TIPS RAWAT TUMIT MEREKAH DAN TANGAN KERING

cosmoderm advance moisture therapy cream 3

Tumit kaki korang merekah, pecah, kematu, kering, kasar? Alamak. Ada cara tak nak hilangkan masalah-masalah tu? Satu lagi, dengan cuaca yang kadang sejuk, kadang panas, kulit tangan pun turut jadi kering. Aduhai..

Mommy pun cuba lah cari penyelesaian lepas Mommy tengok tumit kaki Mommy macam agak kasar. Mana tahu ada kaedah tradisional ke, atau apa-apa kaedah mudah untuk selesaikan masalah tumit merekah ni.

Ini antara tips yang Mommy dapat dan boleh cuba untuk rawat tumit merekah ini.

TIPS MINYAK

Antara item yang selalu digunakan untuk masalah kulit ialah minyak. Minyak kelapa, minyak zaitun atau pun minyak almond. Mommy sendiri ketika ada masalah allergy, Mommy gunakan minyak kelapa untuk merawat masalah tersebut. Cuma, masalahnya satu je. Berminyak. Kan?

TIPS ASAM KEPING

Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam air suam & korang dah boleh rendam kaki dalamnya selama setengah jam. Boleh buat kerap untuk dapatkan kesan tumit kaki lembut, halus dan tidak kasar. Cuma, sayang pulak guna asam keping tu. Boleh buat kuah laksa kan? Haha. Adoi.

TIPS BAWANG MERAH

Haa.. bawang merah pun leh jadi remedi jugak. Korang cuma ambil bawang merah tu, potong dua dan sapu kat tumit tu. Buat je setiap hari sampai korang dapat hasil yang memuaskan.

TIPS GETAH BETIK MUDA

Oh ya. Tips ni dah lama Mommy dengar. Ambil getah daripada betik muda tu, korang boleh sapu ke tumit kaki tu. Biarkan kering lebih kurang 10 minit, lepas tu cuci je. Boleh cuba buat 2 kali seminggu. Jap nak fikir, mana Mommy nak cari betik muda kat area ni? Biar betik?

TIPS MADU & TEPUNG BERAS

Korang tahu tak madu ada banyakkkk sangat khasiat dan kegunaannya? Salah satu untuk merawat masalah ni la. Madu boleh bertindak sebagai pelembap kulit yang kering manakala tepung beras boleh dijadikan sebagai scrub (apabila dicampur madu) untuk hilangkan masalah kulit kasar tu.

KINI.. ADA TIPS LEBIH MUDAH UNTUK RAWAT TUMIT MEREKAH

Ok sekarang korang tak payah pening-pening nak dah. Korang follow tips Mommy yang paling mudah & memang berkesan ni.

Korang dapatkan ADVANCE MOISTURE THERAPY CREAM daripada COSMODERM!

cosmoderm advance moisture therapy cream

6 sebab kenapa korang kena pilih Advance Moisture Therapy Cream ni?

  1. Merupakan penyelesaian cepat untuk tumit merekah dan tangan kering
  2. Melembap dan melembutkan kulit kasar dan keras
  3. Memulih kulit merekah dengan cepat dan meredakan kepedihan disebabkan oleh rekahan
  4. Krim pekat dan kaya dengan khasiat tanpa rasa berminyak
  5. Ramuan yang hebat iaitu Vitamin E, Tea Tree Oil & Ekstrak Herba
  6. Cara guna yang sungguh mudah iaitu dengan cara sapu di tumit yang merekah dan tangan kering

KAT MANA NAK BELI?

cosmoderm advance moisture therapy cream 3
Logo Cosmoderm yang berwajah baru. Lawati www.cosmoderm.com.my

Krim ini boleh dibeli secara berasingan atau boleh juga dibeli melalui Set Travel / Set Umrah & Haji di mana di dalam set tersebut ada krim ini, di WATSON atau di website Cosmoderm.

Ini yang Mommy bawa ke Korea tahun lepas. Malam sebelum tidur, Mommy sapu dahulu dan memang kesannya cepat. Tumit rasa lembut dan krim ni seakan melindungi dari rekahan yang teruk akibat banyak berjalan. Dan Mommy masih setia hingga sekarang. For me, berbaloi grab.

Selamat mencuba.

One Reply to “TIPS RAWAT TUMIT MEREKAH DAN TANGAN KERING”

Leave a Reply

CommentLuv badge