenangan.. tiada dalam gambar ialah adik bongsu

Bersama anak2 sekali.

mak abah pergi haji

Moment yang Mommy tak boleh nak lupa ialah saat perpisahan kami. Pihak TH umum yang semua jemaah perlu berpakaian ihram & perlu masuk ke dewan untuk check in. Maksudnya, lepas ni dah tak boleh jumpa. T_T

mak abah pergi haji

Mommy ok lagi pada mulanya. Bila tengok abang Mommy peluk mak abah sampai berkaca mata dia tu, hayooo.. dah gegar dah hati ni. Masuk 2 kakak Mommy pulak merah mata, halaaaa.. Lagi laaa..

Anak buah Mommy candid shot ni. Terharu plak ada pic moment macam ni. Memang tengah sedih kot.

mak abah pergi haji 3

Time abah pulak, mommy minta abah doakan Mommy kaya..

mak abah pergi haji 4

Tergelak besar abah. Tapi abah jawab.. “ya.. abah doa anak abah kaya dunia dan akhirat”. mendalam maksud tu abah. Terima kasih abah..

Akhirnya mereka pun masuk ke dalam. Dan masa ni Ariq dah start gelisah. memang dia tak suka sesak-sesak ni. Terus kami pulang. Mommy dah packing siap-siap semua barang dan menuju ke rumah mak mentua Mommy pulak. Di SP jugak. Lepak sana 1 malam dan esoknya tu (17/8) Mommy dah nak balik. Tetiba si Hannah ni pulak demam. Aduhai.

Kesian yang amat kat Hannah masa otw balik KL tu, dengan suhu badan agak panas, 3 kali juga la Mommy berhenti untuk sejukkan dia. Ariq alhamdulillah ok. Bila dah kat rawang, dah masing-masing start buat perangai dah. Serabut dengan jem lagi. Salah masuk pulak jalan. Bengong sungguh. Haha. Tu la Lain kali fokus jalan mana perlu masuk kalau daddy drive setiap kali balik dari kampung. Ini tak, tidur. Hahaha.

Kami singgah ke klinik dan akhirnya 8 malam, sampai la rumah. Fuh. Tamatlah kisah Supermommy Mommy tu. Kihkih.

supermommy-SHEHAN
ini logo Tshirt masa sambut 1st birthday HD

5 Replies to “TETIBA RASA SUPERMOMMY PULAK..”

  1. terbaik kakshe , Allah mudahkan segala urusan ..

  2. memang supermak betul.
    mencabar uruskan anak bila suami bertugas di perantauan..

  3. ada saat isteri kena belajar berdikari seperti ni. sbb kita tak tahu sampai bila boleh harapkansuami. ada masa kita perlu bergerak pantas dan lakukan kerja berasingan. jadi tahniah shehan.

  4. Terbaik.. hebat supermommy sorang ni. hehe

  5. kak she memang supermommy! memang terkejut juga bila dengar kak she nak balik kedah dengan anak2, memang power! kedah bukan dekat

Leave a Reply

CommentLuv badge