TAK DAPAT NAK RANCANG 100% PERSIAPAN

spring-in-new-zealand

KIA ORA!

Lebih kurang sebulan je lagi, tapi Mommy masih blur dengan persiapan untuk travel kali ni. Adakah Mommy perlu buat persiapan seperti menghadapi winter, sedangkan musim yang bakal Mommy tempuhi itu adalah spring?

Rata-rata gambar kat IG yang Mommy tengok suhu masih sejuk di sana walaupun dah penghujung winter. Fuh. Maklum lah, tak pernah lagi hadap musim lain selain winter di Korea tahun lepas. Bab cuaca ni, Mommy memang alert dari buat persiapan ke Korea lagi.

Don’t underestimate the weather. Seriously.

Jelas sangat tak blur Mommy tu? Ahaha. Don’t worry, mungkin lepas Mommy pergi nanti, Mommy akan buat checklist selengkap-lengkapnya macam checklist ke Korea pada musim sejuk ni.

FESYEN

Fesyen? Huwaa. Tak boleh nak fikir. Mommy cuma ready jacket, layer cloth je kot. Haha. Itu yang Mommy dapat masa buat research kat blog-blog lain lah. Nak berjaket bagai pun, tak pasti jugak nak bawak yang tebal ke macam mana. Yang so-so ada je, yang tebal pun ada. Mujur lah dah ada. Kalau tak, satu hal pulak nak kena beli kalau dah mode otak kompius ni. Haha.

CHECKLIST SIMPLE UNTUK TRAVEL

Apa pun, Mommy siapkan sedikit checklist simple ni dulu

  • Passport
  • Ticket Flight
  • Duit belanja (makan/shopping)
  • Pen / Note Book for Journal / Note 5 je
  • Makanan (perlu declare di airport NZ)
  • Botol air (minum / tandas)
  • Ubat-ubatan (perlu declare di airport NZ), especially yang routine
  • Simcard / Wifi
  • Electronics – Kamera / Travel Adapter / Charger / Plug Extension / Power bank / Laptop
  • Clear gallery handphone / Harddisk / External USB Storage (OTG Storage) utk save pic
  • Pakaian (jalan2, basahan, tiduran) / Jeans
  • Jaket / Light Sweater (layers cloth & muffler, hand warmer)
  • Sport shoes / Socks / Sandals
  • Raincoat
  • Aksesori / Makeup – sunglass, Wool Glove, Topi, Jam
  • Handbag/Bagpack kecil untuk jalan2 (letak pen 1)
  • Tisu basah
  • Toiletry Kit / Towel
  • Cosmoderm Travel Pack & Pelembap bibir/Vaseline
  • No battery/note 7/item berbahaya dalam luggage
  • Luggage with label (ribbon @ suitcase belt)
  • Sejadah / Mini Telekung
  • Novel / Bahan bacaan

Eh, macam dah ok je kan list ni? Sebab Mommy cuma guna pakai list yang Mommy buat masa nak pergi Korea tahun lepas je ni. Jadi, kalau ada apa2 yang kurang lagi, boleh la add on later.

Misi : Nak cari sunglass. Tak tahu jenis mana sesuai dengan muka. Haha.

4 Replies to “TAK DAPAT NAK RANCANG 100% PERSIAPAN”

  1. Tak lama dah kan? Moga dipermudahkan urusan She nanti.

    1. ya. lebih kurg sebulan je lagi.. huhu

  2. saya pun ada trip in november. pun dok cari sunglasses jugak nih.

  3. Seronoknya. Takpe. Slow2x. Aritu Bella pergi korea prepared semuanya dalam masa 2 hari saja. Malam tu tngok barang x cukup pidot bawa g uptown. Have fun.

Leave a Reply

CommentLuv badge