KOLEJ TERBAIK UNTUK LEPASAN SPM – LAKE VIEW COLLEGE (LVC)

BERITA BAIK UNTUK LEPASAN SPM - KOLEJ TERBAIK UNTUK ADIK-ADIK PILIH - LAKE VIEW COLLEGE (LVC) (6)

DAH HABIS SPM.. YEAYYYY!

Selepas tamat SPM, mesti ramai adik-adik yang berlumba-lumba untuk mengisi permohonan UPU bagi menyambung pelajaran di IPTA. Tambahan pula, dengan harapan ibu bapa yang ingin melihat setiap anak-anaknya berjaya dalam hidup, pasti semangat untuk menyambung pelajaran masih tinggi dan berkobar-kobar. Tetapi, apabila keputusan UPU dan rayuan keluar, nama adik-adik tidak tersenarai untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Pada ketika itu, ada yang mula hilang minat untuk menyambung pelajaran dek kerana kecewa apatah lagi, apabila melihat rakan-rakan sebaya sedang sibuk membuat persiapan melangkahkan kaki ke menara gading.

Bagaimana pula dengan diri adik-adik? Tidakkah adik-adik mahu menyambung pelajaran sama seperti rakan-rakan yang lain?

BERITA BAIK!! LVC KAN ADA.. KOLEJ TERBAIK UNTUK LEPASAN SPM

Usah risau, walaupun tidak berjaya mendapat tempat di IPTA, adik-adik masih berpeluang melanjutkan pelajaran di Lake View College (LVC) yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan terletak di dalam persekitaran Bukit Merah Laketown Resort.

BERITA BAIK UNTUK LEPASAN SPM - KOLEJ TERBAIK UNTUK ADIK-ADIK PILIH - LAKE VIEW COLLEGE (LVC) (8)

 

Dengan dikelilingi tasik dan kehijauan alam semulajadi, ianya menjadikan LVC sebagai suatu institusi pendidikan yang kondusif. LVC menawarkan program pengajian di peringkat Diploma dalam bidang:

  • Kejururawatan
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Kesihatan Persekitaran
  • Pengurusan Hotel
  • Pengurusan Pelancongan
  • Pengurusan Perniagaan dan;
  • Perakaunan.

BERITA BAIK UNTUK LEPASAN SPM - KOLEJ TERBAIK UNTUK ADIK-ADIK PILIH - LAKE VIEW COLLEGE (LVC) (1)

YURAN BERPATUTAN

Untuk makluman ibubapa dan adik-adik, LVC merupakan antara kolej swasta yang menawarkan yuran pengajian yang berpatutan di negara ini bagi peringkat Diploma.

Dengan pelbagai fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, pengajian di LVC bukan sahaja berbentuk teori malah turut merangkumi komponen amali dan latihan praktikal. Ini bertujuan mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu sebelum mereka menempuh alam pekerjaan kelak.

BERITA BAIK UNTUK LEPASAN SPM - KOLEJ TERBAIK UNTUK ADIK-ADIK PILIH - LAKE VIEW COLLEGE (LVC) (2)

Bantuan kewangan?

Usah risau, kerana LVC ada menyediakan pinjaman pendidikan PTPTN bagi membantu merealisasikan hasrat adik-adik untuk menyambung pengajian. Bantuan zakat turut disediakan bagi yang kurang berkemampuan menerusi Badan Amal dan Kebajikan MK Land.

Pelajar yang telah tamat pengajian di LVC di peringkat diploma juga boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti awam mahupun swasta di negara ini. LVC turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sebagai kolej bersekutu.

Untuk makluman adik-adik lagi, sehingga kini, LVC telahpun melahirkan sekitar 1,400 graduan, di mana ada di antara graduan kejururawatan serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian.

BERITA BAIK UNTUK LEPASAN SPM - KOLEJ TERBAIK UNTUK ADIK-ADIK PILIH - LAKE VIEW COLLEGE (LVC) (6)

Apa yang lebih membanggakan, ada di antara graduan kejururawatan LVC turut ditawarkan pekerjaan di hospital-hospital luar Negara seperti di Singapura, Dubai, Jeddah dan Kanada.

MAKLUMAT LANJUT

BERITA BAIK UNTUK LEPASAN SPM - KOLEJ TERBAIK UNTUK ADIK-ADIK PILIH - LAKE VIEW COLLEGE (LVC) (7)

Bagi mereka yang berminat, boleh layari/hubungi maklumat di bawah untuk keterangan lanjut.

Good luck ye adik-adik..

12 Replies to “KOLEJ TERBAIK UNTUK LEPASAN SPM – LAKE VIEW COLLEGE (LVC)”

  1. Kursus yang di tawarkan semua memang dalam carian ramai. Bagus LVC

  2. Mesti awek-awek cun ramai. Nak mohon la. ;p

  3. Terima kasih atas info yang sangat berguna dan bermanfaat untuk adik-adik meneruskan pengajian mereka

  4. As usual.. blog byk info.. ni bgs utk lepasan spm

  5. Bagus ada kolej camni, at least boleh buka peluang untuk pelajar yang tak dapat masuk IPTA sambung pelajaran mereka. Takdelah ketinggalan kan?

  6. yey.. lisa baru lepas spm gak ni . .. thanks tuk info hegegegegege

  7. suka suasana dia ….tenang jer kalau dapat belajar kat situ …

  8. Terima kasih info boleh pertimbang untuk kemasukan adik tahun depan.

  9. Dulu dulu teringin nak stadi pengurusan hotel & pelancongan, mesti best

  10. semoga berjaya semua pelajar
    raihanah recently posted…Rawatan Terbaik Untuk Sakit Sendi Dan LututMy Profile

  11. good info .. ada peluang kat mereka yg xdpt ipta
    qaseh recently posted…Aidilfitri 2017 | Ayah KemalanganMy Profile

  12. Dapat tawaran kerja luar negara tu pun menarik…boleh timba pengalaman baru

Leave a Reply

CommentLuv badge